Bukan main lagi dia sambil2 main handphone
Tuesday, August 17, 2021
Adik Bongsu & Tiara Safiyya Pula Swab Test

Monday, August 2, 2021
Result RT-PCR Negative...Alhamdulillah
Ini result official dari klinik...mula- mula adepa call malam semalam...suruh datang amik result kat klinik.. SA malas nak pergi mintak diorang snap and whatssap jer kat SA...tapi tetap nak guna original document untuk tunjuk kat opis dan untuk hantar claim nanti...so kena ladapatkan hardcopy jugak....
Syukur alhamdulillah...

Saturday, July 31, 2021
Buat PCR Test Sebelum Masuk Kerja Next Week

Wednesday, July 28, 2021
WW~ Semakin Ramai Yang Positive Covid 19
Assalamualaikum...
Hi korang..
Hidup kita selama 2 tahun diuji dengan virus Covid 19. Virus ni berada di sekeliling kita..ada dalam udara yang kita hirup hari- hari. Semakin hari berita- berita mereka yang gugur semakin bertalu dan menyesakkan hati dan perasaan. Apatah lagi mereka yang kehilangan keluarga, sahabat dan orang terdekat. Kes semakin tinggi, jumlah yang meninggal pun semakin tinggi. Sedih..tak tahu nak buat apa dan fikir macam mana lagi..
Yang tak dapat balik kampung jumpa Ibu Bapa? Yang tak jumpa husband & wife? Tak jumpa anak- anak...yang tiba- tiba semua jadi yatim piatu..suami isteri meninggal dan tinggalkan anak- anak yang kecil. Anak- anak yang x sempat balik ibu ayah meninggal akibat covid? Isteri ramai jadi balu, suami yang jadi duda kehilangan isteri? Allahu...SA x dapat nak terima dengan tenang. Dengar jer berita family members yang positive dan ada yang meninggal buat SA jadi Anxiety. Tak dapat SA nak bayangkan kalau antara mangsa tu adalah SA atau ahli keluarga SA...mintak dijauhkan la...
Hari ni SA terima perkhabaran sahabat dan kawan office yang positive satu family. Aduhai...terus SA rasa tak tenang....walaupun mereka hanya kuarantin di rumah sebab tidak bergejala, tetap menambah kes positive harian kan?Kawan office satu family bermula demam selepas dapat vaksin. On and off demam sampai berjangkit- jangkit dengan anak-anak dan suami. Memang dia fully WFH. Pun kena juga kan..kawan FB sorang lagi...x tau dapat dari mana. Satu family positive termasuk bayi kecil...kuarantin dirumah juga..Ada jugak terbaca kawan- kawan blogger yang agak rapat positive juga...Syafakallah semuanya.....
Ya allah ya tuhanku..angkat lah wabak ini...nyahkan lah dari muka bumi ini. semakin ramai yang jadi anak yatim piatu, semakin ramai jadi balu, semakin ramai yang jadi duda...semakin ramai hilang ibu bapa dan tak sempat jumpa. Kasihani lah kami hambamu..berikanlah kami hidup yang selesa seperti sediakala..amin....
Update Adam Kushairy. Aadam dah discharged hari ni...tapi masih perlu kuarantin kendiri di rumah. Adam sampaikan ucapan terima kasih diatas doa- doa kawan- kawan semua.
Semakin SA dengar ramai yang positive semakin SA rasa virus ni dekat ngan kita..macam ada kat sebelah aje...semoga allah lindungi kita semua....amin......

Sunday, May 30, 2021
Beberapa Tips Persediaan Sebelum Dan Selepas Vaksinasi
Assalamualaikum..
SA dapat perkongsian ni melalui whatsaap dan berminat nak share kat blog ni untuk pengetahuan kita semua. Ini memang sangat penting dan sangat membantu. Jangan pergi berlenggang sahaja ye.tengok senarai persediaan yang perlu untuk anda semasa ke PPV yang telah ditetapkan..sememangnya perlu ikut masa yang ditetapkan tetapi jangan pergi terlalu awal. Sebaliknya pergi 1/2 jam sebelum masa yang telah di tetapkan dalam temujanji di aplikasi MySejahtera. Ini adalah untuk mengelakkan dari semua berkumpul terlalu ramai.
Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut :-
1. Makan sebagaimana biasa dan Jangan pergi dengan perut kosong.
2. Minum air suam sekurangnya 250cc. Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.
3. Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan. Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke 2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.
4. Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama utk wanita.
5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone. Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone.
6. Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti takyah pening2 cari parking.
7. Sila check siap2 dimana station anda dalam mysejahtera app sebab semua kena beratur ikut station.
8. Mask on! (Additional face shield is good too- double ). Bawak hand sanitizer, spray , tisu.
9. Paling penting PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. elak pinjam drp org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bg jela terus 😆
10. Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia.
Selepas Di Vaksinasi
11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang dan dengan case sekarang ni ramai yg takda simptom pun. Be extra careful!
12. Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni 😁. #oneforthememories
13 . Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.
14. Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.
15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.
Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.
Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 ... maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.
Saya tidak pasti sama ada kebanyakan warga emas telah mengetahui mengenai dos dan perkara yang tidak boleh dilakukan selepas vaksinasi ini (seperti mesti berehat dan jangan bersenam).
Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin.
Sumber : CnP dari Frontliner Kita. Semoga Bermanfaat.

Saturday, March 28, 2020
S.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
S.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN (Musim Covid19)
*Sebelum Keluar*
- Lantik 1 orang wakil tetap sahaja
- Senaraikan barang² yang hendak dibeli
- Pakai mask
- Keluar sekitar jam 10pagi-3ptg (waktu matahari dah naik)
- Bawak 1 plastik untk isi duit baki (jangan letak duit baki dalam poket/beg duit)
*Semasa Di Luar*
- Keluar tidak lebih 40minit
- Jaga jarak dengan orang lain (1 meter)
- Bersuara pada benda yang perlu sahaja
- Lihat barang dengan betul, dan ambil (Elakkan ambil, letak semula)
- Hulur plastik untuk pekerja kedai masukkan duit baki
*Balik Ke Rumah*
- Jemur barang yang tidak boleh dibasuh
- Jemur kunci kenderaan (termasuk motor)
- Basuh tangan (dengan sabun)
- Basuh barang yang boleh dibasuh termasuk duit (dengan sabun) dan keringkan
- Kumpul plastik² dan buang
- Cabut mask dan gantung/buang
*Fasa Akhir*
- Basuh kaki sebelum masuk rumah (dengan sabun)
- Mandi dan bersihkan seluruh bandan (Dengan sabun dan shampoo)
- Keringkan badan
- Minum segelas air suam panas
----------------------------------------------
Tambahan: Pakai tisu atau sarung tangan ketika isi minyak
--------------------------------------------
Sumber oleh :- KKM

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah