Wednesday, December 3, 2025

Drama Sangat Sumpah Ibuku TV3 Buat Naik Darah Tinggi

Assalamualaikum wrt..

Korang tengok x Drama Sangat kat TV3 pukul 7.00pm Isnin - Jumaat? weyyyy.....menyirap betul tengok lakonan Liza Abdullah dan Zara Zya tu...menjadi betul watak narcissist diorang tu erk...nasib la SA tgok slot2 kat Tik Tok je tak tengok citer sepenuhnya...itupun dah menyirap darah dan boleh buat naik darah tinggi ye...kalau tengok agaknya x tau la....nasib baik x terjebak lagi dan harapnya x terjebak la...

Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Izara Aishah, Datuk Remy Ishak, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly. Setiap watak dihidupkan dengan penuh emosi, dendam, dan pengorbanan, membolehkan penonton menyelami konflik dalaman serta rahsia gelap yang menguji ikatan kasih sayang dan kekuatan keluarga.



‘SUMPAH IBUKU’

DILEMA REMY ISHAK, TERPERANGKAP ANTARA KASIH IBU DAN ISTERI…

Apabila kasih yang tulus diselubungi dendam, hidup mereka mula bergoncang. Rahsia lama yang selama ini terkubur satu persatu timbul ke permukaan, mencetuskan ketegangan yang menggugat seluruh keluarga. Sumpah Ibuku, drama terbaharu slot Akasia TV3, membuka tirai kepada sisi gelap di sebalik kasih sayang dan kepercayaan yang dikhianati. Ini bukan sekadar kisah pertentangan antara menantu dan ibu mentua, tetapi perjalanan emosi tentang pengorbanan, penebusan, dan sejauh mana cinta mampu bertahan bila diuji dari setiap arah.

Kisah bermula dengan Husna (Izara Aishah), seorang ibu tunggal yang tabah dan berhati besar, yang akhirnya bersatu semula dengan cinta lamanya, Hadith (Datuk Remy Ishak). Namun kebahagiaan yang diimpikan berubah menjadi mimpi ngeri apabila ibu mentuanya, Che Yam (Liza Abdullah), seorang wanita licik dan penuh dendam, menolak kehadiran Husna sebagai menantu.

Demi memisahkan mereka, Che Yam bersubahat dengan Syafiqah (Zara Zya) untuk meruntuhkan rumah tangga Husna. Meski dilanda pelbagai derita, Husna tetap setia menjaga bapa mentuanya yang lumpuh hingga akhir hayat. Satu demi satu fitnah menggugat kasih Hadith terhadap isterinya, sehingga Husna diusir dan terpaksa pulang ke kampung, di mana dia bertemu Nurul Iman (Syad Mutalib) yang membantu mendedahkan kejahatan Che Yam dan Syafiqah, menunjukkan kasih yang tulus tetap kuat walau diuji kebencian.

Izara Aishah berkongsi, “Sumpah Ibuku ialah cerminan realiti yang ramai dalam masyarakat terpaksa tempuhi dan saya yakin ramai boleh relate. Watak saya sebagai Husna, seorang kakak sulung yang melalui pelbagai cabaran, membentuk dirinya menjadi lebih tegas, kuat dan matang. Bagi saya, Husna mewakili wanita masa kini, wanita yang tahu mempertahankan maruah diri, bukan wanita yang mudah tunduk atau lemah.”

Sumber sinopsis > FB


1 comment:

  1. eish, kita tak boleh la tengok cerita Melayu macam gini, memang buat darah tinggi je.. hahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah