Makan ayam gepuk pedas memang satu nikmat, tapi pernah tak anda rasa macam ada "perang" berlaku dalam perut sejurus lepas suapan terakhir?
Sebenarnya, apa yang berlaku bukan drama kosong. Ada sains yang sangat 'panas' di sebaliknya:
1. Perut Memulas
Cili ada bahan aktif bernama Capsaicin. Bahan ni tak panas pun, tapi dia 'scam' sistem saraf anda. Ia aktifkan reseptor sakit (TRPV1) dalam perut—reseptor yang sama aktif kalau kita terkena api.
Otak fikir: "Bahaya! Api!" -> Perut mengecut kuat -> Maka terjadilah drama memulas.
2. Pedih & Loya
Capsaicin paksa perut keluarkan lebih banyak asid. Kalau perut anda kosong atau ada gastrik, asid ni akan 'makan' lapisan perut. Sebab itu rasa menyucuk, kembung, dan rasa nak muntah.
3. Kenapa 'Emergency' ke Tandas?
Capsaicin buat usus bergerak laju (intestinal motility). Makanan bergerak laju sangat sampai air tak sempat diserap.
Hasilnya? Najis jadi cair dan anda terpaksa pecut ke tandas.
4. 'The Burning Ring of Fire' (Pedih Dubur)
Ini bahagian paling jujur.
Capsaicin tak hancur sepenuhnya masa proses pencernaan. Bila ia keluar semula, reseptor sakit di 'sana' akan 'rasa' pedas tu buat kali kedua.
Pedihnya lebih tajam, lebih lama, dan sangat sukar dilupakan.
Ayam gepuk pedas tak rosakkan perut secara kekal, tapi ia adalah 'stress test' untuk usus anda.
Kalau setiap kali makan, setiap kali itulah anda kena 'menangis' dalam tandas, itu tandanya badan anda sedang bagi amaran.
SA boleh terima, tapi tolonglah jangan selalu.. Selalu SA bising kat Dania...dia adalah pencinta ayam gepuk...mana je ada ayam gepuk baru dia pasti akan cuba...SA ni x tahan kalau terlampau pedas...jenuh ke toilet je kang...dah tua- tua ni usus pun x berapa nak kuat..
Korang macam mana? suka makan pedas?





Selalu juga makan. Tapi level yang biasa - biasa sahaja
ReplyDeleteAna pun jenis x tahan mknk pedas.. level ana ni rsnya -5 sbb lidah cpt rasa pedas hehe
ReplyDeleteSy jarang mkn ayam gepuk. Hata suka tp sekali skala je mkn =)
ReplyDeleteMakan pedas tapi sekarang pedas manja-manja je yang tahan. Tapi takde pedas tak kick. Jalan selamat yang pedas tapi perut tahan.
ReplyDeleteSis orangnya tak berapa suka makan jenis menu gini.. termasuk nasi ambang.. sebab nasi putih hahahaha.. kadang tu dpt yang kering macam haper, makan tercekik, so kena laa gaul dengan sambal.. kena tak pedas tk ngam pulak, kalau pedas, takut cirit adeiii.. lebih suka kepada nasi goreng.. tapi nasi ayam Sis suka sebab nasinya biasa lembut, ada rasa..
ReplyDeleteSuka makan pedas tapi bukan gepuk² ni.. I mean masakan² kita jenis pedas² tu okey je tolerable. Tapi pedas sambal gepuk ni level lain kan.
ReplyDeleteTak suka sangat. Sekali sekala boleh la makan. Kat Lipis ni ayam gepuk pak junid takde level kepedasan. Pernah makan pak gembus yang biasa pun pedas namatey.
ReplyDeleteDah tua bangka ni wak tak berani pedas2
ReplyDeleteCari toilet ajelah kang
Bila ada infografik cam tu baru lebih menjiwai...
ReplyDeletemy zharfan dan ariff suka la ayam gepuk ni...tp since ramadan ni, tak mkn lg menu ayam gepuk..MZ kalau mkn pun, amik cili yg tak pedas laaa
ReplyDeleteSaya suka pedas kak. Tapiiii saya tahu batas kekuatan perut saya. Jadi memang saya suka pedas yg masih bisa dinikmati. Ada banyak youtuber yg buat konten makan pedas berapi, bahkan di JKT ada menu Indomie yg dibuat pakai 100 cabe.
ReplyDeletePertama lihat, saya langsung mulas, belum makan loh. Lihat saja tak sanggub. Tp adaaa yg berani makan. Bagi saya itu perbuatan bodoh.
Untuk apa makan sesuatu yg hanya ada rasa pedas, rasa lainnya tak ada lagi. Hilang tertutup pedas. Itu bukan rasa yg bisa dinikmati. Hanya utk mencari viewers tp tega merusak lambung
saya pun makan je ayam gepuk, sedap dan ketagih. tapi tak boleh tipu diri sendiri, sebab lepas makan ayam gepuk mesti sakit perut. tak tahan sangat makan pedas!
ReplyDeletesekali sekala tu bolehla kan
Makan juga tapi tahap kepedasan tu yang biasa. Tak berani la makan yang pedas sangat.
ReplyDeletetak boleh yang pedas2 sangat..terbakar perut rasanya
ReplyDeletebila pedas sangat macam tak feel pun makan kan...
ReplyDeleteTeringat awal tahun, Fuad kenakan Fairuz makan ayam gepuk di Puncak Alam. Tak tahulah pedas tahap berapa sampai Fairuz keluar air mata dan sakit perut. Risaunya kami sebab keesokan harinya nak balik Sabah, takut masalah berterusan pula.
ReplyDeletesy kalau mkn pun amik yg biasa je... dr awal lg perut mmg tak selesa kalau mkn terlalu pedas...sejenis yg cepat cirit kalau mkn pedas2 ni hahahah
ReplyDeleteAyam gepuk memang favourite ramai.. termasuk CCL jgk la.. Tapi betul , ada tempat buat sampai tahap pedas melampau. Makan sikit boleh tahan, tapi kalau terlebih sambal tu memang berair hidung dibuatnya
ReplyDeleteAkak kalau makan level biasa je.. tak suka pedas sangat ganggu selera.
ReplyDeleteSamyang tu sesudu je boleh makan.... buat ghaso².