Tuesday, October 3, 2023

Gegurls Trip To Muzium Negara Part 3

Assalamualaikum...

Hi korang..

Kita sambung lagi ye part 3 plak..adoii bila nak habis ni..part by part dh ni ha..gigih SA nak abiskan ni...lepas ke Muzium Etnologi Dunia Melayu, kami teruskan perjalanan masuk ke Muzium Negara ye..nak masuk kena pusing satu round ikut pintu utama ye..jenuh la berpusing..dulu macam ada je kaunter tiket tengah- tengah tu..ke memang dah lama tukar..hahaha..nampak lama dah x masuk muzium kan..dah jumpa terus la SA beratur, cuaca panas terik..no wonder Adeliya demam lepas tu...sampai Ahad baru okey..tak kental la awak ni Adeliya, macam mana nak ikut mama ngan kakak lagi nanti..

Muzium Negara merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana. Muzium Negara ini mempunyai gabungan reka bentuk istana Melayu tradisional digabungkan citarasa yang moden. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963. Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh Y. T. M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan mural yang diperbuat daripada mozek yang besar. Muzium ini memuatkan pelbagai koleksi artifak bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya terdapat empat galeri yang mempamerkan naratif sejarah Malaysia. Empat galeri yang dipamerkan adalah Galeri Prasejarah, Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu, Galeri Era Kolonial dan Galeri Malaysia Kini. - Wikipedia


Ingatkan x ramai orang..sekali ramai uolls. Pengunjung tempatan dan luar negara sama ramai..









Harga tiket RM2 dewasa dan Percuma untuk kanak- kanak bawah 12 tahun













































Kat dalam Muzium ni ada 4 section iaitu section A, section B, section C dan section D..Gigih la diorang berempat tu habiskan semua section. SA dah tak larat memang duduk kat luar tu je la..ngan cuaca panas ngan orang ramai lagi..memang terasa penat nak patah pinggang la..SA bagi masa kat diorang..sesekali SA joined diorang sebab nak rasa aircond..hahah..x senonoh mama kan..

Lepas tu diorang bising lapar..alahai kesiannya...tu la lambat lagi..tanya diorang nak makan apa..Adeliya nak makan croffle kat Setapak..mak oiii..x dapek de kakak..punya la jauh walau nama tempat tu Setapak je..last- last pergi Mytown Shopping Centre sebab nak makan pizza hut. Okey la mama ikutkan aje..

Korang nak bawak anak- anak berjalan sambil menambah ilmu?

Muzium Negara
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel : (+60) 03-2267 1111


WAKTU OPERASI
9.00 pagi hingga 5.00 petang (Waktu Masuk Akhir adalah 4.30 petang)

Dibuka setiap hari kecuali hari raya pertama dan kedua Aidil Fitri dan Hari Raya pertama Aidil Adha


Throwback ~ Majlis Persandingan Part 1

Assalamualaikum...

Dah sebulan usia perkahwinan baru nak up entry bersanding plak..hahaha...sebenarnya banyak part ye..bertabah la korang baca entry yang x habis-habis lagi ni..blom masuk entry CH dan ada beberapa entry lagi..SA cuba la habiskan ye...tapi janji korang jangan jemu ye...hahaha..risau ni...

Entry ni bab bersanding dan gambar- gambar dari lensa OP yang dah di lantik..suka sebenarnya hasil kerja OP ni..dia sangat membantu tatkala SA nak pose..kesian dia bertungkus lumus..Macam SA cakap sebelum ni SA x suka dengan pelamin SA..lain yang dijanjikan lain yang SA dapat..part bunga- bunga tu memang SA mintak warna putih dan pink..cuma background tu papan dia kotor sebenarya ye..tak nampak dalam gambar..kerusi pun sedikit kepam..karpet pun sama..tapi dalam gambar x nampak..the best part is person incharge yang SA berurusan x jawab- jawab phone..macam ni ke rupa pelamin meletop yang dia janjikan..setelah disiasat..rupanya pelamin ni dia sub kat orang lain..takpe la..benda dah lepas..walau ada yang kutuk pelamin tapi tetap nampak cantik dalam gambar..terubat skit la hati SA..patutnya bunga- bunga tu ada kaler biru- biru skit..tapi xde..

SA bersiap untuk bersanding seawal 9.00am..denagn demam, selsema dan batuk..SA risau je kalau batuk tu buat hal time bersanding..penat tau mekap lama- lama..MUA SA sangat- sangat teliti..memang la kena teliti kan..pakej yang SA ambil RM3500 sebab pelamin bawah khemah kan..kalau pelamin dalam rumah RM3000. Memang plan asal pelamin nak buat dalam rumah..tapi fikir balik susah orang nak keluar masuk tengok pengantin terus tukar peamin bawah khemah sebab tu kos bertambah. Bukan satu kos malah melibatkan 2 kos tambahan termasuk khemah dari caterer.




































Tepat pukul 12 tengahari SA dah turun untuk berarak..berdebar x tau la nak cakap macam mana..sebelum tu takde la berdebar sangat sebab kawan- kawan office masuk bilik dan bergambar sekali..meriah bilik masa tu..

Nampak Tiya tu? dia nak berkepit ngan SA..x nak berenggang pun..nasib si kembar ambik dia..cuma Taufik la berkepit dari mula berarak sampai ke pelamin..nak buat camne kan..mama diorang kahwin..memasing excited..

Pengapit SA lagi la..SA xde pengapit ye..itu anak buah SA si Intan. Kecik molek jer orangnya...pengapit suami plak belasah je Abang Long dia..SA nak gelak pun ye gak..sabar jer la...

Tak teratur la tapi masa berarak ni..alah..janji ada kan..family sebelah suami masa ni x sampai serentak..so mana yang ada jer la dulu..sebab tu nampak x ramai..bila dah duduk kat pelamin dan bersanding baru semua sampai..

Bersambung Part 2

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah