Showing posts with label Resepi Mee Goreng. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee Goreng. Show all posts

Friday, June 9, 2023

Resepi Mee Banjir Udang...

Assalamualaikum..

Dah lama SA x makan mee goreng yang sedap...tengah scroll fb page masakan ternampak plak resepi ni...SA pernah makan mee goreng tersedap penuh dengan udang kat Kuala Selangor ...sedapnya la kalau dapat makan mee goreng macam ni...SA ni pencinta noodles..so memang x tolak la kalau bab mee goreng ke, mee udang ke, mee sup ke..x kisah la...janji noodles..kalau x salah SA,SK Di Tanah Jauhar pun pencinta mee goreng kan...

So SA terjumpa plak resepi Mee Banjir Udang version mee goreng...huiii terliur SA tengok gambar ni...resepi dia sama je ngan resepi buat mee goreng ..



 
RESEPI MEE BANJIR UDANG 😍😍😍⠀⁣

⠀⁣

Bahan-bahan:⠀⁣⠀⁣

  • Bawang besar dimayam⠀⁣
  • Bawang putih diketuk⠀⁣
  • Udang besar beberapa ekor ikut suka..lagi banyak lagi best
  • Cili boh⠀⁣
  • Kicap pekat⠀⁣
  • Kicap kipas udang merah⠀⁣
  • Sos cili⠀⁣
  • Sos tomato⠀⁣
  • Sos tiram⠀⁣
  • Garam,gula dan perasa⠀⁣
  • Air⠀⁣
  • Telur 1biji⠀⁣
  • Fish cake atau fish ball kalau suka
  • Sayur sawi 2-3 pokok
  • Tauge 50 sen

Tumis macam biasa⠀⁣buat mee goreng..kalau nak mee goreng basah banyakkan kuah..kalau nak kering pandai-pandai adjust..SA suka mee goreng x basah dan x kering sangat..tauge kena letak banyak..baru sedap...


Kredit: Yatie Nor⠀⁣


Friday, July 19, 2019

Resepi Mee Goreng Basah Style SA

Hi korang...

Sebagai orang bujang adakala rasa nak masak sendiri walau lately ni selalu makan kat luar atau bungkus je..Semalam SA sedikit rajin..haha..tekak tetiba nak makan mee goreng basah..bahan semua ada...1 paket mee kuning tu bleh makan 4 orang kat rumah..SA sebenarnya ada masalah skit selalu x menjadi nak buat mee goreng basah...sebelum tu SA google dulu dan jumpa la resepi dari Azie Kitchen..SA memang suka rujuk kat google je kalau nak masak apa2..cuma bahan mana yang ada jer la SA guna..yang takde tu takde la SA letak dalam resepi tu..nama pun style SA kan...rujukan tu mesti la ada..walau SA dah biasa masak tapi rasa nak cuba cara orang lain masak ikut style SA sendiri...



Mee Goreng Basah Sedap
Resepi: Azie Kitchen ( SA olah ikut bahan yang SA ada)

Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning - bilas dan tos
2 keping ayam bahagian whole leg
1 paket fish cake
2 ikat sayur sawi
1 biji tomato - hiris 6
2 cili merah - hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Minyak

Bahan sos:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
Air secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak. Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini, iaitu cili kisar mesti betul betul masak dan terbit minyak.

Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air dan semua bahan sos serta udang. Kacau sebati dan tunggu sehingga sos dan ayam masak dan mulai mendidih kecil.

Masukkan mee kuning bersama sayuran, tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus. Kacau atas api sederhana.

Bila sayur dah layu , boleh lah tutup api. Taburkan hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.

Makan panas- panas....

Selamat mencuba!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah