Monday, March 9, 2026

Menu Iftar Day 18

Assalamualaikum wrt...

Ya allah kenapa la panas 2 hari ni kan...terik betul...SA berbuka minum air je...jenuh betul...berbuka minum air sirap lagi la haus..sudahnya tukar air sejuk coway baru la lega...

Semalam SA masak simple aje...Ikan Cencaru Bakar, Sup Ayam untuk PZ yang perut x sihat dan ada sayur goreng...kuih apa segala xde...SA kalau PZ dh x sihat tu mula la rasa x best nak berbuka..


Ikan cencaru bakar


Kuah kicap


Sayur buncis + cendawan shiitake  goreng sos tiram


 Sup ayam untuk PZ...

Minggu depan kita nak raya dh kan...korang dah tukar duit raya ke? SA baru nak terhegeh-hegeh tukar duit raya ha...pukul 10 kang SA nak pi Bank Islam bawah ni..harap-harap x ramai la orang...

Selamat bekerja semua...Harap-harap semua dipermudahkan untuk hari ini....


13 comments:

  1. ramadan hampir ke penghujung nya :(
    moga cepat sihat buat PZ.. alhamdulillah, dah tukar juga...sikit je..bajet takde tahun ni

    ReplyDelete
  2. Lama betul tak masak ikan cencaru, terliur lak tengok ikan bakar akak tu. Sekarang memang lain macam bahang cuaca sampaikan kadang buka tu minum air 2 cawan pastu makan buah 2 potong dh kekenyangan sebab terlebih minum air

    ReplyDelete
  3. aritu kt gombak mak kita bakar ikan cencaru tp cicah air asam..duit raya tk tukar..yg thn2 sudah masih ada

    ReplyDelete
  4. Sedap tgk sup ayam tu...Sy tukar hari khamis ni sis =)

    ReplyDelete
  5. Duit raya tukar dengan duit tabung masjid je masa AJK surau kena kira duit tabung. Baru je subuh tadi tukarnya. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  6. Menu iftar macam ni memang nampak menyelerakan. Lepas seharian berpuasa, tengok hidangan macam ni pun dah buat rasa lapar terus datang.

    ReplyDelete
  7. Cie memang berbuka minum air + ais je. Letak chia seed sikit. Nasi 1/2 senduk je. Kenyang air. Tak muat dah perut nak masuk nasi:

    ReplyDelete
  8. Jadi ingin dimasak sup ayam yg saya ada 🤩🤩.

    Kalau utk duit raya, saya biasanya minta suami tukarkan kak. Dia kan kerja di CIMB, jadi semua staff memang dapat jatah untuk menukar duit baru.

    ReplyDelete
  9. hari rabu smpai jumaat last week, manjang hujan lebat je. saya balik naik motor hari2 la ngadap sesetengah tmpt yg naik air tu. sabtu ngan ahad tiba2 terik pulak cuacanya..
    sedapnya cencaru bakar cicah sambal kicap!

    ReplyDelete
  10. Betul tu SA. Kak Amie rasa ada kalanya panas berhari-hari. Ada pula masanya sungguh sejuk terutama waktu pagi dan waktu hujan turun. Suhu tidak menentu.

    ReplyDelete
  11. Makan pula masa panas-panas, cicah dengan air asam, tambah ulam timun atau petai… memang bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
  12. Akak belum berani minum ais... risau batuk pulak.
    Bila duduk rumah baru terasa panas... kalau dok ofis tak terasa.
    Duit raya akak minta tolong officeboy tukarkan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah