Tuesday, January 20, 2026

Dania Bedah ikan Keli Untuk Kajian.

Assalamualaikum wrt...

SA dah start kerja hari ni...alhamdulillah suami pun dah dalam.keadaan baik...nasib x berpanjangan tekanan darah tinggi dia...ntah apa yang di stress kan x tau la...semalam jugak Dania hantar gambar...dia bagi SA homework untuk buat...kata blogger tegar kan soa dia bg banyak homework..SA x siapkan lagi homework SA sebab mama dia ni ada keja hakiki..time x busy boleh la buat..

Semua pun tahu yang Dania sekarang ni sedang menyambung pengajian Degree Business Management in Agriculture di UCAM. Kursus yang mungkin bunyinya sedikit berbeza berbanding bidang popular lain, tapi sangat dekat dengan realiti dan masa depan.

Semalam Dania hantar gambar mereka sedang membedah ikan keli. Terus SA tersenyum antara bangga dan sedikit geli..macam rare kan..selalunya bedah katak atau tikus kali ni bedah ikan keli..first time la SA tengok sesi kajian menggunakan ikan keli.














Tujuan pembedahan itu adalah untuk kajian jantina ikan keli, sama ada jantan atau betina, dan dalam masa yang sama mereka belajar mengenal organ dalaman ikan serta fungsi setiap organ. Nampak mudah bila cerita, tapi sebenarnya ia perlukan fokus, keberanian dan kesungguhan untuk belajar secara praktikal..Dania cakap dia tak berani nak pegang tapi sebab perlu belajar so kena la buat...

Inilah yang SA nampak beza bila Dania ambil course ni. Pembelajaran bukan sekadar teori dalam kelas, tapi terus turun ke lapangan, sentuh, lihat dan faham dengan mata sendiri.

Sebagai Mama, SA mungkin tak faham semua istilah saintifik yang mereka belajar. Tapi bila lihat usaha dan kesungguhan Dania dan kawan- kawannya, SA tahu mereka sedang belajar sesuatu yang bermakna untuk masa depan mereka.

Kadang-kadang ilmu itu berbau tanah, berlendir ikan, dan tidak kelihatan glamor. Tapi dari situlah lahirnya kefahaman sebenar tentang kehidupan, makanan dan kelestarian.

Doa SA sama seperti selalu..semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat, bukan saja untuk kerjaya, tapi juga untuk manusia dan alam.

Jumpa lagi next entry.
 


2 comments:

  1. Unik dan menarik ni SA....Dania saya so far bedah kambing dan pernah masa asasi bedah burung puyuh. Tapi bab burung puyuh tu sedih sikit sebab lecturer kata dia baru makan pagi tu. Moga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua Dania kita ya?.

    ReplyDelete
  2. nasib baik bedah ikan keli,Dania plk dah biasa siang ikan...kalau bedah katak acik tak sanggup nak tengok...huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah