Showing posts with label Raya 2017. Show all posts
Showing posts with label Raya 2017. Show all posts

Wednesday, July 5, 2017

Sambutan Raya 2017 Suria Amanda

Hi korang..

Baru hari ni nak up gambar raya tahun ni...mengada betul..ekceli bagi laluan entry kerja dulu..huhu...malas pun yer gak..tapi kalau malas sure bersawang blog ni kan...So..bercerita tenang sambutan Hari Raya SA tahun ni..semuanya serba sederhana bila hanya SA dan adik ke 3 yang sedang berpantang je ada kat rumah selaim Mak Abah. Adik- adik yang lain semua beraya di sebelah Mertua masing- masing. Walau sederhana tetap meriah. Seawal pagi SA bangun sediakan hidangan untuk sarapan sebelum pergi ke masjid untuk sembahyang raya. Anak- anak pun bangun awal..tak susah nak kejutkan sebab dari malam tu SA dah pesan dah..sapa lambat bangun x payah raya.

Jom tengok gambar yang sempat SA abadikan sebagai kenangan


Bergambar dengan si kembar ni..susah betul diorang nak bg kerjasama


Dania dan Si Kembar


Dania


Keluarga adik SA no 3, Lissa maybe ada yang kenal sebab dulu blog ni dia yang buat untuk SA..so awal kemunculan maybe ada yang kenal Lissa


Mak Abah sedondon royal blue dari Jakel dan masa ni kat kampung Abah



SA dengan Mak Abah


SA


Dania lagi


SA depan rumah sepupu Abah


Dengan Dania plak...

Dapat jugak gambar raya dari 2 orang adik SA yang beraya di rumah mertua masing-masing


Adik bongsu di Perlis


Adik no 4 di Ipoh, Perak...alahaiiii...somellll Qhaira tu....


Itulah cerita sambutan hari raya SA yang sederhana..cuma gambar Angah sekeluarga takde..tak bagi pun..kalau tak dah complete dah...

tak terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Monday, July 3, 2017

Juadah Hari Raya Suria Amanda

Hi korang...

Selamat bekerja bagi yang dah mula kerja...amboi..cuti lama2..amik kesempatan betul berehat eh...apapun dah seminggu dah kita sambut raya..SA plak baru nak up citer beraya tahun ni..takde la sakan sangat beraya sebab tak berapa meriah..adik2 semua ikut turn mertua tahun ni...tinggal SA dan adik yang no 3 itupun sebab masih dalam pantang...

So banyak ke masak korang raya lepas?SA masak ala kadar jer..sebab lepas sembahyang raya kami terus balik kampung Abah pas tu terus balik Kampung Mak...nasib baik kampung tak jauh..dekat jer..tapi merasa gak la jammed kat Bukit Putus tu...

Jom tengok juadah istimewa SA..ececece...istimewa la sangat...



Rendang Udang ( adik ipar x makan ayam & daging)


Rendang ayam tua ( amik yang berkuah untuk buka puasa)


Rendang daging


Rendang ayam tua campur daun puding


Sup tulang


Lemang beli sajo...


Nasi impit


Kuah Kacang


Ko mampu makan nasi impit ngan sambal udang ( kat umah mertua adik)


Lemang Tepung


Lemang pulut hitam


first time makan lemang pulut hitam, ok la rasanya cuma kalau manis lagi sikit baru ok...


Itu jer juadah hari raya yang SA masak...yang lemang tu beli la...lemang tepung dan pulut hitam tu makan kat umah Mak Lang..Alhamdulillah tahun ni walau sederhana beraya tetap meriah...terima kasih pada saudara mara yang datang beraya kat rumah..sorry SA xde sebab dah start kerja..so tak dapat la jumpa ngan sedara mara yang dari jauh datang bertandang...nak buat macam mana kan..tanggungjawab perlu di tunaikan...takpe la ada masa nanti boleh la jumpa lagi..mana la tau kalau nak pi bercuti plak hujung tahun kan...tak pun maybe boleh jumpa masa raya haji..

Wednesday, June 28, 2017

'Mantai'' Aktiviti Sebelum Raya Di Kuala Pilah NS

Assalammualaikum ...

Hi korang...Selamat Hari Raya...Sapa dah start kerja hari ni? SA dah kerja dah ni...agak ramai gak yang kerja..mood raya masih ada cuma memikirkan tanggungjawab kan..so kena la lupakan seketika part raya..cukup la beraya dari Ahad sampai Isnin..semalam SA seharian kat rumah..petang baru tetamu sampai bawak ke malam..

So hari  ni SA nak bercerita tentang aktiviti SA Jumaat lepas...pagi- pagi keluar dengan Mak Abah pi cari orang Mantai kat area kampung abah...Mantai? aktiviti sinonim masyarakat NS sehari atau 2 hari sebelum raya..jualan daging lembu dan kerbau di kiri kanan jalan sekitar kampung...sayangnya tahun ni kat area kampung abah takde dan tak meriah Mantai nya..kalau ada pun ramai yang dah tempah awal..so kami teruskan perjalanan ke Kuala Pilah..akhirnya jumpa jugak di pekan Kuala Pilah.

jom tengok gambar


Daging lembu..SA beli 2 kilo Batang Pinang dan 2 kilo daging pejal..total damage RM140


Fresh sangat..


Banyaknya lemak daging lembu ni


Orang ak berapa ramai time ni...


Then singgah area pasar Kuala Pilah...beli ayam tua ni untuk buat rendang...


Walau tahun ni baru SA merasa beraya..sambutan tetap ala kadar..tahun ni adik beradik ramai yang balik ke rumah mertua masing- masing...tinggal SA dan adik no 3 yang sedang berpantang...so takde la masak banyak sangat..takut tak habis kan...Penat?Memang la penat sebab SA sorang je yang masak..nasib baik kakak Dania dah boleh harap tolong kemas rumah...penat tak boleh nak cakap la..sepanjang masa SA kat dapur kaki rasa macam dah x leh pijak lantai dah..sakit kat betis melampau2...tapi nak beraya punya pasal kan...tahankan aje la....

Nampaknya sampai disini dulu untuk kali ini...next SA akan citer part masakan ye...

See ya...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah