Thursday, May 16, 2013

Kurang ajar!! My parcel broken..

Panas...bukan cuaca yang panas tapi hati aku yang sangat2 panas ni....aku xde kat opis 2 hari for conference..memang ada parcel untuk aku dan aku dah notice...
Pagi ni masuk2 opis aku terkejut tengok parcel aku dh kena bukak...what the ***k somebody has opened up my personal parcel...check ngan receptionist..dia ckp masa dapat parcel tu semalam mmg dah terbukak macam tu...yang ko x tanya budak pos laju tu kenapa kan...parcel broken x kan ko ambik...must be sumthing wrong somewhere. ..

Ini rupa parcel aku masa aku dapat..

Ni rupa macam dh kena gunting...

Yang ni rupa dah keluarkan isinya..

Aku bukan sekali 2 berurusan dengan pos laju...mustahil parcel boleh kena gunting macam tu...bukan koyak ye.. kena gunting...the best part is..Handbag orang order x hilang...tp 3 unit katalog Sophie Paris aku hilang...nak kata pencuri dlm opis ni...apa ke jadah ko nak curi katalog..kenapa ko x curi je handbag mahal tu? Logik x?
Aku dh email kat pos laju..jawapan akan dapat dalam masa 3 hari...x payah la kalau macam tu...xde sapa nak mengaku pun. .but aku bg gentle reminder kat receptionist aku tu...next time in the future..u received parcel..check betul2..ifu find sumthing wrong..then jgn terima...u nak tanggung kr barang orang hilang sebab you yang sign on behalf?
Pandai plak ko ckp x tak sanggup kan...
Buat keja betul2 boleh x?

Bikin panas!! Rosak mood!

Kereta Idaman Abah

Korang jangan gelak...

Haa...ini la kereta idaman abah aku...bukan main suka dia ngan keta ni sampai parking pun boleh belakang keta ni...plat keta tu pun macam dah lama giler kan...
Siap cakap lagi tu kalau dah pencen nanti nak beli keta tuh senang nk bawak balik kampung...
sabar jer la..aku tengok keta ni pun tersenggut2 jalan..slow giler...tp kan..yang empunya keta ni cina...
hihihi..pandai dia jaga keta ni...cantik...
Tapi abah kalau nak beli...aku rasa elok la lupakan aje....dah xde jual kat kedai kot...
walaupun kedai kereta terpakai...kan?

Wednesday, May 15, 2013

Nostalgia Gula2

Pernah makan gula2 ni...jangan cakap x pernah...sedap dan ada mint kan...x sangka boleh jumpa lagi gula2 ni sekarang..mungkin still banyak kat luar sana. Cuma aku je dh lama x jumpa....tapi tu la..abih jer break tadi terus ingat nak ambik sikit simpan dalam handbag tp x sempat u olls. ..dah ditukar ngan hudson kaler kuning..sedey..

posted from Bloggeroid

Shape Plus...Berkesan ke?

Ada sapa2 yang ambil Shape Plus ni ke?
Betul ke shape plus ni berkesan?Sana sini orang duk perkatakan....rasa teruja plak nak mencuba..bukan sebab apa..sebab x perlu nak diet beria2 macam minum SD11...

Orang2 yang dah try formula ni dah rasa kejayaan 
macam ni...
-Turun 5kg dlm masa seminggu
-Baju-baju lama semua dah muat
-Suami asyik xtahan je bila tgk "kita"
-Makan nasi berat tetap turun 6kg!!
-8 hari turun 10kg!! 

Aku just nak turunkan berat badan dan nak kempiskan perut jer...yang no 3 tu rasanya x kot...hahahahahaha....den takdo laki laie yo....

Pilih...pilih...macam macam ada...

gambar dari FB

Haaaa...apa tunggu lagi...pilih2...jangan x pilih...macam2 jenama ada yer.....cepat2..selagi stok masih ada...

Pilih-pilih! Macam-macam ada. Dua singgit dua singgit dua singgittt!!
 
