Assalamualaikum wrt..
Pak Zain call masa SA dalam MRT semalam...dia bagi tau dia x masak langsung...bila dia masak SA x bawak bekal plak..lauk ikan tenggiri masak lemak cili api campur petai tu ada 2 ketul lagi...alamakkkk....dia marah laaaaaa.....ayokkkkk....SAaaaaaa.....lantak...dia merajuk x nak masakkkk....ayokkkk....
SA dah risau dia merajuk..
Lepas tu dia cakap dia nak pi surau....ada kelas....aduhaiiiiii......
SA ajak suami singgah Nilai...makan kat tempat biasa...
Memang x la SA nak masak kan....
Dah order...kita selfie plak
Ini bukan selfie korek hidung
Dia ni la lapar sangat tu...
Sirap ais dan teh O
Makanan yang kami order...tapi ada satu yg failed
Ni ha....nasi goreng pataya, lebih rasa sos..lupa nak cakap x nak sos letak atas nasi...
Telur bungkus untuk suami macam biasa
Tomyam campur untuk SA
Timun dan sambal belacan untuk SA jugak
Orang lelaki ni kan..kalau amik gambar kandid memang suka...geram betul SA...
Untuk PZ SA nak pujuk dia...SA belikan sup ekor yang tak pedas untuk dia..dengan harapan dia x merajuk..lepas tu sampai runah nasi setengah periuk SA masukkan dalam peti ais untuk buat nasi goreng pagi ni...sanggup SA tunggu PZ balik dari surau sebab nak bg tau SA ada beli sup ekor....
Haaaa...tau takut....
Dia tanya kenapa SA x bawak bekal pi keja..SA cakap la lauk tu abah letak.petai kang kalau along panaskan semerbak bau petai..kang orang marah kang...
Pas tu dia cakap " oh ye ke Long....."
SA tambah lagi...Durian pun x boleh bawak masuk office tau...
Ooo ok lah..abah ingat kau memang x nak bawak bekal...
Phewwwww....legaaaa...settle masalah...
Ghisau tau SA kalau dia merajuk....PZ kalau merajuk x tenteram hidup SA...dia buat silent je nanti....jenuh....pernah beberapa kali dia buat macam tu...huru hara hidup SA jadinya nanti...















Sila ambil perhatian.. sila hati - hati, dan berwaspada sentiasa.
ReplyDelete