Monday, March 16, 2026

Menu Iftar Day 25

Assalamualaikum wrt...

Bertemu lagi kita dalam entry menu iftar...bulan 3 ni pemuh lauk pauk je kan...biasa lah Ramadhan kan...memang banyak entry lauk pauk aje..maaflah kalau ada yang x selesa....tapi sekurang-kurangnya ada antara kita dapat idea nak masak apa kan bila SA share masakan SA....

Semalam pun banyak menu...



Ayam kampung kacuk  masak lemak cili api by SA


Kerang rebus


Kuah kicap cicah kerang


Sotong goreng tepung


Hati ayam goreng balado


Kailan ikan masin


Roti john PZ beli


Buah tembikai merah dan kuning


Alamak ni kuih apa da....x tau nama..nampak macam kasui


Tepung pelita


Habis ke tak tu?

Memang la x habis dan bawak ke sahur....terkulat- kulat la SA makan sahur tadi...hahaha..siap pesan ngan Nia..x payah masak kalau lauk banyak lagi...panaskan aje dan buat la telur dadar ke apa...kita tengok la hari ni apa kejadiannya..

Hari ni SA balik kerja naik bas...sebabnya suami berbuka kat Ampang satu company...untunglah member makan kat hotel hari ni...dia kuat x nak pergi..sekali boss dia cakap compulsory...nak tak nak kena la SA naik bas hari ni...harap-harap cepatlah SA sampai Seremban...SA ada la bawak bekal air kotak dan ada ex staff MCB bagi SA bomboloni...

Thanks Yunis....love you....


18 comments:

  1. Kalau masuk dapur SA jumpa ayam MLCA mesti teringin.... nantilah, nak masak juga.

    ReplyDelete
  2. PH suka tengok menu kawan², dapat idea nak masak. Keep sharing SA

    ReplyDelete
  3. Meriahnya menu. Kalau banyak sangat memang tak habis la. Boleh makan sahur takpela.

    ReplyDelete
  4. Saya suka je baca blog ada macam2 makanan walapun bulan puasa...memang buat kita ada idea nak makan or masak apa..

    ReplyDelete
  5. Sebab tu wak bukak blog waktu malam aje lepas balik solat tarawih. Kebanyakannya cerita makanan aje.

    ReplyDelete
  6. Hi SA ! Selamat berpuasa utk SA sekeluarga. Wahh, meriahnyaa menu. Rindu nak ronda pi jalan kat bazar ramadan.

    ReplyDelete
  7. kebetulan iftar semlm pun MZ masak ayam masak lemak kuning jugak..tak de cili api so MZ letak cili besar ajer, tumbuk jer semua bahan tu :)

    ReplyDelete
  8. masuk sini mmg telan liur berkali-kali, namun betul kata kakak bahawa bila tgk ur food photo, auto dpt idea nak masak apa, thank you so much~

    ReplyDelete
  9. kerang rebus lama tk mkn..nama kuih yg lupa tu kaswi bersantan

    ReplyDelete
  10. Serius sy lebih suka ayam kampung / ayam pencen masak lemak =D

    ReplyDelete
  11. mesti rasa lain, sebab dh lama tak naik bas.. hihihi

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap semuanya kak... memang sedap tengok lagi la hati goreng tu lamanya tak masak

    ReplyDelete
  13. Baru tahu nama kuih tu kaswi bersantan.

    ReplyDelete
  14. wahh banyak betul makanan. tak mampu nak habis sekaligus semuanya

    ReplyDelete
  15. Tak paham kadang, kalau sedang banyak makanan, memang betul2 banyak. Tapi kalau tak ada, betulan tak ada 🤣. Beberapa hari ini banyak hampers DTG, dan isinya makanan. Bukan mengeluh, tp bingung juga nak habiskan hahahaha.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah