Assalamualaikum wrt...
Jom kita start citer balik Kuantan...SA dalam perjalanan balik ke pangkal jalan ni...esok kerja macam biasa dan esok ada course 2 hari.. takut x dan SA nak buat entry...
So semalam masuk je bandar Kuantan terus waze ke Kuantan Pickers...sayangnya banyak makanan dah habis..nasi lemak sambal kerang habis..padahal SA ke situ nak makan nasi lemak...SA lambat...patut kena sampai awal pagi...tapi xpe..next balik sana lagi kan...kata kampung angkat...
Apapun puas la makan dan minum kat sini..SA ambil kuih dan order roti bakar, kopi serta telur setengah masak...
Kuantan Pickers merupakan destinasi sarapan yang popular bagi penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Kuantan.
SA recommended korang lepak dan sarapan kat sini sekiranya korang ke Kuantan...
Kuantan Pickers & Kedai Kopi ialah kafe berkonsepkan vintaj/antik yang popular di Jalan Besar, Kuantan, Pahang, terkenal dengan sarapan tempatan (nasi dagang, roti bakar, mee rebus) dan suasana nostalgia. Dibuka sejak 2018, ia memaparkan ribuan barang antik, menjadikannya lokasinya unik untuk lepak, makan sambil bergambar..
Berikut adalah butiran lanjut tentang Kuantan Pickers:
Lokasi & Waktu Operasi: Terletak di 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, berdekatan Hotel Sentral Kuantan dan Menara Kuantan 188, beroperasi dari pagi (sekitar 7:30 pagi - 3:00 petang), sering tutup pada hari Rabu.
Menu Istimewa: Terkenal dengan sarapan seperti Nasi Dagang, Mee Rebus, Roti Bun Bakar, Kacang Pool, Laksa Nyonya, dan Shakshuka.
Suasana & Keunikan: Kedai ini dihiasi dengan barangan antik koleksi pemiliknya, memberikan pengalaman makan "retro" seperti di rumah lama. Terdapat kawasan taman kecil di bahagian belakang dan ruang atas yang menarik.
Pengiktirafan: Kuantan Pickers sering mendapat ulasan positif di TripAdvisor dan media sosial kerana makanan yang enak, suasana nostalgia, dan kakitangan yang peramah..





























Aduhhh, datang jauh-jauh habis pula nasi lemak dan sambal kerang....
ReplyDeleteIni kena repeat ke Kuantan lagi ni....
Kuih 3 Beradik pun ada tu.. ingatkan ada kat Pasar Pagi Temerloh je.
ReplyDeleteAda lagi erk orang jual poskad
ReplyDeleteAiiiih Memang drooling liat aneka menunya 🤤🤤😍😍😍. Bisa kalap saya memilih menu2 kalau kesana kak 😍
ReplyDeleteSedapnya layan kopi & roti bakar
ReplyDeletenice place utk OOTD sbb konsep deko vintage, food pun byk tu! rindu la nak gi cuti2 kuantan..dh lama tak ke sana, since zharfan dh abih kat CFS gambang last 2 yrs lagi
ReplyDeleteWahhh..Menarik kedai ni sis =)
ReplyDeleteDah lama tak pergi Kuantan. Dah hampir 2 tahun rasanya.
ReplyDeleteOk nanti kalau ke kuantan boleh cari kedai ni.
ReplyDeletepuas hati bila banyak pilihan makanan ni
ReplyDeleteUnik kedai tu . CCL suka vibes² klasik retro camni
ReplyDeleteSetiap kali ke Kuantan mmg kiteorg pilih bersarapan di Kuantan Pickers ni. Rambang mata tgk pilihan kuih dan lauk di situ kan SA.
ReplyDeleteTempatnya pun unik la SA.....best la pulak.
ReplyDeleteAda cuti nanti kalau balik Malaya hendak jalan-jalan sini juga. Moga ada rezekinya. Seronok baca entri dan gambar-gambar yang SA kongsi.
ReplyDeletePukul 7.30 dah ramai SA especially kalau weekend
ReplyDeleteBanyaknya kuih² dia. 😋 Lain kali sampai sana, boleh cuba. Thanks SA, share tentang tempat ni.
ReplyDeleteUnik kedai dia. Klasik....
ReplyDelete