Hari ini SA nak kongsi satu perkara yang cukup dekat di hati SA. Sebenarnya, Dania bersama rakan-rakan dari Kelab Sekretariat Rakan Muda UCAM bakal menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat yang sangat murni tidak lama lagi.
Sebagai ibu, sudah tentu SA rasa sangat bangga dan menyokong penuh usaha murni anak-anak muda ini untuk berbakti kepada masyarakat.
Program yang diberi nama HEART TO HEART ini membawakan tema "Sharing Love, Inspiring Hope". Ia bakal dilaksanakan di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Melaka.
Matlamat & Objektif Program
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni anak-anak yatim di sana melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat.
Antara fokus utama mereka adalah:
- Menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti yang menyeronokkan, bermanfaat dan bermakna.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa UCAM dengan penghuni PAYASUM.
- Memupuknilai kasih sayang, empati, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta program.
- Menyalurkan sumbangan dan infak bagi berkongsi rezeki melalui sambutan hari jadi serta pelaksanaan aktiviti untuk penghuni PAYASUM.
- Memberikan pengalaman pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat kepada mahasiswa melalui penglibatan secara langsung dalam program komuniti.
Melalui program sebegini, ia bukan sahaja memberi senyuman kepada anak-anak yatim tersebut, malah mendidik jiwa sukarelawan dan rasa empati yang tinggi dalam diri mahasiswa yang terlibat.
Terima kasih daun keladi, moga Allah membalas budi baik anda semua berlipat kali ganda.
Alhamdulillah SA dan suami telah pun memberikan sedikit sumbangan untuk program ini dengan doa dan harapan agar matlamat dan objektif program ini terlaksana...







Tak boleh pun nak scan kak, invalid la
ReplyDeletescan code to google form..bukan QR bank..jap akak update kat entry..
Deletesemoga sumbangan yg diterima dpt meringankan beban dan mempermudahkan urusan mereka aminnn
ReplyDelete