Friday, August 21, 2015

KANSER PROSTAT LELAKI JANGAN LEKA

PUNCA PUNCA KANSER PROSTAT


Pengambilan lemak yang tinggi dikatakan menjadi punca kepada kanser prosta bagi kaum lelaki. Jadi para isteri yang bertanggungjawab dalam hal pemakanan di rumah hendaklah memainkan peranan terutama dalam mengawasi menu suami.

Tips berikut bukan sahaja membantu mengelakkan risiko kanser prostat tetapi juga mampu mengelakkan dari penyakit lain seperti penyakit jantung dan masalah obesiti.


  1. Sungguh pun suami suka dengan masakan anda namun demi kesihatannya elakkan dari menghidangkan makanan dari jenis yang sama setiap hari. Santan bermakna kalori dan mengandungi lemak yang tinggi.
  2. Pada waktu petang, elakkan dari menyediakan kuih muih berasaskan santan dan juga penggunaan gula yang banyak
  3. Hadkan hidangan telur namun hal ini jarang diperhatikan oleh wanita.
  4. Hindari dari membakar ayam atau ikan sehingga menjadi kehitaman kerana ia mungkin mengandungi karsinogen penyebab kanser
  5. Hindari penggunaan minyak atau marjerin secara berulang. Memang menjimatkan tetapi kalori yang tertinggal didalamnya cukup tinggi.


sumber google



Sama seperti wanita yang menghadapi pelbagai risiko penyakit, kaum lelaki pada usia tersebut turut tidak terlepas daripada mengalami masalah sama.

Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Risiko menghidapi kanser prostat juga bertambah apabila umur melebihi 45 tahun.

Purata umur penghidap pada masa mula didiagnosis adalah 70 tahun. Di Amerika Syarikat, ia telah kerap terjadi di kalangan lelaki berketurunan Afrika.

Antara orang terkemuka yang meninggal dunia akibat kanser prostat termasuk bekas presiden Perancis, Francois Mitterand, presiden Zaire, Mobuto dan pelakon Bill Bixby.

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Biasanya ia dikesan melalui ujian saringan PSA (prostate specific antigen). Apabila saiz prostat bertambah, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang serupa dengan BPH seperti kesusahan keluar air kencing, aliran kencing yang lemah, kencing kerap serta nokturia.

Selain itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar bersama air kencing pesakit. Pada ketika ini, kanser prostat boleh dikesan secara pemeriksaan dubur kerana ciri-ciri strukturnya yang berbiji-biji kasar serta keras.

Pada peringkat lewat, sel-sel kanser prostat boleh merebak melalui aliran darah ke organ-organ lain seperti tulang, terutamanya tulang paha, serta ke paru-paru.

Seseorang pesakit akan mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas. Sekiranya tulang belakang juga terlibat, tekanan terhadap saraf tunjang akan menyebabkan seseorang itu lumpuh pada kedua-dua kaki.

Mengesan dan merawat

Seperti yang dinyatakan tadi, kanser prostat dikesan melalui pemeriksaan dubur serta ujian saringan PSA.

Ujian biopsi prostat melalui dubur berpandukan ultrasound (transrectal ultrasonic biopsy) juga perlu dilakukan untuk mengesahkan seseorang itu menghidapi kanser prostat.

Kanser prostate boleh dirawat secara pembedahan dengan mengeluarkan seluruh kelenjar tersebut (radical prostatectomy). Di sesetengah pusat pakar urologi, prosedur ini turut dijalankan dengan bantuan robot.

Radioterapi (sinaran X) juga boleh digunakan untuk merawat kanser prostat dengan memusnahkan sel-sel kanser.

Ia amat berfaedah terutamanya jika pembedahan tidak dapat dijalankan pada sesetengah pesakit yang berisiko tinggi.

Radioterapi juga digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai sel-sel kanser yang telah merebak ke tulang paha dan tulang belakang.

Kaedah rawatan lain termasuk kaedah hormon iaitu penggunaan ubat untuk menghentikan sel-sel kanser prostat daripada dirangsang oleh hormon dihydrotestosterone.

Kaedah ini menghalang hormon dihydrotestosterone daripada dihasilkan dan ini akan menyebabkan sel-sel kanser prostat berhenti membahagi serta membesar.

Paras dihidrotestoterone boleh diturunkan juga melalui pembedahan dengan mengeluarkan kedua-dua buah zakar.

Ini kerana buah zakar berfungsi menghasilkan testosterone yang boleh merangsang kelenjar prostat menghasilkan dihydrotestosterone.

Kaedah rawatan hormon biasanya digunakan apabila kanser prostat telah sampai ke peringkat lewat.

Walaupun dapat mengurangkan bilangan sel-sel kanser, ia tidak dapat menyembuhkan pesakit, dan lagipun, ia cuma berkesan untuk satu hingga dua tahun sahaja.

Fungsi utama pada peringkat ini adalah untuk melegakan tanda-tanda sakit pada pesakit yang sudah tenat.

Salah satu ciri kanser prostat adalah sel-sel kansernya kebanyakannya membiak dengan perlahan berbanding kanser yang timbul pada organ lain seperti usus dan perut.

Kajian melalui pembedahan mayat (autopsi) pada lelaki yang meninggal dunia akibat punca-punca lain mendapati 30 peratus daripada mereka yang berumur 50 tahun sudah mempunyai kanser prostat dan angka ini meningkat kepada 80 peratus di kalangan mereka yang berumur 70 tahu ke atas!

Ini bermakna kebanyakan lelaki tidak akan sedar bahawa mereka sudahpun mempunyai kanser prostat serta tidak mengalami apa-apa gejala dan tanda akibat kehadiran kanser tersebut dan akan meninggal dunia akibat punca lain seperti sakit jantung bukannya kerana kanser prostat.

Akhirnya, masalah kelenjar prostat boleh diatasi sekiranya dapat dirawat pada peringkat awal. Lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dinasihatkan berjumpa doktor untuk menjalani ujian saringan melalui borang soal jawab IPSS, pemeriksaan dan ujian darah supaya gejala ini dapat dikesan serta dirawat pada peringkat awal.

Sumber Utusan Malaysia Online

13 comments:

  1. bahaya jugak ye..memang ramai orang sakit belakang tapi mungkin ada yang ambik mudah .zaman sekarang gaya makan pun dah lain..kalau telur tu jangan cakap la..semua benda makanna ada hidang telur goremng..

    ReplyDelete
  2. Kanser antara pembunuh no1 zaman sekarang..Jom Alaskan gaya perjalanan yg lbih sihat Utk kualiti hidup yg lbih naik ;)

    ReplyDelete
  3. Fuyoh.. keluarkan buah zakar ye. Menakutkan jugak..
    semoga para lelaki jagalah eik kesihatan


    3 kisah semua wanita wajib baca

    ReplyDelete
  4. Sekarang banyak penyakit, sakit sikit-sikit pun kena pergi check up juga. Takut kena penyakit lain.

    ReplyDelete
  5. bahaya jika tidak dirawat lebih awal..

    ReplyDelete
  6. kalau perempuan, boleh tak makan? sebab dalam on diet nona, nona telan telur, cuma off nasik je, huhu~

    ReplyDelete
  7. kka, sy tgk ruangan commentor tu lain2, memang lain2 ea?
    tkde perubahan angka pun? walhal salu komengs, hahahaa, giler prihatin sayaaaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu automatic nona bukan akak kawal manual..nona pun baru je komen selalu kan..yg diorang tu mmg dari 25hb 7 komen..akak announce setiap 25hb every month...still got time..cuba lagi...

      Delete
  8. Mcm2 pyakit bertimbul2 skrg ni, faktor sbb mknanan juga kan..jdi cma2 la kita jaga pemakanan kita

    ReplyDelete
  9. Sekarang banyak makanan segera.. dulu susah nak jumpa.. ;)

    ReplyDelete
  10. ye, mmg kena beware.
    Arwah atok sy kena penyakit ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah