Tuesday, October 10, 2023

Hey Tiya!!!...Itu Suami Saya La......

Assalamualaikum...

Suami SA balik Jumaat malam kan..orang paling happy selain SA dh tentu la si Tiya tu...berkepit aje...dia ni memang suka dengan lelaki especially PakYang, Pak Ngah dan Uncle dia ni...bukan main melekat lagi bila semua ni ada..kalaua dengan Pak Yang sampai bergaduh dia ngan Aydan..Aydan tu cemburu..mana boleh orang lain rapat ngan ayah dia..Aydan tu jenis mulut berbisa..memang bergaduh la dia berebut Ayah..Tiya ni pulak pandai "menganjing" lagi Aydan marah lagi dia buat- buat peluk bagai la..kelakar kadang- kadang...




SA siap tanya Tiya, kenapa awak berkepit dengan suami saya...itu suami saya tau..slowly je dia jawab..ini suami Tiya laaa...hahahaha..budak kan..ikut je apa yang kita cakap...bukan dia tau pun tu...dengan Tiya ni tak boleh tinggi- tinggi suara..princess tu akan melalak dan menangis macam kena dera..yang tinggi suara tu kena mintak maaf, kalau tak minta maaf selagi tu la dia akan menangis sampai tersedu- sedu. Kakak Dania suka la mengusik sampai dia menangis...dah menangis budak tu dia lari...

Masa ni anak tiri SA pun ada..mujur Khalaf tak mengaruk..Khalaf tu boleh tahan gak cemburunya..dengan SA pun masih cemburu lagi hahahaha...suami SA balik sebab nak tengok Mak Pah..balik pun kejap aje sebab Ahad kerja dan Khalaf sekolah kan..so tak dapat la nak bawak si Khalaf berjalan kemana- mana. Dia ada tanya plak Atuk selalu mancing kat mana..SAa jawab kat sungai la..sorry la Khalaf awak datang salah time. Time Uwan sakit..kalau Uwan sakit atuk awak tu x dapat nak layan awak de..next time la..cuti sekolah bulan 3 tahun depan..itupun belum tentu awak dapat ikut atuk pergi mancing..atuk fobia dah sebab pi mancing la dia accident..hahaha..

Monday, October 9, 2023

Throwback - Wedding SA~ Bergambar di Pelamin dan Meja Makan

Assalamualaikum...

Korang nak tengok lagi tak gambar majlis persandingan SA? kalau nak tengok SA akan teruskan throwback ni..kalau tak nak SA stop je dan bagi laluan kat citer Honeymoon di CH plak..hehehe...macam banyak lagi jer..semua gambar ada yang SA x tepek semua..ada yang SA keluarkan..macam banyak sangat gambar gaya yang sama..

Masih berkisahkan salam restu..kali ni keluarga sebelah SA plak..pakcik makcik dan sedara mara SA..SA x ingat sebelah Mak Pah salam restu ke tak..macam x nampak..ke x ingat..dalam gambar yang dapat pun ada la 2-3..eh entahlah..ada tapi kat kamera hp diorang kot...

Jom la tengok gambar...






































Bila jadi pengantin ni..kau lapar macam mana pun ko tetap x leh nak makan kenyang- kenyang ye..makan setakat amik gambar, setakat alas perut je..hahaha...padahal lauk semua sedap- sedap tu..SA dapat merasa udang besor tu je la seekor..dengan demam dengan takde suara dengan batuk..tapi batuk tu sangat- sanagt memberi kerjasama ye..dia x batuk masa majlis sampai habis majlis. Dia batuk dah balik dari outdoor..

Sambil makan sambil amik gambar mana nak kenyang kan...sape suruh jadi perantin..padan muka..hahaha...


Nasi Goreng Sardin Style SA..

Assalamualaikum..

SA buat nasi goreng sardin ringkas tapi sedap. Dalamnya dah ada sayur dan protein, jadi tak perlu lauk lain lagi dah..senang kan..sebenarnya ini permintaan Dania..Dania balik kolej pagi ni..So SA bangun awal pukul 4am, masak nasi goreng sardin, masak lagi nasi putih dan goreng telur kicap untuk bekal Dania. SA sendiri bawak bekal Nasi Goreng Sardin ni..SA makan sarapan pagi dan terus sampai lunch..

Kat rumah ni nasi kadangkala tak habis makan. Ha..ini salah satu cara untuk elakkan pembaziran. Simpan nasi dan boleh digoreng. Tak membazirkan?

Tips nak dapatkan tekstur nasi x lembik, simpan dalam peti ais malam sebelum masak pagi tu..cantik jer kejadian nasi goreng tu nanti..Dania message cakap nasi goreng sardin mama buat sedap..hehehe..kembang hati mama kau nak..nanti bila- bila mama buatkan la lagi..



 

SA masak style SA je ye..tapi saje la ngade nak share resepi..lama x share resepi..

Nasi Goreng Sardin

Bahan-bahan:
  • Nasi sejuk 1/2 periuk cukup untuk 3 orang makan
  • Sardin Ayam Brand yang kecik ( asing sedikit sos dan hancurkan)
  • 1 biji Telur
  • Bawang merah3 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili api thai yang merah tu -6 biji
  • Sayur kacang buncis potong kecik2 - 15 batang
  • Secukup rasa 1/2 sudu kecil
  • Garam sedikit
Cara Masak
  1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
  2. Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing
  3. Masukkan telur dan kacau rata
  4. Kemudian masukkan sayur iaitu buncis yang telah dipotong.
  5. Masukkan sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi
  6. Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk dan gaul sebati
Siap! Selamat mencuba

Terpilih Sebagai Pemenang Kedua GA Gift Box Tudung Ladyrini Exclusive By Syafiqa Hatta

Assalamualaikum..

Siapa aje yang tak suka kalau menang mana- mana GA kan..syukur alhamdulillah SA terpilih sebagai pemenang kedua GA Gift Box  Tudung Ladyrini Exclusive By Syafiqa Hatta ni..terkejut SA dapat email dari Syafiqa Hatta. Alhamdulillah rezeki dan consider hadiah kahwin SA jugak katanya...

Seronok betul SA dapat Sehelai tudung bawal chiffon Darena Scarf, cantik warnanya dan senang jugak bentuk..dan hadiah lain tu..siap ada inai lagi..nanti inai dijari SA ni hilang baru SA cuba inai tu ye...

Buka sekali hadiah ni dengan Dania, inai tu dia aimed dulu..SA cakap nanti kita pakai sama- sama..tunggu inai mama kat jari tangan ni hilang dulu. Inai kat jari kaki memang susah nak hilang la..lama lagi kot..masih elok pekat merahnya lagi..









 

SA ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih pada Syafiqa Hatta kerana sudi memilih SA sebagi pemenang kedua..siapkah pemenang utama ni?SA takde jawapan sebab GA ni lain dari yang lain..dia akan contact pemenang melalui email kan...so kita tengok siapa antara rakan- rakan blogger lain yang update selain SA ye..so far SA x nampak lagi sebab dari Jumaat SA x sempat nak update apa- apa entry. Sibuk uruskan Mak Pah.

Update Mak Pah:-

Mak Pah masih warded.

Semalam Mak Pah dipindahkan ke Ward 1E untuk monitor oksigen. oksigen Mak Pah tak cantik..dia tak sesak nafas atau tak rasa pun semput. Cuma doctor detect ada air lebih dalam paru- paru Mak Pah. Sebab tu Mak Pah dipindahkan ke Ward 1E untuk pantauan. Ward tu pun ward khas untuk pesakit buah pinggang.

Saturday, October 7, 2023

Turn Jaga Mak Pah Kat Hospital


Assalamualaikum..

Malam ni SA punya turn jaga Mak Pah kat hospital..malam semalam Acu dah jaga..suami balik malam semalam nak tengok Mak Pah..balik sekali ngan anak tiri SA..cuma x dapat la SA nak bawak anak tiri SA berjalan ke nak layan dia macam sebelum2 ni sebab SA sibuk urusan Mak Pah and nak ulang alik hospital. Masak untuk lauk Mak Pah and orang2 kat rumah..sampai tersiram la minyak panas kat lengan masa goreng ayam..ntah ayam tu bleh meletup plak...cepat2 SA alirkan kat air paip dan rendam ngan air sejuk coway...cepat2 pi farmasi cari ubat antiseptic  untuk x bagi dia menggelembung..syukur dah ok skit just merah2 je..orang perempuan ke dapur memang x sah kalau tak kena minyak panas kan tu maknanya  rajin masak la kan..ehhh...hahahah..



 

Mak Pah dah lelap...SA dh baring...mata ni kalau dh kat tempat lain memang x leh la nak tido...mau sampai pagi x tido ni kang..alas simen bawah ni ngan tikar, pas tu SA ada bawak tilam nipis...Mak Pah cakap kul 4am kang nurse kejut utk mandi dan tukar baju, pampers semua..kaki Mak Pah dah simen..tapi simen separuh je..tawakal aje la untuk sembuh sebab kaki Mak Pah x kan elok mcm sebelum ni..nak operate memang x boleh sebab risiko tinggi. Mak Pah sakit jantung dan diabetes kan..

Harap lepas ni Mak Pah jaga la pemakanan untuk cepat sembuh..doc tak bagi jaminan untuk kaki Mak Pah sembuh sepenuhnya sebab usia Mak Pah kan..

Oh Pak Zain plak...macam.kucing hilang anak la macam biasa tiap kali Mak Pah warded...

Friday, October 6, 2023

Tragedi Oktober

Assalamualaikum...

Allahuakbar...macam-macam hal berlaku..Pak Zain accident terbabas, kereta masuk bengkel, Mak Pah jatuh bilik air petang Rabu...

Memang betul2 tragedi Oktober..malam semalam balik kerja nampak kaki Mak Pah bengkak dan lebam..dia kata sebab dia jatuh petang Rabu tu..tanya dia sakit ke..tak sakit katanya...hati SA dh x sedap...Pak Zain sapukan minyak dan urut2 perlahan..lepas tu Mak Pah nak masuk bilik. SA tengok dia jalan lain macam..macam kaki tu dah loose terpeleot..macam dh xde tulang..macam.mana nak cakap erk...erm maca tu la...

Hati SA x sedap lagi ni...SA naik atas nak tido sebab dh pukul 10pm. Tak lama lepas tu Pak Zain panggil, suruh tengok kaki Mak Pah..Mak Pah dah nangis nangis...x nak pi spital...bukan takut masuk ward ke apa ye...dia takut kalau-kalau kaki kena potong...allahu...x tau nak gelak ke..nak marah ke SA cakap jom pergi hospital..dalam pada x nak tu..Dania pujuk baru dia setuju...

Instinct  SA kuat mengatakan kaki dia patah...tunggu Ateh sampai..sekali Ateh check..confirm patah pergelangan kaki area buku lali...Hospital la jawabnya...



Ke Emergency  HTJS


Bantuan awal untuk bg sokongan pada kaki Mak Pah..


Lapikkan surat khabar tebal2 dan wrap dengan plastik wrap tu...buat macam anduh la..nasib ada nurse kat rumah...



Mohon doa kawan-kawan  semua agar Mak Pah cepat sembuh..cubaan sorok kesakitan akhirnya kantoi juga bila dia dh tak tahan sakit...rupanya dia x nak cakap sebab dia takut kalau2 kaki dia kena potong..beria dia menangis tadi...SA cakap kalau x pergi hospital lepas tu melarat, lagi la kena potong. Ni kita dh tau awal elok kita dapat rawatan cepat sebelum lagi teruk..kaki patah selalunya simen aje..xde sampai kena potong de..

Terpaksa SA ambil EL hari ini...aduhai..ye la..benda dh jadi kan..adalah hikmah nya tu...harap-harap  Mak Pah cepat dapat rawatan...td dh X-Ray...esok la kalau nak tau keputusan pun..

SA x dapat nak tido ni...hati x senang...call husband bg tau mintak dia balik esok lepas kerja..Sabtu dia cuti kan..Dania esok exam plak..kereta masih kat bengkel...haih..betul2 tragedi Oktober..

Thursday, October 5, 2023

Thailand & London

Assalamualaikum...

Dah lama x dapat FM dan Keychain...SA ni memang collector untuk FM dan Keychain..keychain SA masih simpan lagi..tapi FM yang SA tampal kat fridge kat rumah habis kena kebas..tinggal yang biasa- biasa je..itupun dah x banyak..geram betul SA..

Semalam SA dapat 2 item ni...seronok dan happy sangat SA...mengharapkan dapat sampai ke London plak in the future sebabnya Thailand dah bayak kali sampai..




 

Cantik kan dua- dua...

Terima kasih daun keladi...kalau pergi nanti beli la lagi ye...

Terima kasih Adrian..my boss kecik yang baru balik dari bercuti...tak bercuti pun..katanya hantar anak dia belajar kat London sana..untung la...kan...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah