Thursday, April 23, 2026

Menu Lunch SA Masak Hari Ini...

 Assalamualaikum wrt....

Lambat SA bersiaran hari ni...gara-gara pi Pasar Besar Seremban, pergi Unifi dan pi Astro...SA dah beli bahan-bahan nak merendang petang nanti...tinggal nak prep bahan je...

Sementara tu SA masak dulu la lauk tengahari...2-3 hari ni Dania je yang masak..oh lupa nak cakap, Dania dh cuti semester sampai bulan 5 nanti...ada la teman PZ kat rumah....

Jom tengok apa SA masak...


Kerang rebus


Sambal sotong..murah plak sotong hari ni 1kg RM26



IKan mambong masak lemak cili api campur tomato


Sayur bayam goreng...

SA akan start masak rendang pukul 6ptg nanti..so by malam should dh kering dah...xde la nak kering sangat, basah2 skit la macam rendang raya hari tu...

Korang dh makan ke?

Jangan lupa makan ye...SA nak baring kejap la..penat plak...


12 comments:

  1. sedapnya tengok ;auk2 SA ni...linda puasa sunat khamis hari ni, macam nak beli kuetiau goreng je

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah makan nasi lemak pagi tadi dengan sambal ikan bilis ranggup.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kerang rebus cicah sambal kicap.

    ReplyDelete
  4. Iiih sotongnya kliatan sangat empuk 😄😍. Pasti sedap dimakan dengan nasi lemak. 😄. Saya malasnya masak rendang, Krn butuh waktu lama itu kak. habis gas yg ada 😅

    ReplyDelete
  5. aduhhhhhh... kerang rebus

    ReplyDelete
  6. Faa suka juga makan kerang rebus, tapi kuah dia takleh kena tangan nanti gatal.

    ReplyDelete
  7. sedapnya kerang dan sutun tu...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kerang tu SA. Teringin la pulak....

    ReplyDelete
  9. Sedapnya masakan akak.
    Buat tambah nasi ni

    ReplyDelete
  10. semua sedap2 tu! MZ singgah baca entry ni pagi sabtu, so MZ dh bf dah! masak bihun goreng jer pg ni sbb tghari ni nak attend wedding

    ReplyDelete
  11. tak pernah tak sedap menu2 yg akak masak nii

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah