Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

Info Baru Sekiranya Berlaku Kecemasan

Hi korang..
Kadang- kadang waktu kecemasan kita buntu tak tau nak buat apa kan...meh aku share sedikit info yang aku baru tau dari whatsaap, mana tau boleh membantu kan..tak tau la betul ke tak info ni tapi tak salah kalau mencuba.

1. Tersedak makanan,
2. Salah bantal,
3. Kram kaki,
4. Kaki kesemutan(kebas)

Ini adalah pengetahuan yang dapat menolong orang dan diri sendiri.

Cara pertolongan sebagai berikut:

1. Cara menangani  jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

Di Atlantic City, New Jersey, AS, ada seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence yang secara cerdik berhasil menyelamatkan nyawa neneknya, kaedah yang dipergunakannya sangat sederhana, hanya perlu “mengangkat tangan”.

Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton televisi di rumah sambil makan jelly ketika cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika sang nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sang nenek berusaha menolong diri sendiri dengan menekan-nekan bagian perut, namun tidak ada gunanya, Spence lalu bertanya: “Nek! Apakah nenek tersedak?”, namun sang nenek tidak bisa menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Ayuh cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence menyampaikan kalau kaedah ini dipelajarinya di sekolah. Jadi cara menangani jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, anda mendapati diri anda salah bantal, yaitu merasa sakit di leher. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, anda hanya perlu mengangkat kaki anda, kemudian tarik ibu jari kaki dan pijat dengan memutar searah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki
Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih enak.

4. Kaki kesemutan(kebas)
Ketika kaki kiri kesemutan, ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan kesemutan, ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja info ini. Silakan berbagi. Siapa tahu Anda dapat menyelamatkan orang lain.

Semoga bermanfaat
👆tak tau betul ke tidak...cuma nak kongsi je, mana tau berguna

Tuesday, January 19, 2016

Bahasa Sindiran...


Setiap orang mesti pernah berada dalam situasi menyindir atau disindir. Kadang-kadang perbuatan ini akan membuatkan seorang kawan boleh bergaduh dengan kawan,  pasangan kekasih boleh berbalah, bahkan adik beradik , ipar duai juga boleh berbalah dek kerana sindir-menyindir.

Rumusannya, bahasa sindiran merupakan salah satu medium yang baik untuk kita jadikan sebagai alat bagi menegur dan menasihati seseorang. Namun begitu, kita perlulah peka dengan keadaan sekeliling sebelum menggunakannya. Hal ini kerana, sindiran yang diujarkan dalam keadaan tidak sedar akan membolehkan sesuatu hubungan itu terlerai dan menyebabkan keharmonian dalam kehidupan tergugat.Ikatan persaudaraan dan persahabatan pasti terlerai andai sindiran di salah erti..atau dalam bahasa mudah salah penerimaan...

Baik buruk bahasa sindiran termaktub pada nawaitu setiap penyampainya....

Friday, August 21, 2015

KANSER PROSTAT LELAKI JANGAN LEKA

PUNCA PUNCA KANSER PROSTAT


Pengambilan lemak yang tinggi dikatakan menjadi punca kepada kanser prosta bagi kaum lelaki. Jadi para isteri yang bertanggungjawab dalam hal pemakanan di rumah hendaklah memainkan peranan terutama dalam mengawasi menu suami.

Tips berikut bukan sahaja membantu mengelakkan risiko kanser prostat tetapi juga mampu mengelakkan dari penyakit lain seperti penyakit jantung dan masalah obesiti.


  1. Sungguh pun suami suka dengan masakan anda namun demi kesihatannya elakkan dari menghidangkan makanan dari jenis yang sama setiap hari. Santan bermakna kalori dan mengandungi lemak yang tinggi.
  2. Pada waktu petang, elakkan dari menyediakan kuih muih berasaskan santan dan juga penggunaan gula yang banyak
  3. Hadkan hidangan telur namun hal ini jarang diperhatikan oleh wanita.
  4. Hindari dari membakar ayam atau ikan sehingga menjadi kehitaman kerana ia mungkin mengandungi karsinogen penyebab kanser
  5. Hindari penggunaan minyak atau marjerin secara berulang. Memang menjimatkan tetapi kalori yang tertinggal didalamnya cukup tinggi.


sumber google



Sama seperti wanita yang menghadapi pelbagai risiko penyakit, kaum lelaki pada usia tersebut turut tidak terlepas daripada mengalami masalah sama.

Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko menghidapi kanser prostat juga bertambah apabila umur melebihi 45 tahun.

Purata umur penghidap pada masa mula didiagnosis adalah 70 tahun. Di Amerika Syarikat, ia telah kerap terjadi di kalangan lelaki berketurunan Afrika.

Antara orang terkemuka yang meninggal dunia akibat kanser prostat termasuk bekas presiden Perancis, Francois Mitterand, presiden Zaire, Mobuto dan pelakon Bill Bixby.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Biasanya ia dikesan melalui ujian saringan PSA (prostate specific antigen). Apabila saiz prostat bertambah, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang serupa dengan BPH seperti kesusahan keluar air kencing, aliran kencing yang lemah, kencing kerap serta nokturia.

Selain itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar bersama air kencing pesakit. Pada ketika ini, kanser prostat boleh dikesan secara pemeriksaan dubur kerana ciri-ciri strukturnya yang berbiji-biji kasar serta keras.

Pada peringkat lewat, sel-sel kanser prostat boleh merebak melalui aliran darah ke organ-organ lain seperti tulang, terutamanya tulang paha, serta ke paru-paru.

Seseorang pesakit akan mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas. Sekiranya tulang belakang juga terlibat, tekanan terhadap saraf tunjang akan menyebabkan seseorang itu lumpuh pada kedua-dua kaki.

Mengesan dan merawat

Seperti yang dinyatakan tadi, kanser prostat dikesan melalui pemeriksaan dubur serta ujian saringan PSA.

Ujian biopsi prostat melalui dubur berpandukan ultrasound (transrectal ultrasonic biopsy) juga perlu dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu menghidapi kanser prostat.

Kanser prostate boleh dirawat secara pembedahan dengan mengeluarkan seluruh kelenjar tersebut (radical prostatectomy). Di sesetengah pusat pakar urologi, prosedur ini turut dijalankan dengan bantuan robot.

Radioterapi (sinaran X) juga boleh digunakan untuk merawat kanser prostat dengan memusnahkan sel-sel kanser.

Ia amat berfaedah terutamanya jika pembedahan tidak dapat dijalankan pada sesetengah pesakit yang berisiko tinggi.

Radioterapi juga digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai sel-sel kanser yang telah merebak ke tulang paha dan tulang belakang.

Kaedah rawatan lain termasuk kaedah hormon iaitu penggunaan ubat untuk menghentikan sel-sel kanser prostat daripada dirangsang oleh hormon dihydrotestosterone.

Kaedah ini menghalang hormon dihydrotestosterone daripada dihasilkan dan ini akan menyebabkan sel-sel kanser prostat berhenti membahagi serta membesar.

Paras dihidrotestoterone boleh diturunkan juga melalui pembedahan dengan mengeluarkan kedua-dua buah zakar.

Ini kerana buah zakar berfungsi menghasilkan testosterone yang boleh merangsang kelenjar prostat menghasilkan dihydrotestosterone.

Kaedah rawatan hormon biasanya digunakan apabila kanser prostat telah sampai ke peringkat lewat.

Walaupun dapat mengurangkan bilangan sel-sel kanser, ia tidak dapat menyembuhkan pesakit, dan lagipun, ia cuma berkesan untuk satu hingga dua tahun sahaja.

Fungsi utama pada peringkat ini adalah untuk melegakan tanda-tanda sakit pada pesakit yang sudah tenat.

Salah satu ciri kanser prostat adalah sel-sel kansernya kebanyakannya membiak dengan perlahan berbanding kanser yang timbul pada organ lain seperti usus dan perut.

Kajian melalui pembedahan mayat (autopsi) pada lelaki yang meninggal dunia akibat punca-punca lain mendapati 30 peratus daripada mereka yang berumur 50 tahun sudah mempunyai kanser prostat dan angka ini meningkat kepada 80 peratus di kalangan mereka yang berumur 70 tahu ke atas!

Ini bermakna kebanyakan lelaki tidak akan sedar bahawa mereka sudahpun mempunyai kanser prostat serta tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda akibat kehadiran kanser tersebut dan akan meninggal dunia akibat punca lain seperti sakit jantung bukannya kerana kanser prostat.

Akhirnya, masalah kelenjar prostat boleh diatasi sekiranya dapat dirawat pada peringkat awal. Lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani ujian saringan melalui borang soal jawab IPSS, pemeriksaan dan ujian darah supaya gejala ini dapat dikesan serta dirawat pada peringkat awal.

Sumber Utusan Malaysia Online

Thursday, August 6, 2015

Penting Tiga Kali (1/2)

Pesanan Dari Seorang Doktor

Hi korang..

Saya nak kongsi very good tips - bagi yg terbangun dari tidur utk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat penting?
Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh
    1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..
Seandainya dia mengetahui
perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring. Kalau yg dah tahu anggap sebagai refresher.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah