Assalamualaikum wrt..
Harap semuanya berada dalam keadaan sihat belaka. Hari ini SA nak kongsi satu cerita ringkas, tapi sebenarnya agak mendebarkan juga buat SA sebagai ibu. Pertama kali dalam sejarah, anak dara kesayangan SA, Dania, kena penangan bisul! Dania dah dapat rawatan dah hari Sabtu malam...doktor dah pecahkan bisul walaupun masih belum "masak" sepenuhnya. Pecahkan sebab doktor risau akan berlaku jangkitan kuman..dan kalau masih membesar doktor suggest ke hospital dan buat minor surgery untuk buang punca dan akar bisul tersebut..sebut bab surgery seram plak SA...Usai rawatan doktor bekalkan Dania dengan krim, ubat demam, ubat surut bengkak dan juga antibiotics untuk seminggu..once makan ubat tu semua ikut time, rupanya bisul tu totally masak dan meletup...Dari jalan tak selesa terus dah ok sepenuhnya..
Isnin malam Dania tunjuk pada SA keadaan bisulnya tu..SA nampak ada macam nanah keliling luka atau lubang bisul tu..Risau punya pasal, semalam SA terus bawa Dania ke klinik untuk buat dressing dan cuci apa yang patut. Alang-alang dah lalui pengalaman pertama ni, SA terfikir nak buat sedikit perkongsian di sini. Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu-ibu boleh sentiasa alert dan pastikan anak-anak kita tak terkena penangan yang sama..seksa uiii kena bisul..nak- nak kawasan punggung macam Dania...x selesa nak duduk dan berjalan...kesian SA tengoknya tapi knowing Dania..dia kan dah biasa melasak..dia buat tak tau je takde la merengek sakit ke apa...
PZ pun hairan kenapa Dania boleh kena bisul..padahal makan buah, makan sayur...tapi kalau dah nak kena tu..memang kena gak la..so please alert ye...walau rasa macam jerawat biasa aje..tapi kalau dah bengkak dan membesar maknanya itu adalah bisul...kesian anak mama...
Memang purposely pakai kain..senang Mak Teh nak tolong buat dressing
Mama dengan naked face dan muka breakout...
SA share kat sini sebagai perkongsian at least kita semua ibu- ibu boleh alert dan pastikan tidak terkena pada anak- anak kita...atau bila dah terkena perlu buat apa untuk step seterusnya....
Apa Itu Bisul?
Bisul ialah benjolan merah, bengkak dan sakit pada kulit yang berlaku apabila folikel rambut atau kelenjar minyak dijangkiti bakteria, biasanya oleh bakteria Staphylococcus aureus.
Pada peringkat awal, bisul kelihatan seperti benjolan kecil yang sakit apabila disentuh. Lama-kelamaan, ia akan membesar dan dipenuhi nanah sebelum pecah atau sembuh.
Kenapa bisul boleh terjadi?
Antara punca yang biasa ialah:
Jangkitan bakteria
Bakteria masuk melalui luka kecil, gigitan serangga, calar atau liang roma yang tersumbat.
Kebersihan kulit yang kurang baik
Peluh, kotoran dan minyak berlebihan boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Geseran pada kulit
Contohnya di kawasan paha, ketiak, punggung atau leher yang sering bergesel dengan pakaian atau kulit lain.
Sistem imun yang lemah
Individu yang mempunyai penyakit seperti Diabetes Mellitus atau sedang mengalami tekanan fizikal yang tinggi lebih mudah mendapat bisul.
Perkongsian barangan peribadi
Tuala, pisau cukur atau pakaian yang tercemar boleh menyebarkan bakteria.
Tanda-tanda bisul
Benjolan merah dan sakit
- Kawasan sekeliling menjadi panas dan bengkak
- Muncul "mata" putih atau kuning di tengah bisul
- Keluar nanah apabila matang
- Kadang-kadang disertai demam jika jangkitan lebih serius
Apa yang perlu dilakukan?
✅ Letakkan tuaman suam selama 10–15 minit, 3–4 kali sehari untuk membantu bisul matang dan mengalirkan nanah.
✅ Pastikan kawasan bisul sentiasa bersih.
✅ Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh bisul.
❌ Jangan picit atau pecahkan bisul sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak lebih dalam atau ke kawasan lain.
Bila perlu berjumpa doktor?
Dapatkan pemeriksaan jika:
- Bisul sangat besar atau sangat sakit.
- Bisul berada di muka, terutama sekitar hidung atau mata.
- Bisul tidak sembuh selepas 1–2 minggu.
- Anda mengalami demam.
- Bisul kerap berulang.
- Anda mempunyai diabetes atau masalah sistem imun.
Jika bisul kerap berulang, doktor mungkin akan mencari punca asas seperti diabetes, masalah kulit tertentu, atau pembawaan bakteria pada kulit. Macam Dania malam tu doktor memang check diabetes dia..Alhamdulillah, syukur sangat bila doktor sahkan bacaan gula (diabetes check) Dania semuanya normal malam tu. Sekurang-kurangnya lapang sedikit dada SA ni. Pengalaman pertama kali ni betul-betul mengajar SA dan Dania sendiri tentang pentingnya peka dengan perubahan kecil pada badan.
Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nampak anak korang bengkak-bengkak kecil yang mencurigakan, jangan tunggu lama ya. Teruslah bawa jumpa doktor sebelum melarat. Doakan anak dara SA ni cepat sembuh sepenuhnya dan ceria macam biasa semula, ya?
Jumpa lagi di entri akan datang. Take care, semua!








No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......