Assalamualaikum wrt...
Harapnya semua berada dalam keadaan sihat seadanya..berjumpa lagi kita pagi Isnin...bumi Seremban sampai KL hujan lebat...Korang buat apa pagi-pagi ni? Harap semuanya ceria-ceria belaka.
Entri kali ni SA nak kongsi cerita pendek sikit..pagi semalam pukul 10.30am SA dan Suami ke PPUM melawat Abang Sepupu Suami di ICU...Abang Maman ni dah lama Bedridden akibat kemalangan...SA x ingat plak since when dia bedridden..tapi memang dah lama la sakit...Abang Maman dimasukkan ke ICU sebab jangkitan kuman...kesiannya...kami berdua ni dari hari ke hari nak ke Kelana Jaya rumah diorang...tapi belum ada kesempatan.
Suami mintak SA tunggu luar kejap..dia nak bersendirian dengan Abang Maman..SA faham sebab nampak lepas tu mata dia merah...
Sedih tengok keadaan Abang Maman, tambah-tambah lagi bila tengok reaksi suami lepas keluar dari bilik ICU. Merah padam mata dia menahan sebak. SA faham sangat perasaan tu, jadi SA biarkan dia ambil masa sendiri sekejap.
Harapan SA, semoga ada keajaiban dan kesembuhan buat Abang Maman. Insya-Allah, lepas Abang Maman dah boleh balik rumah nanti, kami plan nak ke Kelana Jaya pula untuk melawat Mama dan Pakwe.
Sama-sama kita doakan kesembuhan buat beliau ya. Amin.
Take care, korang!

















Mesti abang maman tu rapat dengan suami akak, tu yang dia sedih sangat tu. Moga diberi kekuatan dan kesembuhan buat abang maman ya kak.
ReplyDeletemoga Allah swt kurniakan kesembuhan yang sempurna kepada abang maman&memberi kekuatan&kesabaran kepada keluarga suami akak
ReplyDeletesmoga cpt sembuh utk abg sepupu husband SA dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteSemoga diberi kesembuhan. Kelana Jaya area mana tue? Kawasan jajahan saya sejak 14 tahun lalu.
ReplyDeleteAwal pagi Seremban hujan tapi husband pergi kerja naik motor je sebab dah reda hujannya pagi tadi.
ReplyDeleteAllahuakbar. Sedih sangat bila ada ahli keluarga kita sakit. Semoga Allah berikan kekuatan dan kesembuhan buat Abang Maman. Aamiinn...
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، مُذْهِبَ الْبَاسِ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.
ReplyDelete