Kat Malaysia xde ni de...meh2..jualan lambak....

hehehehe

MESTI BACA : Kisah Benar Ular Terkam Jenazah Pelacur

Seksaan dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yang alpa dengan perintah Allah SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita tentang balasan orang yang tidak mengikut perintahNya. Antaranya yang telah berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada di sana dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur. Ular tersebut sangat besar dan mampu menelan jenazah dalam sekelip mata. Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.

“Dialah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang  kembali kepada ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.

Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.

Perkuburan Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit  menyebabkan tumpuan  saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun ada.

“Tolongggggggg, anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang  bergegas  ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun  menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.

Saya berjalan menghampiri penjaga  kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.

“Apa masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.

“Ya Allah, janganlah mayat tu ditelan,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada  yang terjerit jerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah  lagi kubur , lima meter saja jaraknya dari kubur tadi. Perlahan lahan  dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada batu.

Di Mekah kedaan kuburnya  yang berlainan dengan  di Malaysia. Disana lubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya diperbuat dari besi atau  batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam  lubang itu jika jenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.

Ahmad membuka lubang  tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg  sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan,  tedung  pun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang. Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.

“Tutup balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih pula ke kubur  lain. Dia mengagak  lubang itu sudah dua tahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.

SYYYYYYYYYYY!! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi  pasir runtuh agaknya,” beritahu Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam kubur untuk mengumpul tulang tulang itu  dan diletakkan di sudut, kemudian naik semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba tiba Ahmed menjerit.  Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

“Subhanallah ….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu, tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.

“Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan  saja di Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.

Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di Hospital Aziziah. Ia   memang seorang yang  rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiap lelaki yang memandang.

Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.

Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnya  menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”

Itu baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya lebih azab lagi.

SUMBER : Mastika April 2004 

# gambar sekadar hiasan

# jangan lupa komen dan share ye

Sharing is caring

Sumber FB

Tuesday, May 14, 2013

Jom Berangan Ngan Adeliya...

SWEET TAK DAK KECIK NIH BERANGAN?

 Macam bagus jer pegang stereng kan?
cubaan nak pegang stereng..mcm tunjuk penumbuk kat orang depan..

Jom sapa nak ikut Adeliya naik kereta?
Hihihi..bab berangan no 1 anak si Lisa ni....bertuah nyer anak...tp x leh biarkan..kena tegur..nanti sampai ke besar asyik berangan..x elok untuk kesihatan..ok?

Peace....

Kalau x salah gambar ni masa hari mengundi PRU 13 yang lepas...masing2 boring dah duk tunggu atuk ngan uwan pi mengundi kat Rantau...

cubaan Aressa buat peace x menjadi...

Seksa bawak si kembar ni pi mengundi...lasak giler..tp seronok....nanti aku update gambar candid Adeliya berangan eh...
sorry la..si kembar ni memang kuat berangan..
adakala mcm nyampah je...tp lama2 macam seronok plak...hehehehe....

World of Executive PA 2013

Aku berada di JW Marriot Kuala Lumpur di saat ini..menghadirkan diri di atas kerelaan sendiri...conference pertama untuk aku ..giler dh 5 bulan baru attend satu course je...next x tau bila course lain..so far best...byk belajar benda baru, communication, networking and macam2 lagi...the best part is dapat kawan baru dari negara lain...nanti aku update lain ttg kawan baru eh...

See ya...sementara tu aku dh siapkan auto publish entry untuk korang...daaa....

posted from Bloggeroid

Jodoh Awal

Perkahwinan pada usia masih muda memang digalakkan terutama buat mereka yang tidak boleh mengawal nafsu. Darah tengah muda, nafsu pula membuak-buak.
Statistik tahun 2005 sehingga 2010 juga menunjukkan kes pembuangan bayi yang meningkat dan untuk mengelakkan isu ini berleluasa, perkahwinan pada usia muda digalakkan.
Namun harus diingatkan banyak cabaran yang harus mereka lalui apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Seperti yang dapat kita lihat kini, apabila ramai golongan muda yang berkahwin awal, bahkan usia baru belasan tahun sudah mendirikan rumah tangga. Penulis tertanya-tanya adakah adik-adik di bawah usia 20 tahun ini sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan suami?

Mental, fizikal dan rohani haruslah disiapkan terlebih awal buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu perceraian yang banyak berlaku ini akibat tiada keseimbangan mental yang baik dan kurangnya ilmu perkahwinan. Mereka tahu nak kahwin saja!

Misalnya yang boleh kita lihat adalah isu yang berkaitan di mana isteri kelar tangan suami yang pulang lewat ke rumah kerana cemburu. Malu kalau berkelakuan begini, nampak sangat belum cukup matang!

Persediaan mental penting tidak kira kepada suami atau isteri bagi menjaga hubu­ngan yang dibina berkekalan selamanya tanpa perlu dibawa ke mahkamah sehingga berlaku perceraian.

Kadar perceraian antara pasangan yang berumur 25 tahun adalah lebih tinggi berbanding mereka yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Ini disebabkan faktor kematangan yang berbeza-beza dan tahap pemikiran yang masih muda.

Apabila mendirikan rumah tangga, tanggungjawab semakin besar malah menurut Islam, dosa seorang isteri akan digalas oleh seorang suami. Bukan mudah untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda kerana banyak perkara yang harus mereka fikir dan jadikan sebagai panduan.

Bila masih muda, masing-masing akan cuba mempertahankan hak dan pandangan sendiri tanpa memikirkan emosi dan perasaan pasangan, lalu mula timbul perasaan curiga dan benci yang menebal.

Sebelum tangan digoncang dan digenggam oleh tok kadi, seseorang lelaki haruslah tingkatkan ilmunya untuk membimbing seorang isteri. Banyak isu perceraian yang kita lihat berlaku apabila masing-masing tegakkan dan berhujah sendiri lalu akan berlaku konflik dalam perkahwinan yang dibina.

Berlaku juga perubahan dalam hidup apabila berkahwin awal ini, bayangkan sebelum berkahwin sudah pasti tiada orang yang akan mencampuri kehidupan tetapi selepas berkahwin, pasti ada orang yang akan mengambil berat dan sebagainya.

Apabila tidak boleh menerima perubahan itu dan terasa diri seperti dikongkong, mulalah berlaku konflik dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar yang membawa kepada keretakan rumah tangga.

Sebelum mendirikan rumah tangga, fikirkan secara rasional dan matang supaya tidak menyesal di kemudian hari yang membawa satu gelaran baru kepada anda iaitu duda dan janda.

Ada juga suami atau isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga masih mengharapkan keluarga dan bergantung harap dengan keluarga sendiri lagi malah masih di bawah tanggungan ibu bapa. Sudah berkahwin, pandai-pandailah bawa diri, janganlah sehingga menyusahkan keluarga.

Sekiranya sudah bersedia menghadapi liku-liku kehidupan berumah tangga dan tiada masalah dalam cabaran itu, dapatlah anda untuk berfikir berkahwin seawal usia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/10Sumber 

Monday, May 13, 2013

Orang Hasad Dengki Sentiasa Dihambat Keresahan

Terbaca artikel tentang perangai majoriti manusia x kira siapa dan di mana2..senang cakap di sekeliling kita...perasaan ni wujud bila dia x senang duduk bila tengok kesenangan di nikmati orang lain sebaliknya seronok bila melihat orang lain mendapat susah...
Antaranya orang yang ada hasad dengki ni hidup dalam resah gelisah..apatah lagi bila lihat orang lain berjaya dalam kehidupan mereka dan terus maju..dan nyata hasad dengki ni adalah penyakit jiwa yg tak mampu diubati...cuba nak jadi seperti orang lain juga adalah penyakit mental..memang ada orang yang x mahu jadi diri sendiri..sebaliknya cuba menjadi orang lain sebab dambakan kesempurnaan...
Nak tau sebab apa perasaan ni muncul?
Ianya muncul akibat selalu membandingkan kejayaaan orang dengan diri sendiri dan paling menyedihkan bila perasaan ini datang sekali dengan pakej cubaan menjatuhkan maruah pihak lawan yang dianggap ancaman...
Justeru itu..marilah kita sama2 membersihkan diri dari penyakit hasad dengki ni..terlalu negatif sebenarnya..keutuha sesebuah organisasi boleh goyah andai penyakit ini berleluasa menyerang kita...hidup memang tak akan tenang..sampai bila2...

Entry ni tidak ditujukan kepada sesiapa sebaliknya perkongsian sihat yang wajib di kongsi bersama. .peringatan lebih kepada diri sendiri dan keluarga.. semoga kita dijauhkan dari perasaan negatif ini...

Sumber :Harian Metro ruangan Addin..

posted from Bloggeroid

Rezeki Isnin..dari Korea..

Lambat tul update...eh lambat ke...padahal dapat pagi tadi...kira lambat la kan..dh kul 4 la plak...post2 yg lain auto publish...murah rezki pagi td dapat souvenir dari Korea...one of the Engineer baru balik..

Org beri kita rasa kan...x leh la nk rasa sangat sebab choc tu kena share satu department. ..

Sedap ke? Dorang ni ckp sedap tp aku mkn sebiji je...mak oii...apesal pahit sangat..lekat kat tekak pahitnya

samples of Skinfood product...suka..suka..suka...

Haaaa...ni paling suka Pearl extract Mask....lately ni suka pakai mask la...

Murah rezeki..ni boss aku ngan engineer lain pi Jakarta. ..dh pesan...sesapa away to oversea xde souvenir utk aku...next trip cari hotel ngan flight ticket sendiri..x nak layan dh...boleh?...

posted from Bloggeroid

Ramai isteri main kayu tiga di Singapura

Singapura: Ramai wanita berkahwin di republik ini didapati menipu suami mereka dan lebih ramai lelaki bertemu pakar runding perkahwinan bagi menyelamatkan rumah tangga masing-masing.
Peguam perceraian dan perunding perkahwinan di Singapura berkata, terdapat peningkatan 20 peratus kes khususnya yang membabitkan isteri bermain kayu tiga. Sementara itu, beberapa pusat khidmat keluarga menunjukkan bahawa bilangan lelaki yang menggunakan khidmat nasihat pakar perunding perkahwinan meningkat sekali ganda sejak beberapa tahun lalu. - AsiaOne

Harap2 takde la berlaku di negara kita kan...wallahualam...mintak dijauhkanlah perkara mcm ni berlaku pada kita dan keluarga kita...

Kau Gigit Aku Ye!!!

Tengah rayau2 amik2 gambar kat kebun Pak Lang..sambil2 pungut cili api...tetiba aku kena gigit semut....sampai dalam2 baju pun dia masuk...sakit giler..perit dan gatal2...
oho...rupanya aku pijak sarang dia masa tgh pungut cili api,mana  nak tau ada sarang dia kat situ...siap yang kecik2 ngan raja permaisuri pun keluar mcm nak menyerang aku,...sempat aku snap gambar...
sapa suh gigit aku kan...amek ko popular kat blog aku....

Sayur2 dan Ulaman Segar....

Ini la hasilnya bila berbudi pada tanah..segar dari kebun..best kan....aku bab pungut hasil memang la suka..
seminggu sekali memang akan balik kampung pungut hasil...bahagi sama2..sama2 merasa hasil kan..

 kacang botol
 subur pokoknya..
 pucuk pegaga
 Sawi..
 pokok peria...baru nak naik..lom keluarkan hasil lagi..
cili api peringkat terbaru sedang berbuah lebat..

Aku dapat bayangkan bila dah berumur nanti..aku memang pilih duk kat kampung...mesti best kan..
pencen jer balik duk kampung...usahakan tanah yang terbiar..tanam sayur2 kan...pokok2 buah..pisang ke...
pas tu hasilnya kalau boleh jual lagi bagus...ternak ayam kampung ke...kan?
hurm....bestnya berangan...
#moodberangan#

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah