Assalamualaikum wrt....
Selamat tengahari semua. Hari ni SA nak borak santai-santai je lah kat blog ni. Pagi tadi, tekak ni rasa bosan betul sebab rasa macam tak tahu nak makan apa, lagipun pilihan sarapan pagi ni agak terhad. Akhirnya, SA buat keputusan untuk singgah beli makanan dekat food court je. Janji perut terisi sebelum mula kerja, kan?
sedap...habis licin...mee ni cost me RM6...esok mesti harga lain...hahaha...
Nescafe O less sugar bancuh sendiri as usual
keropok pemberian kawan office Legal Dept...baru balik bercuti di Terengganu
SA dan muka breakoutnya...
Tapi, ada satu cerita pendek yang buat SA terfikir sampai sekarang.
Masa dalam lift nak naik ke pejabat tadi, SA terserempak dengan seorang rakan sepejabat tapi dari level lain. Dia nampak SA bawa plastik makanan, terus dia tanya, "Eh, awak beli sarapan kat food court ke?"
SA jawab...ye..xde pilihan...malas nak pi keluar tempat lain...
Bukan setakat soalan tu yang buat SA rasa pelik, tapi mimik muka dia tu... aduhai, agak annoying ya! Macam pelik sangat bunyi dia. SA tertanya-tanya juga dalam hati... salah ke beli sarapan dekat food court? Ke ada standard lain yang SA tak tahu pagi-pagi ni? Haha!
Korang pernah tak kena situasi macam ni? Cerita la sikit, mana tahu ada pandangan kenapa dia tanya macam tu.







Aneh2 je tanya soalan pun. Beli jela kat mana2 pun asalkan harga berpatutan, boleh dimakan, halal, sedap.
ReplyDelete