Monday, December 15, 2025

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2

Assalamualaikum wrt...

Happy Monday korang...Isnin permulaan hari

Jumaat lepas SA dating berdua dengan Dania while suami kerja..keluar pun dah pukul 5 petang...3 minggu Dania cuti kami tak kemana- mana...kesian dia bosan duduk rumah kan...so ajak la dia keluar...kami ke Nasken Coffee kat Dataran Centrio Seremban 2 je...mom and daughter bonding kan...lepak pekena coffee dan kek batik indulgence sambil borak- borak...result exam dia dah keluar cuma kali ni tak dapat Dekan...sipi je nak dapat dekan..takpe la..sebab ada satu subject susah...janji lulus kan walau sipi je nak dapat Dekan...next kena banyak usaha lagi...

So hari ni Dania akan daftar semula kat UCAM, daftar subject dan mulakan sessi baru Semester 5...Ada gak SA tanya nak mama hantar ke...jeling je dia..dia dah 21 tahun katanya...eleh...memang la 21 tahun tapi awak tu tetap baby pada mama...

Korang tengok gambar aje la ye...SA malas nak buat caption...laju- laju update ni...










Ko ni SA...kejap nampak gemuk..kejap nampak kurus...




Bag ni tengah trending kan









Bukan main ko SA...manis ni....



total damage RM35.60

 

Korang pernah minum kat Nasken Coffee?

Nasken Coffee adalah jenama kafe tempatan popular dari Kelantan yang terkenal dengan suasana tenang, menu gabungan tempatan & antarabangsa (seperti Nasi Lemak & Cappuccino Frappe), serta komitmen terhadap kualiti bahan dan pensijilan halal, berkembang pesat dengan banyak cawangan di Malaysia dan perancangan ke Timur Tengah, menawarkan pengalaman kafe menyeluruh, bukan sekadar kopi. 

Nasken Coffee berkembang pesat dengan banyak cawangan (lebih 40) di pelbagai negeri termasuk Selangor, KL, Pahang, dan perancangan untuk ke KLIA2 dan Madinah (Timur Tengah)

"Nasken, Bukan Sekadar Kopi" merupakan slogan mereka...

Best ke Nasken Coffee?

Coffee dia best...pandai Barista dia brew coffee...kek batik indulgence dia pun best. SA dan Dania habiskan masa 1/2 jam kat Nasken Coffee ni..Secara ringkasnya, Nasken Coffee sesuai la dijadikan tempat lepak hujung minggu sebab suasana cafe nya menarik...Bangga bila Malaysia ada cafe tempatan yang setanding dengan cafe-cafe popular international...

Nanti bleh ajak suami lepak sini...

9 comments:

  1. Sy suka Nasken jgk sis...Kita dh bleh geng =D

    ReplyDelete
  2. Sini mcm takde nasken ...
    Well done Dania 👍🏻 Semoga terus cemerlang ye

    ReplyDelete
  3. saya suka nasken..time balik kelate, kdg2 singgah mkn2 kat nasken jugak..saya suka aglio olio seafood kat nasken

    ReplyDelete
  4. Menarik betul kk, tengok segala kek-kek yang pelbagai tu.

    ReplyDelete
  5. Pernah minum sekali je masa balik kampung dua tahun lepas kot. Dah lupa dah rasanya. Hehe. Kena tunggu balik kampung next time la.

    ReplyDelete
  6. Cuya tk pernah dengr Nasken di Melaka. Nampak menarik

    ReplyDelete
  7. Ada nampak Nasken kat Putrajaya tapi tak pernah cuba. Nasken SA gi ni luasnya....

    ReplyDelete
  8. Pernah mengopi di Nasken, masa balik kg suami di Kelantan. Rupa²nya dah banyak cawangan Nasken Coffee.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah jejak Nasken lagi. Kat Lipis takde. Hari tu pergi Gua Musang ada nampak Nasken ni cuma tak singgah je.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah