Assalamualaikum wrt...
Isnin lepas, Dania ada sertai satu program kat Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kamunting, Masjid Tanah, Melaka. Program Pelepasan Anak-Anak Penyu Karah ni dianjurkan bersempena dengan Sambutan 80 Tahun Melaka FM 2026.
Lokasinya tak ada lah jauh sangat dari tempat Dania, cuma Dania dan kawan-kawan UCAM dia sampai lewat sikit. Maklum saja, untuk Sem 5 ni course diorang ada amali kena berniaga sebelah petang. Selesai je berniaga, terus diorang bergegas ke sini!
SA kalau bab-bab macam ni memang suka sangat—aktiviti yang melibatkan pantai, laut, program CSR, dan haiwan marin. Nasib baiklah SA kerja kat KL. Kalau ada kat Seremban time tu, memang SA tak lepaskan peluang nak mengekor sekali!
Banner program Dania bagi yg screenshot je ni
Dah sampai di Pusat Konservasi
Subhanallah cantiknya Sunset
Ramai jugak masa program ni..
Dania dan kawan-kawannya
Dan semestinya, 'hero' utama majlis hari tu tentulah anak-anak penyu Karah yang bakal dibebaskan ke laut luas!
Video pelepasan anak penyu...
Melihat anak-anak penyu tu merangkak perlahan menuju ke ombak buat rasa tersentuh sangat. Semoga anak-anak penyu yang dilepaskan ni dapat membesar dengan selamat, panjang umur, dan terpelihara daripada ancaman. Syabas buat Melaka FM dan Pusat Konservasi atas usaha murni ni.
Satu pengalaman yang sangat berharga untuk Dania dan kawan-kawan.
Walaupun penat diorang berniaga sebelah petang, tapi bila dapat tengok anak penyu kembali ke habitat asal sambil layan sunset, terus hilang rasa penat tu. Moga ada lagi rezeki untuk sertai aktiviti CSR laut macam ni pada masa akan datang.
Syabas buat Melaka FM dan Pusat Konservasi atas usaha murni ni.
Korang pernah tak sertai program pelepasan anak penyu macam ni sebelum ni?










Alaa bestnya ada pengalaman macam ni.. kalau Sis takut di picit plak anak penyu tu, geramm kannn hahahahaha
ReplyDeletePengalaman yang menarik ni. Bestnya! MasyaAllah cantiknya gambar sunset tepi pantai tu.
ReplyDeleteseronoknya saya dari haritu lagi duk cari program macam ni untuk Pia,ada di Terengganu tapi sayang tak ada dalam cuti sekolah
ReplyDeleteComel2nya anak penyu tu. Moga terus berkembang biak di laut. Selalu cuma dgr kat Trengganu je ada penyu, tak sangka plak kat Melaka pun ada. Nampak sgt I ni blom katam menerokai Malaysia.
ReplyDeletecomel je anak penyu tu...semoga selamat membesar di lautan luas tu...
ReplyDeleteComelnya anak2 penyu ni. Kalau haiwan ni tak takut sangat sebab dia keras. Pegang kat cengkerang dia je....
ReplyDelete