Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Monday, June 8, 2026

Dinner Sempena Birthday SA Di Menate Steak Seremban

Assalamualaikum wrt...

Hai korang, 

SA nak cerita pasal kisah Sabtu lepas. Pejam celik, setahun lagi usia SA meningkat. Alhamdulillah untuk segala nikmat rezeki, kesihatan, dan kebahagiaan yang dipinjamkan oleh-Nya sampai ke hari ini.

Sempena hari lahir SA kali ni, encik suami buat kejutan belanja kami sekeluarga makan besar! Tempat pilihan suami tak lain tak bukan, Me'nate Steak Hub di Seremban 2. Dah lama juga rasanya tak makan stik premium dekat sini. Itupun bulan lepas SA ada cakap terasa nak makan steak...hahaha..sebut je pun...

Kami pergi berempat je SA, suami, Dania, dengan PZ. Seronok bila dapat kumpul bawa PZ sekali makan angin dan makan sedap-sedap kat luar. Dania pun bukan main ceria lagi bila bab-bab makan ni, tapi dia dan suami x makan steak, SA dan PZ je order steak...Dinner ni pun sempena meraikan birthday PZ 28hb May lepas...




Selfie tapi suami pandang ke lain


Haaa baru ok...Sementara tunggu makanan siap, sempatlah kami borak-borak santai dan ambil gambar kenangan. PZ pun nampak selesa sangat dengan suasana restoran yang tenang malam tu.


Ada promosi Tomahawk, tapi x order...


Bila masuk je Me'nate, faham-faham jelah prosesnya. Kena pergi kat bahagian kaunter daging dulu untuk pilih potongan daging yang kita nak. Rambang mata juga dibuatnya! Lepas pilih tahap kematangan (cooking level) yang kita nak, terus tunggu hidangan sampai ke meja.


Ni apa la atok dan cucu ni buat ni...Tak lama lepas tu, hidangan pun sampai!


Mushroom soup dan garlic bread...kureng skit sebab soup masin


Air diorang, Fresh Orange dan Ice Lemon Tea, SA amik air yang bottomless..sebab order steak kan...birthday girl mesti la makan steak


Beef Nachos with Cheese


Beef Pepperoni Pizza


Dania order french fries


Pasta untuk Dania Mamamia Beef Carbonara


Fried oyster mushrooms



Jumbo lamb sausages untuk suami...turn off sebab gravy tu manis..


Ribeye steak for me


Medium Well


Sedap..fresh and juicy cuma blackpepper sauce tu masinnnn...


Lamb leg for PZ....


Kita pilih well done untuk lamb leg PZ ni











 

Daging stik Me'nate ni memang tak pernah mengecewakan. Lembut, jus dagingnya padu, dan kuah lada hitam dia memang secukup rasa..xuma masin skit la.. PZ pun puji katanya dagingnya lembut dan senang nak makan. Dania pula memang tersenyum lebarlah dapat menu kegemaran dia sambil tolong PZ potongkan daging kambing tu...

Apapun, terima kasih banyak-banyak buat encik suami yang sudi belanja dan raikan birthday SA tahun ni. Terima kasih juga buat Dania dan PZ yang memeriahkan lagi malam kami. Kehadiran keluarga tercinta ni sebenarnya adalah hadiah yang paling bermakna buat SA.

Korang kalau jalan-jalan ke Seremban 2 dan tercari-cari tempat makan stik yang premium dan sedap, bolehlah singgah ke Me'nate Steak Hub ni. Nak sambut hari lahir pun boleh...masa dinner ni ada dekat 5 orang yang sambut birthday, amik slices cake dan diorang pasang lagu birthday..SA dah warn awal2 x nak...hahahaha...budak- budak boleh la seronok kan semua sporting ikut sama nyanyi dan tepuk tangan...

Okeylah, sampai sini dulu entri santai kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang! Bye!


Monday, March 1, 2021

Cendol Bawah Pokok Pasar Besar Seremban

Hi korang...

Memandangkan setahun tak pergi Pasar Besar Seremban, lama la x pekena the best cendol in town ni...Cendol Pasar Besar Seremban Bawah Pokok. Lokasi masih sama kali ni perniagaan uncle cendol ni makin maju.. Dah meniaga guna lori canggih ni dah. Ramai jugak yang singgah makan cendol kat sini...tapi as usual SA beli bungkus jer la. SA memang tak makan cendol..tak tau kenapa tak suka..SA x suka cendol yang hijau-hijau tu. Kalau teringin pun SA akan mintak tak nak cendol hijau tu...hehehe...takde tu tak sedap la kan..tapi SA memang tak makan...Kebetulan mak tetiba nak minum cendol. Beli la 3 bungkus, Cendol biasa dan Cendol Campur...bukan main suka lagi mak..cuma untuk mak SA mintak aunty tu buat yang kurang manis la...lain plak jadi kang minum manis2 ni...







Laju Aunty dan Uncle ni buat kerja...memang sekejap jer siap. Masih mengekalkan cara lama proses ais..SA x tau nak sebut macam mana...tapi nampak senang dan seronok la..selaunya orang guna mesin yang kaler hijau tu kan..ni uncle ni guna yang biasa tu je...Seronok tengok dan rasa nak cuba..sajer la SA tanya, aunty tak buat cendol durian ke...eh takde la adik..takde permintaan kalau ada pun mesti guna modal besar kan...betul jugak kan..Kalau ada cendol durian nak jugak SA cuba cuma as usual tak nak yang hijau- hijau tu je...hehehe....

Tapi orang cakap...panas- panas pekena cendol sedap...kan?


Thursday, November 16, 2017

Nikmati The Best Cheese Cake In South East Asia Di The Tokyo Restaurant Isetan Bukit Bintang

Hi Korang...........

Peminat Japanese food meh follow dekat- dekat rapat- rapat meh...Kak Bedah nak citer skit ni..last week Sabtu Kak Bedah dan my kawan- kawan di jemput makan best- best kat Japanese restoran terkenal di  Bukit Bintang Kuala Lumpur ha.... The Tokyo Restaurant...terletak di tingkat 4 Isetan The Japan Store, Lot 10 Bukit Bintang. Restaurant yang memuatkan kapasiti 180 orang pengunjung pada satu- satu masa yang merangkumi kawasan tempat duduk umum, ruang makan peribadi, dapur konsep terbuka dan bar. Korang yang pencinta Japanese Food jangan risau kerana di The Tokyo Restaurant merupakan Pork Free. Mempunyai tempat duduk untuk kanak- kanak juga.Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan untuk majlis peribadi, ulangtahun dan majlis intimewa tertutup.
menarik kan? Melangkahkan kaki untuk pertama kali korang akan berasa berada di negara Jepun dengan dekorasi yang mengekalkan ciri -ciri tradisi Jepun yang kontemporari.




The Tokyo Restaurant sebuah restoran yang sangat establish di Azabu, Tokyo sejak tahun 1998, Diminati dan disukai oleh kebanyakkan selebriti Jepun dan sekarang kita dapat melihat kebangkitan  dan kegemilangan restoran ini yang diperkenalkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Menariknya di The Tokyo Restaurant mempunyai 4 konsep yang boleh dipilih oleh para pelangan iaitu All Dining Day, Flavour Of Tokyo, The Bar dan The Live Kitchen.

Konsep

  1. All Day Dining - Merupakan  dining room dan living room di bandar, The Tokyo Restaurant menyediakan pengalaman menikmati makanan sepanjang hari yang menyajikan hidangan tengah hari, minum petang, makan malam dan bar. Restoran ini terletak di pusat Kuala Lumpur untuk merasakan aura di bandar dan pada masa yang sama orang ramai boleh menikmati masa yang santai dengan keluarga dan rakan-rakan.
  2. Flavour Of Tokyo - Tokyo, sebuah kota metropolitan di mana orang ramai dapat merasai pengalaman pelbagai makanan kelas atas dari seluruh dunia. Dalam persekitaran ini scene untuk makanan dari Tokyo menjadi terkenal, canggih dan semakin berkembang maju.Restoran ini turut menyajikan masakan barat dengan sentuhan Tokyo yang sangat unik.
  3. The Bar - Restoran ini turut dilengkapi dengan bar terbesar dikenali The Table. Di bahagian Bar ini bartender yang dilatih khas akan menghidangkan pelanggan dari classic ke original wine mengikut permintaan pelanggan.
  4. The Live Kitchen - Pelanggan boleh menikmati makanan dengan menyaksikan sendiri secara real hidangan dari Tokyo di masak di depan mata. Enjoy pengalaman yang tidak hanya menjanjikan rasa yang sedap tetapi keseronokan juga.

Jom ikut SA tengok gambar yang sempat SA snap untuk tatapan korang semua...


Decoration cantik kan?


Susun atur perabot yang menarik dan selesa


All Day Dining


Hiasan yang elegant dan classy


The Live Kitchen


Live Kitchen yang sentiasa bersih, korang suka dengan masakan yang dimasak secara live boleh pilih The Live Kitchen


Area Bar


Salah satu deco yang melambangkan budaya Jepun


Lantern




Mentaiko Pasta


Mentaiko Pasta With Anchovies and onion


TTR Cobb Salad


Tatsura Age Chicken With Soy Ginger and Tartar Sauce


Sauteed Salmon Lemon Butter Sauce


Edamame


Umami French Fries


Tiramisu Cake


6th Avenue Cheese Cake - The Best In South East Asia


Settle...bukti Tiramisu sedap!!!


Cranberry Lemonade


Virgin Passion Mojito


Hot Cafe Latte


Santai- santai bersama keluarga


santai- santai bersama kawan- kawan


SA dan rakan blogger Shamiera Osment


Big boss Mr Yusuke

SA sangat- sangat recommend The Tokyo Restaurant pada korang...selain Japanese Food mereka turut menyajikan Western Japanese Fusion. Makanan yang di perkenalkan oleh restoran ini mengikut kesesuaian citarasa Masyarakat Malaysia. The Tokyo Restaurant hotel juga memberi perkhidmatan tempahan untuk majlis harijadi dan special occasion yang lain...korang yang balik dari kerja tu kalau nak hang out dengan kawan- kawan dalam suasana yang selesa boleh lah terjah The Tokyo Restaurant..jangan lupa pesan 6th Avenue Cheese Cake yang terkenal dan tersedap di South East Asia..memang berbaloi...sepotong rasanya tak cukup seorang...Cheesecake dekad ini dengan lembut dan berkrim dibuat dengan Danish Cream Cheese dan dibakar dalam ketuhar yang dikawal khas kelembapannya...SA masih tka boleh move on la sebab 6th Avenue Cheese Cake ni memang menambat hati dan buat SA jatuh cinta pada first bite..definitely i will come again and order the cheese cake.



THE TOKYO RESTAURANT
ISETAN The Japan Store, LOT10
No 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-21192622
Business hours : All day 11.00am- 23.00pm ( last order 22.00pm)
Email: thetokyorestaurant.icj@isetankl.com.my


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah