Wednesday, January 21, 2026

WW~ Supplement Multivitamin Vitamoxx Untuk Si Brown

Assalamualaikum wrt...

Sebagai Bibik Cat, SA memang jenis yang mudah risau kalau nampak kucing sendiri kurang aktif atau selera makan tak seperti biasa. Kucing SA yang paling manja, Si Brown, memang jenis makan ikut mood..geram aje tengok dia...ada hari dia okay, ada hari dia buat tak tahu je makanan depan mata.

Baru- baru ni bulunya banyak gugur, disebabkan tu, SA mula cari supplement vitamin untuk kucing sebagai sokongan tambahan, dan akhirnya SA cuba Vitamoxx untuk Si Brown..itupun SA nampak kat Tik Tok ada yang jual dan ada yang share..

Kalau korang nak beli boleh search Vitamoxx Supplement Multivitamin for Cat



Teruja sebab dia ingat SA nak bagi lagi Vitamoxx ni kat dia..


Marah sebab SA x bagi dia tablets Vitamoxx ni...just nak ambik gambar je..


Bulu dia cantik kan?


Jelingan dia boleh merentap hati ye..


Aucakkk!!!hi onty ankel....


Kenapa SA Pilih Vitamox?

Sejujurnya, ni bukanlah ubat dari veterinar. Vitamoxx ni lebih kepada supplement multivitamin untuk kegunaan harian kucing. SA tertarik sebab ramai pemilik kucing kongsi pengalaman positif, terutamanya untuk:

  • Membantu tingkatkan selera makan
  • Menyokong kesihatan bulu & kulit
  • Bantu kucing jadi lebih aktif & bertenaga
  • Sokongan untuk sistem imun

Sebagai pemilik kucing, benda yang paling SA harapkan cuma satu iaitu kucing sihat, aktif dan happy. Kalau dia monyok aje...memang SA susah hati...


Cara SA Bagi Vitamoxx Pada Si Brown

SA bagi Vitamoxx sekali sehari, biasanya waktu malam. Selalunya SA campur dengan wet food kegemaran Si Brown supaya senang dia makan, tapi dia macam x nak bila dicampur dengan makanan..so bagi terus je kat dia sebab Vitamoxx ni ada bau2 ikan skit..Setakat ni, Alhamdulillah, tak ada masalah Si Brown boleh terima dengan baik malah x sabar- sabar kalau nampak SA pegang botol..

Kalau dia keluar rumah dan x nampak kelibat dia, SA x perlu nak panggil- panggil dah...gocang je botol Vitamoxx tu..laju dia berlari balik rumah...hahaha..kena scam kat situ...


Perubahan Yang SA Perasan 

Selepas beberapa minggu konsisten bagi Vitamoxx:

Selera makan Si Brown nampak lebih baik. Dia jadi lebih aktif, especially waktu petang. Bulu nampak lebih lembut & berkilat Kurang sangat buat perangai ‘makan sikit-sikit’ 

Walaupun perubahan ni mungkin berbeza untuk setiap kucing, sebagai owner SA memang puas hati bila nampak dia lebih ceria dan sihat.


Penting Untuk Tahu

SA nak tekankan juga:

Vitamoxx adalah supplement multivitamin, bukan ubat. Kalau kucing sakit, demam, cirit-birit teruk atau nampak tak normal, wajib bawa jumpa vet. Supplement ni hanya sokongan nutrisi tambahan, bukan rawatan penyakit. Kena rujuk Vet ye sebab mereka lebih pakar...

Sebagai pemilik kucing, kita cuma nak yang terbaik untuk si bulus. 

Untuk SA, Vitamoxx jadi salah satu ikhtiar supaya Si Brown dapat nutrisi tambahan dan kekal sihat.

Kalau korang tengah cari supplement untuk kucing yang kurang selera atau nak sokong kesihatan harian, boleh pertimbangkan juga tapi ikut kesesuaian kucing masing-masing ya.

Si Brown setakat ni approved!!!!


2 comments:

  1. Brown ni cantik la...mata dia pun cantik. Dah makan vitamin ni bertambah la sihat ya.

    ReplyDelete
  2. Semoga semakin okey selera makan Brown dengan vitamoxx.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah