Wednesday, June 28, 2017

'Mantai'' Aktiviti Sebelum Raya Di Kuala Pilah NS

Assalammualaikum ...

Hi korang...Selamat Hari Raya...Sapa dah start kerja hari ni? SA dah kerja dah ni...agak ramai gak yang kerja..mood raya masih ada cuma memikirkan tanggungjawab kan..so kena la lupakan seketika part raya..cukup la beraya dari Ahad sampai Isnin..semalam SA seharian kat rumah..petang baru tetamu sampai bawak ke malam..

So hari  ni SA nak bercerita tentang aktiviti SA Jumaat lepas...pagi- pagi keluar dengan Mak Abah pi cari orang Mantai kat area kampung abah...Mantai? aktiviti sinonim masyarakat NS sehari atau 2 hari sebelum raya..jualan daging lembu dan kerbau di kiri kanan jalan sekitar kampung...sayangnya tahun ni kat area kampung abah takde dan tak meriah Mantai nya..kalau ada pun ramai yang dah tempah awal..so kami teruskan perjalanan ke Kuala Pilah..akhirnya jumpa jugak di pekan Kuala Pilah.

jom tengok gambar


Daging lembu..SA beli 2 kilo Batang Pinang dan 2 kilo daging pejal..total damage RM140


Fresh sangat..


Banyaknya lemak daging lembu ni


Orang ak berapa ramai time ni...


Then singgah area pasar Kuala Pilah...beli ayam tua ni untuk buat rendang...


Walau tahun ni baru SA merasa beraya..sambutan tetap ala kadar..tahun ni adik beradik ramai yang balik ke rumah mertua masing- masing...tinggal SA dan adik no 3 yang sedang berpantang...so takde la masak banyak sangat..takut tak habis kan...Penat?Memang la penat sebab SA sorang je yang masak..nasib baik kakak Dania dah boleh harap tolong kemas rumah...penat tak boleh nak cakap la..sepanjang masa SA kat dapur kaki rasa macam dah x leh pijak lantai dah..sakit kat betis melampau2...tapi nak beraya punya pasal kan...tahankan aje la....

Nampaknya sampai disini dulu untuk kali ini...next SA akan citer part masakan ye...

See ya...

8 comments:

  1. Waalaikumussalam kak...sy dh start keje...aktiviti mantai memg best kan kak...

    ReplyDelete
  2. Hehehehe bape sekilo tu kak daging fresh? mahal kan brg sekarang!

    btw, Selamat Hari Raya kak...Maaf Zahir & Batin :)

    ReplyDelete
  3. Tahun ni beraya sambut org baru je. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye kak

    ReplyDelete
  4. UIsss daging fresh tu.. Sedap kalau buat rendang..

    ReplyDelete
  5. kat Bangi Lama tak ada langsung yang menjual.. ataupun kami da lambat kot tak jumpa..
    jauh haa mencari sampai Kajang..

    ReplyDelete
  6. tahun ni mak beli tulang.. sedap heh makan sup saja keje..

    ReplyDelete
  7. best bila dapat daging fresh ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah