Friday, September 25, 2026

Sedekah Aiskrim Malaysia Di Masjid Desarhu

Assalamualaikum wrt..

Simbolik usianya 22 tahun, Dania sedekah 220 batang aiskrim Malaysia kat Masjid Desarhu..nanti dalam pukul 12.30tgh dia akan hantar ke Masjid..ke PZ yang hantar...maybe dia dan PZ kot..SA x bagi PZ angkat storage box tu sorang2...

220 batang aiskrim.pelbagai perisa..yang SA nampak perisa jagung, strawberry dan sirap bandung...yang lain-lain x pasti plak...nasib baik kat rumah ada freezer..freezer fridge pun dah kosong...by pagi esok dh keras la tu aiskrim tu...







 

Banyak kan?

SA ingat dia nak hantar kat Masjid area rumah SA ni...tapi memandangkan atok lebih aktif kat Masjid Desarhu so hantar kat situ je la sebab kat situ ramai budak2...

22 tahun, 220 batang aiskrim Malaysia simbolik ringkas tanda kesyukuran atas pinjaman umur buat Ainnul Dania Huda. Semoga dengan sedikit sedekah ini kami dapat melihat kegembiraan dan senyuman anak-anak   menikmati aiskrim di pekarangan masjid nanti. Semoga setiap titisan rezeki yang disedekahkan hari ini membawa keberkatan, menjadikan Dania insan yang sentiasa pemurah, dan dirahmati Allah dunia serta akhirat. 

Happy 22nd Birthday, Dania!

No comments:

Post a Comment

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah