Assalamualaikum wrt...
Lupa nak share...sarapan pagi Ahad kami minggu lepas...SA buat nasi goreng pecah telur dan lebihkan bawang merah...tumis bahan tumisan tu bagi nampak garing skit dan pecahkan telur 2 biji...dah nampak garing telur tu baru masukkan nasi...terbuat pedas skit sebab beli cili api..selalu guna cili akar je...sedap plak sarapan pagi Ahad tu...ada plak kopi 434...ada jugak montot ayam goreng berlada lauk left over malam tu...apa lagi....menambah la masing- masing makan...Sarapan pagi hari tu tidaklah mewah, tapi entah kenapa, sarapan sederhana beginilah yang terasa paling nikmat. Mungkin kerana dimakan tanpa tekanan masa, atau mungkin kerana ada ketenangan yang jarang hadir pada hari-hari biasa.
Nasi goreng pecah telur
Montot ayam goreng berlada
PZ beli kuih kasui fav menantu dia...
Sambil duduk di meja makan, perbualan kecil bermula. Tentang rancangan hari ini, tentang cerita semalam, dan kadang-kadang hanya senyuman tanpa kata sudah memadai. Bunyi sudu berlaga dengan cawan, aroma kopi, dan udara pagi yang nyaman sebab pagi subuh tu hujan, semuanya bersatu mencipta momen yang sederhana tapi bermakna.
Pagi Ahad mengajar kita satu perkara, kebahagiaan tidak semestinya rumit. Kadang-kadang, ia hanya tentang meluangkan masa, menikmati sarapan, dan menghargai detik kecil bersama orang tersayang.
Sebelum minggu baru bermula, Ahad datang sebagai perhentian singkat untuk kita bernafas, bersyukur, dan menikmati hidup dengan cara yang paling sederhana.
Lepas sarapan tu la SA x tunggu lagi...SA terus masak je...ni sarapan pagi Ahad SA yang SA jamu pakcik dan makcik makan tengahari tu...Dania susun atur meja makan, keluarkan pinggan mangkuk, set up apa yang patut. Suami plak vacuum rumah dan kemaskan ruang tamu...bila semua bekerjasama segala persediaan diaturkan dengan masa yang singkat...






siap ada tongkeng lagi untuk sarapan mmg spesel tu kak
ReplyDeletesweet jer entry ni...touching dan deep jugak
ReplyDeletesedap tu nasi goreng pecah telur..lama tk mkn kuih kaswi
ReplyDeletehuiiiii kuih kasui peberet akak juga apa lagi kalau dia kuat goyang. hehehehe
ReplyDeletenasi goreng mak mak sangat kan nasi goreng telur hancur tu SA :)
ReplyDeleteSy pun suka montot ayam =D
ReplyDeleteAlhamdulilah atas setiap ketenangan yg kita perolehi. Tenang ni mahal tak semua mampu memiliki
ReplyDeleteSedap pulak nampak kuih kaswi tu lama tak makan.
ReplyDelete