Wednesday, May 30, 2018

Berbuka Dengan Juadah Kampung Terbaik Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur

Buffet Dinner  "Juadah Kampung" Di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur.


Hi korang..

Jumaat lepas SA berpeluang berbuka puasa di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur dan meraikan Anak- Anak Yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. SA dan rakan - rakan blogger yang lain dijemput untuk memeriahkan majlis iftar  untuk merasai hidangan  istimewa mereka yang terdiri daripada  makanan lazat kampung dan hidangan tradisional yang sentiasa mendapat pujian kerana keenakkan rasa tempatan yang sentiasa menjadi pilihan. Terima kasih yang tak terhingga SA ucapkan kepada pihak The Federal Hotel diatas jemputan ke majlis yang gilang gemilang pada 25 Mei 2018 yang lepas.

SA sememangnya rekomen kepada korang diluar sana untuk berbuka di Kontiki Restaurant ini kerana keselesaan dan keluasan tempat sangat terjamin. Tidak rasa sesak sekalipun walau menerima kehadiran ramai pengunjung untuk berbuka puasa. Penambahan makanan juga mengikut kekerapan menu yang kehabisan. Service dari staff Kontiki pun sangat cepat dan mesra pelanggan. Seronok berbuka dalam suasana tenang.


Pintu utama Restoran Kontiki


Ruang Makan


Ruang Makan


Sempena bulan Ramadhan ini, pihak Federal Hotel International (FHI) dan FHI Group Hotel iaitu Hotel Federal KL dan Hotel Capitol KL, turut meraikan kanak-kanak dari Rumah Nur Kasih Bestari berbuka puasa di Restoran Kontiki. Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan & Operasi Hotel Federal International berkata "Bulan suci Ramadhan adalah waktu yang sesuai dan menjadi tradisi untuk berkongsi serta memberi. Ramadhan adalah bulan yang diberkati dan pihak kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan perayaan, agar  kanak-kanak kecil ini merasai keistimewaan. Kami percaya, dengan menyebarkan kasih sayang dan menjadi penganjur majlis ini dan untuk meraikan mereka adalah sangat bermanfaat demi melihat wajah-wajah gembira mereka."



Kontiki Restaurant menyediakan lebih dari 100 jenis hidangan yang terdiri daripada masakan kampung dan tradisional. Masakan kampung sememangnya menjadi permintaan ramai kerana keaslian dan keenakannya yang tersendiri. Mereka turut menghidangkan hidangan dari dapur tuanku dan ia merupakan hidangan yang menjadi kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terdapat juga 8 station atau stall yang disediakan di Kontiki Restaurant dan ianya akan ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung. Semestinya station ini menawarkan pilihan hidangan menarik dan menjadi tarikan orang ramai.. Sambil menaip ni SA terliur plak tengok gambar- gambar semua makanan yang enak tu. Knowing me yang perut kecil ni makan memang tak banyak..so dapat la merasa sikit- sikit hidangan yang menarik perhatian SA.

Hidangan Lazat Dari Dapur Tuanku

'Favourite Dishes from the Tunku's Kitchen' merupakan buku masakan 168 halaman yang mengandungi lebih daripada 70 resipi peribadi yang telah dikumpulkan hasil kolaborasi anak perempuan Tunku, YTM Tunku Datin Paduka Khadijah dan anak saudaranya, YTM Dato' Mukminah Jiwa. Mereka terpanggil untuk memperkenalkan keenakkan makanan kesukaan Perdana Menteri Pertama dan dikongsi bersama  orang ramai. The Federal Hotel memberi penghormatan khas buat Bapa Kemerdekaan ini. Kebanyakkan makanan yang disediakan di Kontiki Restaurant ini adalah adaptasi dari hidangan kegemaran Allahyarham Y.A.B Tuanku Abdul Rahman Putra Al- Haj.

Photo kredit to Aunty Lily ( http://followmetoeatla.blogspot.com/)

Di mana- mana buffet Ramadhan sememangnya tidak pernah lari dari BBQ station kan? Di bahagian luar Restoran Kontiki terdapat Station BBQ yang menjadi perhatian. Terdapat Roasted Lamb dan Beef Tenderloin. Kat sini sahaja menjadi tumpuan dan ramai yang beratur untuk mendapatkan Grilled Lamb kesukaan. Dan sememangnya SA berpuas hati dengan Grilled Lamb dan Beef Tenderloin yang sangat sedap dan juicy. Untuk 2 hidangan ini SA sanggup menunggu lama menunggu giliran..hehehe...

Jom SA bawa korang tengok gambar makanan, jangan ada yang capai melalui screen ye..hehehe..memang tak kan dapat la kan...


Grilled Roasted Lamb


Beef Tenderloin


Sambal Udang Petai


Kebab


Daging Kicap Dengan Kacang Pis


Ikan Goreng Serai


New Potato with Chopped Parsley


Grilled Lamb Cutlet on Ratatouille


Itik Panggang Dengan Jus Oren


Fried Squid With Dried Chilli


Yong Tau Foo


Braised Assorted Mushroom with Vegetable



Goreng- goreng station


Paru Goreng Berempah


Hati Ayam Goreng Berkicap


Braised Beancurd with Seafood


Nasi Minyak


Cream Of Mushroom


Four Treasure With Crabmeat


Pulut Kuning Dengan Serunding


Lemang dan Ketupat Palas

Tak sah kalau tiada pemanis mulut kan?Terdapat banyak pilihan pemanis mulut dan SA dapat rasa sedikit antara yang terdapat di sini...sedap dan sangat menarik. Selain dari hidangan menu yang terbaik terdapat juga hidangan sushi dan sashimi. Ada sup gearbox , kebab, sambal dan ulam- ulam kampung dan banyak lagi makanan lain. Terlalu banyak hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini sampai SA tak tahu mana satu nak pilih. Di bahagian luar pun SA tak habis explore apatah lagi di bahagian dalam.



Tema pun juadah kampung kan, so memang tak sah kalau tak ada deretan Kerabu. Ada Kerabu Daging, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Perut, Kerabu Pucuk Ubi, Kerabu kacang Botol, Kerabu Sotong dan bermacam- macam lagi. Tak sempat SA nak ambil semua gambar. Memang terbaik semua makanan kat Kontiki Restaurant ni..patut la menjadi kegemaran Bapa Kemerdekaan negara kita. Memang serius sedap.


SA sempat posing di salah satu bahagian dalam Kontiki Restaurant.



The Federal Hotel menawarkan harga buffet Juadah Kampung di Restoran Kontiki pada harga  RM138nett/dewasa, RM35nett/kanak-kanak, RM69nett/warga emas. Promosi ini bermula dari 25 Mei 2018 - 14 Jun 2018 dan 30% diskaun sah kepada ahli Gracious Reward & FHI Privilege Club . 




Untuk tempahan boleh hubungi :


The Federal Hotel Kuala Lumpur
KONTIKI Restaurant
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166



28 comments:

  1. byk hotel merai anak2 yatim kn..rezeki mereka dpt sama2 berbuka puasa dgn hidangan buffet...meriah menu tu..nice la kerusi kayu yg SA posing tu

    ReplyDelete
  2. Bagus kan SA hotel-hotel buat program macam nie.. Menu pun meriah tu..

    ReplyDelete
  3. Meriahnya majlis berbuka di Kontiki dengan anak-anak yatim. Great CSR initiative by Federal Hotel. I have not been to Kontiki yet but with all those delicious food offered during the month of Ramadan, this is really a good time to go.

    ReplyDelete
  4. daku tergoda, daku tergoda dengan menu-menu ni..pi tgk waktu siang bulan puasa ni, tergugat napsu makan ai..hehe...berbaloi la harga makanan tu dengan menu2 dia..meriah uolls..tempat pun nampak selsesa...

    ReplyDelete
  5. cantik kemas suasana cafe kat Federal Hotel ni... Hidangan semua pun menyelerakan. Tenderloin beef tu macam mrmanggil-manggil jer. . Hehee
    Moga majlis ni memberi kegembiraan buat Anak-anak Yatim. Aamiin

    ReplyDelete
  6. wow
    lawa hotel nya
    makanan-makanan dalam gambar pun semua nampak sedap-sedap

    ReplyDelete
  7. sedap makan dekat sini., ramai yang tahu sejarah hotel ni. antaranya first hotel mewah di kl. hotel yg didiami almarhum tunku abdul rahman dan restoran berputar pertama di malaysia

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap juga makanan kat sini. Seronoknya dapat meraikan anak yatim

    ReplyDelete
  9. Bagus la hotel tak melupakan mereka yang tiada ibu ayah ni. Meraikan juga mereka makan2 di hotel. Satu amalan yang mulia. Banyak pilihan kat sini eh SA?. Nak mulakan dengan mana dulu pun confuse ni. Cantik tempat SA posing kat kerusi rotan tu.

    ReplyDelete
  10. Semua menu makanan yang ada sedap sedap belaka kak. Suka tengok macam macam ada.. Lemang, kebab, potato, pulut kuning.. Eh banyaklah menu kegemaran saya.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak ke The Federal Hotel ni. Dulu selalu juga makan kat Kontiki Restaurant ni, even bukan bulan Ramadan. Now dah nampak post akak rasa boleh lah buat reservation untuk berbuka di Kontiki Restaurant dengan family minggu depan. Makanan2 yang dihidangkan pun banyak choices dan pasti sedap!

    ReplyDelete
  12. Rawlins suka deco dia terutama kerusi yang ala-ala ayunan tu - yang tempat Kak SA pose tu. Maman Rawlins puas hati dengan pilihan yang banyak. Pastu bila tengok anak-anak tu ceria, syahdu plak Rawlins.

    ReplyDelete
  13. best nyer dpt join berbuka dgn anak yatim.
    diorang diraikan, kembang la ati diorang kan. alahai...
    diorang x dpt berbuka sempurna mcm anak2 kita.
    hadirnya SA and the gang di sana, jadi la ubat utk duka laara diorang.
    pasal makanan, as always, i am jeles.
    sebab semua nyer mcm nak ngap aje :)

    ReplyDelete
  14. Mcm2 pilihan juadah kampung di kontiki nie kan kak SA. Bahkan, nk sushi or dimsum pon ada. pokoknya mmg pelbagai pilihan yg ada di sini. Stall BBQ dia paling best. Fresh seafood

    ReplyDelete
  15. best buka puasa dekat sini sebab macam macam ada! aritu makan sampai kul 9 mlm sebab nak rasa semua..harga per person pon berpatutan!

    ReplyDelete
  16. Tak berkesempatan nak ke sana tahun ni. Sebelum ni pernah try dinner buffet mereka memang di antara yang terbaik laa. Menu semua sedap2

    ReplyDelete
  17. Best kan menu2 kat kontiki ni.Variety sangat. Tak tahu nak makan yg mana dulu. Penuh meja sekali ambik haha. emi tiap2 tahun, buffet kat kontiki ni la antara yg emi suka

    ReplyDelete
  18. I like the kampong style Juadah as you get to taste the authentic food like Kerabu, Curry, Ulam and not forget the kuih-muih. Ramadhan buffet always my favourite time as you get to taste nice and delicious local food.

    ReplyDelete
  19. Menu-menu dia semua sedap-sedap.. tergoda betul tengok beef tenderloin tu..

    ReplyDelete
  20. Meriah nya juadah berbuka kat sini. Memang menarik tengok dekorasi menu yang disediakan . Boleh makan sampai kenyang tak payah sahur dah .

    ReplyDelete
  21. Banyaknya menu dia kak SA... meriah juadah yang disajikan.. Maun kekenyangan macam ni... View dalam hotel ni pun nampak menarik..

    ReplyDelete
  22. Omg... semua best best! spotted many dishes that i like might want to go buka puasa with my colleagues there.

    ReplyDelete
  23. Suka goreng-goreng station. Klu gi berbuka di Kontiki, memang tak pernah miss. Sup gear box dia pun best. Memang banyak gila menu ilihan kat sini. Pekdek oata, kekajg berbaloi

    ReplyDelete
  24. semuanya lezat sekali.rasanya ingin mencobanya..
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    LINK: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MCknzChWzo-boZk47JCqMenUyVziy5zwg1SKVtaPZ78/edit?usp=sharing

    ReplyDelete
  25. Sedapnya lauk2 dia...
    Memang kena dengan tekak kampung saya ni
    Kt oenang ni agak ssh selera kampung mcm ni

    ReplyDelete
  26. banyaknya menu dia yang sedap2, deko pun cantik jugak

    ReplyDelete
  27. Hihi tergoda tgk semua makanan dekat dlm gambar. Nice view with nice food. Memang layan :)

    ReplyDelete
  28. Deko + makanan nampak menarik.. ;) ai is suka..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah