Wednesday, September 30, 2026

Celebrate Birthday Dania Di Ruang Panorama Sendayan

Assalamualaikum wrt...

Ruang Panorama ni menjadi pilihan orang ramai di sekitar Seremban untuk Dinner atau sambut apa-apa special occasion..dah banyak kali Dania ajak makan kat sini tapi x berkesempatan..So Jumaat lepas kami sekeluarga dinner kat sini la sempena birthday Dania yang ke 22 tahun 25 September lepas...SA dari KL dan Dania serta PZ naik kereta dari rumah and singgah solat maghrib kat Masjid Sendayan...dalam pukul 8pm kami jumpa kat Ruang Panorama...

Masa kami sampai ni tempat duduk kat dalam penuh..so kena la pilih tempat duduk kat luar..tapi bila dah order makanan, owner cakap ada tempat kosong untuk 4 orang kat dalam..so dia tukarkan kami ke dalam dan order pun tukar terus ikut no meja kat dalam...

Alhamdulillah, rezeki kami malam tu dapat duduk kat dalam yang ber-AC, selesa sikit nak bersembang dan nikmati suasana. Suasana & ambience kat Ruang Panorama ni memang sangat tenang dan cantik, sesuai sangat kalau nak buat sambutan hari lahir atau family dinner











tengok Tik Tok sementara tunggu pesanan sampai


Kat sini boleh sambut birthday gak...


Untuk menu pilihan malam tu, kami order beberapa hidangan istimewa. Makanan kat sini memang tak mengecewakan rasa dia OK, hidangan pun membuka selera dan portion memang memuaskan hati. Sambutan kali ni seronok sangat dapat berkumpul satu keluarga raikan Dania..cuma sedikit ralat takde pilihan kek yang banyak..ada kunafa dan beberapa slice cake yang x berkenan kat Dania..takpe la next time la beli cake...

Jom tengok menu yang kami order


Appetizer mushroom soup..selalu dapat garlic bread kali ni dapat roti pita


Pilihan PZ dan SA lamb gril


Lamb grilled dia x berapa panas..musykil kat situ..dah siap-siap masak ke apa, SA x pasti


Nasi goreng chicken chop for the birthday girl


Chicken grilled untuk suami


Minuman kami


Caramel Macchiato SA


Suka PZ


Seronok dia makan lamb grilled





Total damage RM192.25


Mintak tolong staff amikkan gambar


Selamat Hari Lahir yang ke-22 buat anakanda Dania! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Makin dewasa dah anak dara sorang ni, tapi bagi mama, Dania tetap baby girl sampai bila-bila.

Terima kasih Ruang Panorama Sendayan atas layanan yang mesra dan perkhidmatan yang pantas! Korang yang mana duduk area Seremban atau Sendayan tu, kalau cari tempat dinner yang cozy dan berbaloi, memang highly recommended datang sini.

Masa kami dinner kat sini ada delegasi dari Japan kalau x salah makan kat sini..macam Jabatan Belia Sukan..x ingat plak...


13 comments:

  1. seronok PZ layan western...lamb grilled tu xnmpk juicy

    ReplyDelete
  2. Harga boleh tahan juga ye. Tapi sesekali tak apalahkan. Kalau selalu. erm....

    ReplyDelete
  3. Duduk dalam lagi sesuai la utk special event macam ni. Nampak cozy tempat ni.

    Belated Happy Birthday ye Dania. Aunty PH tak ingat dah wish ke belum 😅
    Semoga Dania cemerlang selalu, dlm apa jua bidang dan dlm rahmat dan lindungan-Nya selalu 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Belated birthday to Dania.
    Kat mana restaurant ini SA

    ReplyDelete
  5. Lamb grill tak panas...hmmm....mungkin dah siap tapi tak ada orang hantarkan kot. Tempatnya memang cantik dan presentation kat pinggan lawa sangat.

    ReplyDelete
  6. Beautiful photos, dear friend. It looks like a wonderful time! Great food, too! I absolutely love lamb!!! It is my favourite meat!

    ReplyDelete
  7. Terus saya teringat Keluarga Iskandar 3 hehe... Rezeki birthday Dania, akhirnya dapat meja dalam yang lebih selesa 😍 Suasana tenang macam ni memang sesuai untuk family dinner. Selamat hari lahir ke-22 Dania! 🎂❤️

    ReplyDelete
  8. nice la tmpt ni. epi besday dear dania!

    ReplyDelete
  9. ini maca restoran dalam Keluarga Iskandar je ni. Ehhhh bila sebut baru perasan ammi tak habis tengok pun. Stop kat episod berapa pun tak ingat

    ReplyDelete
  10. Ala..napa lamb grilled tu tak panas...saya pulak yang geram huhu...
    Wah..celebrated birthday girl ye...mesti seronok Dania....

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Dania, moga semua impian tercapai, panjang umur dan murah rezekinya. Jadi anak yang solehah dan grad dengan flying colors. Aamiin.

    ReplyDelete
  12. Nampak besar pulak lamb grilled tu.

    ReplyDelete
  13. Nampak besar portion lamb tu. Happy belated birthday Dania! Semoga menjadi anak yang solehah & semoga yang baik2 mengiringi.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah