Showing posts with label Family Gathering. Show all posts
Showing posts with label Family Gathering. Show all posts

Monday, June 8, 2026

Dinner Sempena Birthday SA Di Menate Steak Seremban

Assalamualaikum wrt...

Hai korang, 

SA nak cerita pasal kisah Sabtu lepas. Pejam celik, setahun lagi usia SA meningkat. Alhamdulillah untuk segala nikmat rezeki, kesihatan, dan kebahagiaan yang dipinjamkan oleh-Nya sampai ke hari ini.

Sempena hari lahir SA kali ni, encik suami buat kejutan belanja kami sekeluarga makan besar! Tempat pilihan suami tak lain tak bukan, Me'nate Steak Hub di Seremban 2. Dah lama juga rasanya tak makan stik premium dekat sini. Itupun bulan lepas SA ada cakap terasa nak makan steak...hahaha..sebut je pun...

Kami pergi berempat je SA, suami, Dania, dengan PZ. Seronok bila dapat kumpul bawa PZ sekali makan angin dan makan sedap-sedap kat luar. Dania pun bukan main ceria lagi bila bab-bab makan ni, tapi dia dan suami x makan steak, SA dan PZ je order steak...Dinner ni pun sempena meraikan birthday PZ 28hb May lepas...




Selfie tapi suami pandang ke lain


Haaa baru ok...Sementara tunggu makanan siap, sempatlah kami borak-borak santai dan ambil gambar kenangan. PZ pun nampak selesa sangat dengan suasana restoran yang tenang malam tu.


Ada promosi Tomahawk, tapi x order...


Bila masuk je Me'nate, faham-faham jelah prosesnya. Kena pergi kat bahagian kaunter daging dulu untuk pilih potongan daging yang kita nak. Rambang mata juga dibuatnya! Lepas pilih tahap kematangan (cooking level) yang kita nak, terus tunggu hidangan sampai ke meja.


Ni apa la atok dan cucu ni buat ni...Tak lama lepas tu, hidangan pun sampai!


Mushroom soup dan garlic bread...kureng skit sebab soup masin


Air diorang, Fresh Orange dan Ice Lemon Tea, SA amik air yang bottomless..sebab order steak kan...birthday girl mesti la makan steak


Beef Nachos with Cheese


Beef Pepperoni Pizza


Dania order french fries


Pasta untuk Dania Mamamia Beef Carbonara


Fried oyster mushrooms



Jumbo lamb sausages untuk suami...turn off sebab gravy tu manis..


Ribeye steak for me


Medium Well


Sedap..fresh and juicy cuma blackpepper sauce tu masinnnn...


Lamb leg for PZ....


Kita pilih well done untuk lamb leg PZ ni











 

Daging stik Me'nate ni memang tak pernah mengecewakan. Lembut, jus dagingnya padu, dan kuah lada hitam dia memang secukup rasa..xuma masin skit la.. PZ pun puji katanya dagingnya lembut dan senang nak makan. Dania pula memang tersenyum lebarlah dapat menu kegemaran dia sambil tolong PZ potongkan daging kambing tu...

Apapun, terima kasih banyak-banyak buat encik suami yang sudi belanja dan raikan birthday SA tahun ni. Terima kasih juga buat Dania dan PZ yang memeriahkan lagi malam kami. Kehadiran keluarga tercinta ni sebenarnya adalah hadiah yang paling bermakna buat SA.

Korang kalau jalan-jalan ke Seremban 2 dan tercari-cari tempat makan stik yang premium dan sedap, bolehlah singgah ke Me'nate Steak Hub ni. Nak sambut hari lahir pun boleh...masa dinner ni ada dekat 5 orang yang sambut birthday, amik slices cake dan diorang pasang lagu birthday..SA dah warn awal2 x nak...hahahaha...budak- budak boleh la seronok kan semua sporting ikut sama nyanyi dan tepuk tangan...

Okeylah, sampai sini dulu entri santai kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang! Bye!


Thursday, November 21, 2024

Ikan Jepun, Ikan Bawal dan Daging Beli Di ST Rosyam Mart

Assalamualaikum...

SA kan 2 minggu lepas pergi ST Rosyam tu kan..SA nampak ada ikan Jepun ni ha...gemuk- gemuk uolls..dan nampak ikan bawal jugak...fridge dah banyak berkurang barangan dalam tu kan...SA beli la 2 ekor ikan jepun tu dan 2 ekor ikan bawal...jalan- jalan di bahagian daging plak, SA nampak plak daging bahagia peha...satu biji besar macam tu RM37...SA beli je la...tu yang last week masak daging dan tambah balance paru yang ada dalam fridge...


Ikan jepun ni SA x masak lagi


Ikan bawal ni pun sama baru masak seekor


Daging SA dah masak last week


Kalau murah la sebatang ni, SA beli ni...nasib mahal...


Petang tu Pak Uda SA singgah tengok Pak Zain x sihat...malam tu jugak diorang gerak balik ke Langkawi...Pak Uda SA datang sekeluarga...balik uruskan kenduri nikah adik sepupu SA tu...




Pak Uda ni adik arwah Mak Pah...

Seronok bila sesekali jumpa...

Pak Uda pun dah ada cucu seorang...Ayla namanya...anak sulong Pak Uda pernah stay kat rumah SA sementara waktu masa dia belajar dulu..dah kahwin dan dah ada anak sorang dah...yang lain- lain belum kahwin..anak lelaki baru graduate rasanya dan sikembar Arif dan Afif baru je kerja sementara tunggu panggilan mana- mana institusi...

Thursday, April 11, 2019

Family Photo Di Cameron Highland & Bharat Tea Last Part

Hi korang...

Hari ni kita sambung last entry cerita percutian SA dan family di Cameron Highland selepas bagi laluan kat entry-entry yang lain..ikutkan SA sibuk sangat sejak berpindah ke department baru sampai takde masa langsung nak draft habiskan cerita CH ni..kebanyakkan entry SA yang sebelum-sebelum ni semua yang dh siap scheduled so korang akan nampak SA hari-hari update ..sibuk sangat la korang...balik kerj hari-hari lambat..penat x tau nak cakap la...

So dah sampai last entry dah..ikutkan ada banyak je lagi gambar...tapi ceritanya sama je ..memandangkan SA x cukup masa makanya kita tamatkan kisah percutian ni...kat basah ni semua gambar-gambar family dan random photo...singgah Bharat Tea kejap lepas check out..beli la tea 2-3 kotak...dan ada yang sempat makan kat situ gak..SA plak sakan melayan anak-anak bergambar...


Tengok la atuk tu happy sangat


snap banyak2 kali


Sorry la Lisa...tudung kena tiup angin sejuk


Masa ni SA plak join


Freestyle


yeay kami dah habis bercuti di CH


Makcik tenggelam dek anak dan anak buah


one more photo


Cantik bunga ni...x tau apa nama


selfie seketul


anak2 di beranda apartment


tak lengkap percutian kalau x ke ladang teh


cantik kan pemandangan


subur je ladang teh ni...


Candid


one more candid


anak2 energy banyak kan


candid lagi ha


berhenti pose jap


one more pose


SA pose gak la kat sini...masa ni dh demam


kakak Dania biasa la...gambar dia je banyak


nak masuk Rose Valley...kena bayar mahal plak...pas tu kena marah amik gambar depan ni...amenda ntah


ni area Kea Farm


gambar dia je penuh


So..tamatlah cerita percutian SA dan family..rasanya nak repeat lagi dan kalau bleh nak pergi 3 hari 2 malam kat sini so dapat la explore banyak tempat skit...rasa macam tak puas plak rasanya sekejap sangat kat CH...dulu takde la sejuk sangat..sekarang agak sejuk jugak...masa hari last ni hari Isnin..tapi ramai gak orang bercuti masa ni...semua dh pandai naik CH masa bukan cuti sekolah kot..kalau cuti sekolah sesak kan?

Next nak bercuti kat mana plak SA?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah