Monday, August 31, 2020

Resepi Kari Mamak Kepala Ikan Kerapu...

Hi korang...

Hari Ahad lepas balik dari Port Dickson tu SA masak kari mamak kepala ikan kerapu. Kepala Ikan kerapu tu besar betul so abah potong- potongkan...SA kalau masak kari memang suka kepala ikan..kadang- kadang beli kepala ikan merah atau ikan jenahak..kalau dapat ikan mayong pun best..tapi SA kalau pi pasar selalu kena tipu kalau beli ikan mayong..tak dapat beli yang isinya lembut..selalu dapat yang isinya keras skit..dah la kita ni tak reti nak pilih kan...sama jugak kalau ikan tongkol..ada 2 jenis kan...SA memang tak reti nak pilih...kalau balik rumah lepas masak tu dapat texture ikan yang keras..memang kena tipu la...sedih jer...


Jom la tengok resepi kat bawah...SA guna resepi dari mak SA....



Resepi Kari Mamak Kepala Ikan Kerapu

Bahan bahan:

  • 1. Kepala ikan Kerapu - dipotong kecil
  • 1/2kg santan - tak payah yg pekat pun tak apa
  • 5 sb rempah kari ikan Baba's
  • 2 sb serbuk ketumbar Babas
  • 3 sb cili serbuk Babas
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia + bawang putih ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
  • 3 tangkai daun kari
  • Air Asam jawa 1/2 cawan
  • 15 biji Bendi 

Cara Memasak:-
  1. Tumiskan biji sawi, daun kari,  sampai wangi. 
  2. Kemudian masukkan bawang merah, halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
  3. Biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan tambah air.
  4. Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. 
  5. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.
  6. Masukkan bendi..
  7. Taaaaraaaa... kari ikan mamak siap! 
Selamat mencuba!!

Berbuka Dengan Juadah Kampung Terbaik Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur

Buffet Dinner  "Juadah Kampung" Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.


Hi korang..

Jumaat lepas SA berpeluang berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur dan meraikan Anak- Anak Yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. SA dan rakan - rakan blogger yang lain dijemput untuk memeriahkan majlis iftar  untuk merasai hidangan  istimewa mereka yang terdiri daripada  makanan lazat kampung dan hidangan tradisional yang sentiasa mendapat pujian kerana keenakkan rasa tempatan yang sentiasa menjadi pilihan. Terima kasih yang tak terhingga SA ucapkan kepada pihak The Federal Hotel diatas jemputan ke majlis yang gilang gemilang pada 25 Mei 2018 yang lepas.


SA sememangnya rekomen kepada korang diluar sana untuk berbuka di Kontiki Restaurant ini kerana keselesaan dan keluasan tempat sangat terjamin. Tidak rasa sesak sekalipun walau menerima kehadiran ramai pengunjung untuk berbuka puasa. Penambahan makanan juga mengikut kekerapan menu yang kehabisan. Service dari staff Kontiki pun sangat cepat dan mesra pelanggan. Seronok berbuka dalam suasana tenang.


Pintu utama Restoran Kontiki


Ruang Makan


Ruang Makan


Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu yang sesuai dan menjadi tradisi untuk berkongsi serta memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, agar  kanak-kanak kecil ini merasai keistimewaan. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur majlis ini dan untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."



Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terdapat juga 8 station atau stall yang disediakan di Kontiki Restaurant dan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya station ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.. Sambil menaip ni SA terliur plak tengok gambar- gambar semua makanan yang enak tu. Knowing me yang perut kecil ni makan memang tak banyak..so dapat la merasa sikit- sikit hidangan yang menarik perhatian SA.

Hidangan Lazat Dari Dapur Tuanku

'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Mereka terpanggil untuk memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Pertama dan dikongsi bersama  orang ramai. The Federal Hotel memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.

Photo kredit to Aunty Lily ( http://followmetoeatla.blogspot.com/)

Di mana- mana buffet Ramadhan sememangnya tidak pernah lari dari BBQ station kan? Di bahagian luar Restoran Kontiki terdapat Station BBQ yang menjadi perhatian. Terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb kesukaan. Dan sememangnya SA berpuas hati dengan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin yang sangat sedap dan juicy. Untuk 2 hidangan ini SA sanggup menunggu lama menunggu giliran..hehehe...

Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...


Grilled Roasted Lamb


Beef Tenderloin


Sambal Udang Petai


Kebab


Daging Kicap Dengan Kacang Pis


Ikan Goreng Serai


New Potato with Chopped Parsley


Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille


Itik Panggang Dengan Jus Oren


Fried Squid With Dried Chilli


Yong Tau Foo


Braised Assorted Mushroom with Vegetable



Goreng- goreng station


Paru Goreng Berempah


Hati Ayam Goreng Berkicap


Braised Beancurd with Seafood


Nasi Minyak


Cream Of Mushroom


Four Treasure With Crabmeat


Pulut Kuning Dengan Serunding


Lemang dan Ketupat Palas

Tak sah kalau tiada pemanis mulut kan?Terdapat banyak pilihan pemanis mulut dan SA dapat rasa sedikit antara yang terdapat di sini...sedap dan sangat menarik. Selain dari hidangan menu yang terbaik terdapat juga hidangan sushi dan sashimi. Ada sup gearbox , kebab, sambal dan ulam- ulam kampung dan banyak lagi makanan lain. Terlalu banyak hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini sampai SA tak tahu mana satu nak pilih. Di bahagian luar pun SA tak habis explore apatah lagi di bahagian dalam.



Tema pun juadah kampung kan, so memang tak sah kalau tak ada deretan Kerabu. Ada Kerabu Daging, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu kacang Botol, Kerabu Sotong dan bermacam- macam lagi. Tak sempat SA nak ambil semua gambar. Memang terbaik semua makanan kat Kontiki Restaurant ni..patut la menjadi kegemaran Bapa Kemerdekaan negara kita. Memang serius sedap.


SA sempat posing di salah satu bahagian dalam Kontiki Restaurant.



The Federal Hotel menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga  RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club . 




Untuk tempahan boleh hubungi :


The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166



Citarasa Nostalgia Ramadan Buffet Di Summit Hotel Subang USJ

Hi korang...

Jumaat lepas SA buat julung kalinya setelah lama berehat SA menghadirkan diri ke Preview Ramadhan Buffet anjuran Summit Hotel Subang USJ. Pada tahun ini, Ramadan akan bermula awal Mei hingga awal bulan Jun. Summit Hotel Subang USJ menawarkan pembelian Early Bird Promotion sebelum 5 Mei 2019 dengan harga istimewa RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Harga asal bufet adalah pada RM88 bersih untuk orang dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Bukan itu sahaja, anda akan mendapat satu makan malam percuma untuk setiap 5 baucer yang dibeli sebelum 31 Mac 2019. Maksudnya untuk setiap 5 orang yang membayar orang ke-6 akan makan secara percuma!. Di samping itu, setiap perbelanjaan sebanyak RM100 dan seterusnya dalam satu resit melayakkan peluang untuk memenangi pakej percutian di luar negara, Wow! menarik kan?


Tema Ramadhan yang dipilih tahun ini adalah"Citarasa Nostalgia", yang secara langsung diterjemahkan ke dalam Rasa Nostalgia. Oleh itu, singgahlah dengan rakan-rakan dan keluarga anda untuk menikmati masakan tradisional yang berbeza yang disediakan khas untuk anda.Promosi ini akan berlangsung dari 6 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019 dan kami turut menyediakan Ghazal untuk hiburan, jadi jangan ketinggalan.




Diketuai oleh Ketua Chef Sakya, yang mempunyai pengalaman lebih dari 26 tahun dalam industri masakan. Kami meyakinkan anda bahawa Chef Sakya dan pasukannya akan melancarkan makanan hebat untuk anda menikmati yang merupakan 200 jenis hidangan semasa promosi ini.

Dengan hidangan bufet yang hebat yang memaparkan masakan tradisional seperti Kambing panggang, kentang lenyek dengan krim,Satay Raja Alang,Briyani Kasih Bonda, Sup Gear Box yang popular,Mee Jawa,Laksa Asam,Honey Popcorn & Yong Tau Foo. Belum lagi pembuka selera tradisional seperti kerabu dan sambal untuk membuka selera makan anda dan  makanan penutup yang lazat aneka pencuci mulut untuk mengakhiri sesi makan anda. Action station turut disediakan seperti Murtabak dan Roti Kirai, juga turut disajikan dengan masakan antarabangsa.




















Summit Hotel Subang USJ mengambil kesempatan untuk menawarkan harga bilik khas pada harga RM188 termasuk hidangan sahur mewah untuk 2 orang pada Ramadhan ini.

Untuk acara berbuka puasa secara berkumpulan dan persendirian untuk lebih daripada 50 orang, Pasukan Operasi Summit Hotel Subang USJ akan berada di sana untuk memastikan acara anda dijaga dengan baik. Oleh itu, hubungi kami untuk maklumat lanjut.

"Citarasa Nostalgia" promosi Ramadhan bukanlah musim yang boleh dilupakan kerana ia memaparkan hidangan tradisional di mana ia akan membawa kenangan indah dari masa lalu sambil meraikan bulan Ramadhan bersama keluarga anda

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 

Tel : +603 - 8023 3000 ext 3021

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah