Wednesday, January 14, 2026

WW~Bila Jiwa Minta Tenang



Assalamualaikum wrt..

Pernah tak korang semua rasa fikiran serabut, jiwa tak tenang?

Lately ni, entah kenapa hati SA rasa penat. Penat yang bukan sebab kerja bertimbun, bukan juga sebab kurang tidur. Tapi penat yang datang bila terlalu ramai orang di sekeliling yang buat fikiran jadi serabut.

Orang-orang toksik ni, kadang kita tak sedar pun mereka toksik. Mereka datang dengan ayat “aku ni ikhlas”, tapi setiap kata yang keluar buat kita rasa tak cukup bagus. Datang dengan senyuman, tapi tinggalkan rasa tak tenang. Pelan-pelan, tanpa kita sedar, emosi kita yang jadi mangsa.

SA sampai ke satu tahap di mana SA cuma nak ketenangan. Nak bangun pagi tanpa rasa berat di dada. Nak minum kopi tanpa fikiran melayang pada kata-kata orang. Nak hidup tanpa perlu jelaskan diri pada semua orang.

Dulu SA fikir, bertahan itu tanda kuat. Tapi sekarang SA belajar, menjauh juga satu bentuk keberanian. Menjaga jarak bukan bermaksud sombong, tapi tanda kita sayang diri sendiri. Tak semua orang layak tahu cerita hidup kita, dan tak semua pendapat perlu kita simpan dalam hati.

SA sedang belajar untuk pilih diri sendiri. Pilih untuk diam bila perlu. Pilih untuk pergi bila sudah terlalu menyakitkan. Pilih untuk tenang walaupun ada yang tak faham.

Mungkin ini fasa hidup SA, fasa membersihkan ruang dalam hati. Buang yang berat, simpan yang menenangkan. Dan kalau ada yang tak selesa dengan perubahan ini, tak mengapa. SA tak lagi mahu hidup untuk memuaskan semua orang.

Cukuplah jika hati ini rasa aman.

SA pilih untuk diam dan mendoakan untuk kebaikkan kepada semua...


21 comments:

  1. Moga dipermudahkan segala urusan buat SA.. org toksit ni mmg ada di mana-mana. selagi mana kita ambil berat selagi tu la merusutkan fikiran kita..

    ReplyDelete
  2. LZ pernah alami apa yang SA rasa.. Sekarang LZ buat hal yang menggembirakan diri sendiri tanpa fikir “apa orang kata..” Biarlah mereka berkata-kata, asalkan kita pandai bawa diri.. Stay strong okay 😊

    ReplyDelete
  3. Memang tak boleh puaskan hati semua orang...cukup lah sekadar yang mampu..the rest, biarkan.. yang penting hati kita tenang..semoga SA berjaya memilih ketenangan diri berbanding orang lain..

    ReplyDelete
  4. kalo ada org toksik ni..mmg kena jauhkan supaya kita lebih tenang...

    ReplyDelete
  5. memang ada org toksik...if possible, just stay away, cuba jauhkan diri...take care SA

    ReplyDelete
  6. your shines sometimes irritate people, but shine anyway okay

    ReplyDelete
  7. Ya jauhkan diri kalau rasa serabut sahaja.

    ReplyDelete
  8. Stay strong sis..Menjauh itu lebih baik supaya hati kita lebih tenang. Diam pun is the best way to get a peaceful of mental & fizikal.

    ReplyDelete
  9. Jaga jarak SA ...Penat asyik fikirkan perasaan orang, tiba masa kita jaga hati & perasaan sendiri. Hugs 🤗

    ReplyDelete
  10. Pernah rasa kak, dikelilingi orang toxic depan kita cakap lain belakang cakap lain. Bila tak jumpa rasa bahagia je, kalau boleh memang elakkan jumpa

    ReplyDelete
  11. X nak blaja dari i.. tengok i.. pedehal

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan urusan SA.. jarang2 nampak SA update ttg kegusaran hati.. Ana doakan moga segala surrounding yg toksik tu akan diberi kemudahan oleh Allah SWT utk SA hadapi.. keep strong SA!

    ReplyDelete
  13. Moga mudah semua untuk SA. Sekarang ni kalau tak berkenan memang menjauhkan diri je. Lebih tenang.

    ReplyDelete
  14. Samalah kita. Saya pun pernah mengalaminya, SA. Undur diri je slow-slow. Kita jaga hati kita sendiri je. Lantaklah orang toksik tu, malas nak serabut.

    ReplyDelete
  15. Ada masanya kita perlu pentingkan diri sendiri. Asyik nak jaga hati orang, hati kita siapa nak jaga heheheee.

    ReplyDelete
  16. Pernah di fase itu kak. Saat masih kerja dulu. Letih, kalau kita nak dengar semua perkataan orang. Apalagi yg menyakitkan hati. Memang bagus kalau bisa mundur dan menjauh. Sebab kitapun perlu menjaga hati kita sendiri

    ReplyDelete
  17. so true..ada masa memang kena pentingkan diri sendiri & or seft come first..
    moga yg baik2 buat sis!!

    ReplyDelete
  18. kalau situasi macam ni saya pilih jauhkan diri kak..

    ReplyDelete
  19. Semoga tenang n kuat Kak SA🦾🦾🦾

    ReplyDelete
  20. Kadangkala menjauhkan diri itu lebih baik demi kesihatan mental kita. Biarlah apa orang nak kata, asalkan kita sihat dan sayangkan diri.
    Tak usahlah berlawan kata dgn manusia toksik, buang masa
    Cara terbaik jarakkan diri dan mendiam

    ReplyDelete
  21. Jauhkan diri agar boleh tenang².

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah