Friday, August 15, 2025

Bermula Sebab Suka Suka, Akhirnya Turun Hampir 12kg Dalam 2 Bulan...

Assalamualaikum...

Ya allah hari ni SA adalah antara manusia paling gembira di dunia..hari ni kan kena timbang berat badan..Alhamdulillah satu pencapaian drastik yang pernah SA lakukan...untuk bacaan 15 Ogos SA berjaya turunkan lagi 9.5kg...yeayy!!!

Masa mula-mula join program “WELL~Lymphics Champion” anjuran office, SA fikir, “Ah… ni mesti macam program diet yang lain-lain tu. Cuba-cuba je lah.” Tapi rupanya, bila ada geng sama-sama berjuang dan pantauan dari organizer, cabaran jadi lebih seronok. Pelbagai tips dan program menarik yang disediakan antaranya cabaran menaiki tangga dan Intermitten Fasting

Jom tengok progress SA..bila nampak angka semakin mengecil ni..semangat terus ye...kena reward diri sendiri hari ni...hahaha...11.8kg turun ko...sape x happy...nak cheating day la hari ni..yang penting jaga portion..jangan main belasah je...walau cubaan hijack diet SA ni memang sangat-sangat menyeramkan...



SA kena focus kat Fat dan body weight fat tu...kena turunkan lagi..



 



📅 Perjalanan Turun berat badan SA:
  1. 9 Julai: 71.45kg (permulaan)
  2. 15 Julai: 69.1kg (yeay, dah turun 2.35kg!)
  3. 15 Ogos: 59.55kg (total turun 11.8kg dalam masa 2 bulan!)

Sekarang berat SA dah semakin dekat dengan target 55kg 🎯.

Apa rahsia SA?

1. Makan ikut portion – tak perlu skip semua makanan sedap, cuma kawal kuantiti.

2. Minum air kosong banyak – air manis? Boleh… sekali-sekala je.

3. Aktif bergerak – tak semestinya jogging, kadang-kadang buat kerja rumah pun jadi, brisk walk, turun naik tangga bila perlu

4. Sokongan geng office – ni paling penting! Bila ada group WhatsApp yang hantar gambar lunch masing-masing, terus rasa nak ikut disiplin.


Jujurnya, bukan mudah. Ada hari rasa nak give up, ada juga godaan nak ‘reward’ diri dengan kek. Tapi setiap kali nampak nombor atas penimbang makin turun, terus rasa berbaloi.

Sekarang SA makin yakin, bila ada niat, disiplin, dan sokongan, badan kita boleh berubah dan yang paling penting, kesihatan pun ikut meningkat.

Korang tunggu apa lagi...jom start cepat.....blom lewat lagi nak mulakan..cuma kena disiplin kawal dan jaga pengambilan makanan...


4 comments:

  1. wow..... tahniah. Banyak juga turun tu. Chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  2. Wow tahniah, banyak tu turunnya. Baru ni ada tengok satu video sarankan skip breakfast. Dari last dinner sampai next menu makan kena ada 16 jam.

    ReplyDelete
  3. tahniah...mmg syok tu byk turun...bila ada geng yg support mmg sronok...mmg air kosong tu byk membantu...kita pn dh lebih setahun minum air kosong...skali skala minum air manis

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah