Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Thursday, July 9, 2026

Sarapan Nasi Lemak Beli Di Richiamo KL Sentral

Assalamualaikum wrt...

Selamat pagi semua...ehh..dah Khamis erk....hari ni SA x bawak bekal...hari ni jugak berbelah bagi nak makan nasi lemak ke, nak buat telur half boiled dan beli roti je...eh..lama SA mundar mandir kat KL Sentral pagi tadi..jam plak baru pukul 7.06am...awal giler la sampai...sudahnya SA singgah Richiamo beli nasi lemak..berbelah bagi jugaaaa...nak sambal sotong ke atau paru goreng...then teringat tengah stop makan daging dan seafood...eh....laju je amik nasi lemak sambal sotong tu...bayar dan terus masuk office buat air...dlam pukul 8am SA sarapan...

Sedap tak nasi lemak..

Okey la berasa...cuma kacang tu lemau...x rangup...ikan bilis tu 2 ketoi tu je...hahahahah..


sambal sedap


Nescafe O less sugar


Today's look...pakai baju batik 


selitkan gambar Brown..sebab first time amik gambo dia nampak gigi...


cantik nau gigi tu erk....

Hari ni SA pakai baju corak batik..blouse aje...sebabnya dah keluar pekeliling...Rabu kena pakai uniform, Khamis pakai batik Isnin, Selasa  boleh pakai office attire, Jumaat kasual day..boleh pakai jeans dan polo shirt. 

Masalah sekarang ni baju uniform corporate SA dah x muat...acaner nak buat ni?

Bila masa ntah baju tu mengecik SA x tau la....


Tuesday, June 23, 2026

Makan Bakso Dan Sate Di Muar...

Assalamualaikum wrt...

Bakso adalah bebola daging khas Indonesia yang dibuat dari campuran daging cincang halus dan tepung ubi...tapi bukan itu yang SA nak ceritakan...balik dari rumah Angah Sabtu lepas, kami terus ke bando Muo...jammed tak hingat..ada event rasanya kat sana...kalau x salah Angah dan Adik Ipar SA ada inform..jenuh la ke bandar tu sebab niat asal nak pi beli kopi 434 kat kedai Sai Kee tu...kalau beli kat Shopee ke Tik Tok ke mahal giler..beli kat situ RM35 sebotol ada 100pcs sachet...SA beli 2 botol..cukup la tu stock untuk 2-3 bulan...dah settle beli kopi, tanya PZ nak makan sate x? PZ kata Abah ikut ko je...boleh je kalau nak makan sate....

Singgah makan dan SA x dan nak amik gambar depan kedai...SA pernah makan kat situ masa mula- mula bertunang dengan suami dulu ke masa awal perkahwinan..lupa nama kedai tu...

Masuk je terus order satay daging 10 cucuk dan ayam pun 10 cucuk...lepas tu nampak ada bakso...lama nak makan bakso..cuma x dapat makan bakso yang betul- betul bakso..


okey ni bukan bakso...ni namanya mee sup...hahahaha....


Bakso x makan ngan kuah kicap..dia ada cili dia sendiri kan...





 

Sate dia ok la..bukan lah wow sangat tapi sedap jugak la perapan..kuah tu dia lain skit..dia guna kacang tanah yang betul- betul halus..x macam kebanyakkan kuah kacang...SA x makan mee bandung kali ni...sebab dah kenyang makan nasi kenduri kan...

Lepas dah makan sate...bakso yang bukan bakso..x habis pun...SA nak Bakso.yang dapat tu mee sup...Bakso ni memang la bebola daging tapi kuah dia tu lain..SA pernah makan...cili pun lain..bukan cili kicap...mana nak dapat bakso sedap kat Seremban agaknya...kang susah sanagt nak jumpa SA pi Indonesia kang...hahahaha....

Okbai...jumpa next entry...

Monday, June 8, 2026

Dinner Sempena Birthday SA Di Menate Steak Seremban

Assalamualaikum wrt...

Hai korang, 

SA nak cerita pasal kisah Sabtu lepas. Pejam celik, setahun lagi usia SA meningkat. Alhamdulillah untuk segala nikmat rezeki, kesihatan, dan kebahagiaan yang dipinjamkan oleh-Nya sampai ke hari ini.

Sempena hari lahir SA kali ni, encik suami buat kejutan belanja kami sekeluarga makan besar! Tempat pilihan suami tak lain tak bukan, Me'nate Steak Hub di Seremban 2. Dah lama juga rasanya tak makan stik premium dekat sini. Itupun bulan lepas SA ada cakap terasa nak makan steak...hahaha..sebut je pun...

Kami pergi berempat je SA, suami, Dania, dengan PZ. Seronok bila dapat kumpul bawa PZ sekali makan angin dan makan sedap-sedap kat luar. Dania pun bukan main ceria lagi bila bab-bab makan ni, tapi dia dan suami x makan steak, SA dan PZ je order steak...Dinner ni pun sempena meraikan birthday PZ 28hb May lepas...




Selfie tapi suami pandang ke lain


Haaa baru ok...Sementara tunggu makanan siap, sempatlah kami borak-borak santai dan ambil gambar kenangan. PZ pun nampak selesa sangat dengan suasana restoran yang tenang malam tu.


Ada promosi Tomahawk, tapi x order...


Bila masuk je Me'nate, faham-faham jelah prosesnya. Kena pergi kat bahagian kaunter daging dulu untuk pilih potongan daging yang kita nak. Rambang mata juga dibuatnya! Lepas pilih tahap kematangan (cooking level) yang kita nak, terus tunggu hidangan sampai ke meja.


Ni apa la atok dan cucu ni buat ni...Tak lama lepas tu, hidangan pun sampai!


Mushroom soup dan garlic bread...kureng skit sebab soup masin


Air diorang, Fresh Orange dan Ice Lemon Tea, SA amik air yang bottomless..sebab order steak kan...birthday girl mesti la makan steak


Beef Nachos with Cheese


Beef Pepperoni Pizza


Dania order french fries


Pasta untuk Dania Mamamia Beef Carbonara


Fried oyster mushrooms



Jumbo lamb sausages untuk suami...turn off sebab gravy tu manis..


Ribeye steak for me


Medium Well


Sedap..fresh and juicy cuma blackpepper sauce tu masinnnn...


Lamb leg for PZ....


Kita pilih well done untuk lamb leg PZ ni











 

Daging stik Me'nate ni memang tak pernah mengecewakan. Lembut, jus dagingnya padu, dan kuah lada hitam dia memang secukup rasa..xuma masin skit la.. PZ pun puji katanya dagingnya lembut dan senang nak makan. Dania pula memang tersenyum lebarlah dapat menu kegemaran dia sambil tolong PZ potongkan daging kambing tu...

Apapun, terima kasih banyak-banyak buat encik suami yang sudi belanja dan raikan birthday SA tahun ni. Terima kasih juga buat Dania dan PZ yang memeriahkan lagi malam kami. Kehadiran keluarga tercinta ni sebenarnya adalah hadiah yang paling bermakna buat SA.

Korang kalau jalan-jalan ke Seremban 2 dan tercari-cari tempat makan stik yang premium dan sedap, bolehlah singgah ke Me'nate Steak Hub ni. Nak sambut hari lahir pun boleh...masa dinner ni ada dekat 5 orang yang sambut birthday, amik slices cake dan diorang pasang lagu birthday..SA dah warn awal2 x nak...hahahaha...budak- budak boleh la seronok kan semua sporting ikut sama nyanyi dan tepuk tangan...

Okeylah, sampai sini dulu entri santai kali ni. Jumpa lagi di entri akan datang! Bye!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah