Thursday, February 11, 2010

Kak Long Part 3

24hb July 2009

Subhanallah!!!!keajaiban allah taala, Machine bantuan pernafasan berfungsi,machine haemodialsis juga berfungsi..nafas kak long teratur...mak da mampu berdiri semula melihat perkembangan Kak Long.Abah bersemangat baru..Ustaz Azmi tiba..bermacam2 solat, doa dan mcm2 cara yang aku sendiri dan jahil kurang mengetahui...seorang demi seorang datang melihat dan mebaca ayat suci serta yassin utk kak long.

2.00 Ptg

Dikno adik yang bongsu tiba2 bangun dan terus meninjau Kak long di tingkap

Dikno> Kak..tengok Along....
Aku> Kenapa dik?
Dikno..> Kain selimut along basah dan mcm along dah berak la kak..banyak giler..
Aku > Haah..eh bagi tahu Abah..
Dikno..> bagi tahu staffnurse tu la...
Aku > Staffnurse..kaka saya berak ke? kenapa kain selimut dia lencun?mcm ada berak jer..
Staffnurse > ya allah..betul la dik..x per kami bersihkan..

Aku memandang mereka dari luar tingkap...nurse dan staffnurse bersihkan kak long..nampak badan kak long dah x membengkak mcm mula2 hari tu..sedikit demi sedikit kami dah nampak wajah Kak Long yang sebenar..ya allah...aku bersyukur padamu...

5.00 ptg..
Doc > En Mohd Zain..kami dah buat keputusan untuk pindahkan anak en ke wad ICU..
Abah > betul ke doctor?apa perkembangan anak saya doctor..
Doc > ada sedikit perkembangan namun dia masih koma..kami tetap memberi vaksin tamilflu dan antibiotik yang agak kuat..en kena bersabar dan banyak berdoa..
Abah > alhamdulillah...

Kak Long dipindahkan ke wad ICU, dia di letakkan di dalam bilik Isolasi..bilik pemantau..wayar masih berselirat dibadan Kak Long..Abah terus menelefon Boss Kak Long memberikan berita terkini..
Boss Kak Long terus datang all the way dari KL,bersama2 dengan beberapa rakan setugas kak long.

Kak Long masih lagi koma ketika itu..sedikit demi sdikit perubahan yang berlaku merupakan perkara yang indah bagi kami...

seminggu berlalu...

Kak Long masih koma dan masih kurang memberi tindak balas..hanya mak dan abah yang dibenarkan masuk ke bilik isolasi.Mak dan abah menunggu dan membaca yassin sambil mengusap2 Kak Long, Abah cuba bercakap..kata doctor orang koma mendengar dan tau apa yang berlaku di sekeliling.Kak Long di suntik Morfin juga kerana doctor mahu Kak Long berehat secukupnya..

Esoknya doc panggil abah lagi

Doc Feroza > Pakcik..kami ingin meminta pakcik tandatangan surat utk menebuk leher anak pakcik..kita x boleh biarkan tiub berada dalam mulut sebab ia akan mengganggu kotak suara..kalau x dikeluarkan anak pakcik boleh bisu..

Abah > Tak apalah doc..untuk kebaikkan dia..doctor buat la..pakcik benarkan.

Abah menandatangani surat kebenaran dan Kak Long terus dibawa ke bilik pembedahan utk di tebuk lehernya atau scientificnya ENT. Aku dapat mendengar doc dan nurse2 itu berkata2 dgn kak long walaupun kak long coma..
2 jam kemudian selesai pembedahan..kami bergilir2 melihat kak long...kami nanmpak nurse bukakan tv, aku tanya kenapa tv terpasang?nurse tu ckp utk memberi ransangan dan agar kak long memeri aksi..aku nampak mata kak long bergerak..namun tidak terbuka..

Seminggu berlalu..doctor masih tidak nampak respon kak long walau badan kak long dan kembali ke asal..bengkak dah tiada namun wajahnya masih pucat..pada pandangan aku..badan kak long makin mengecil..kami bergilir2 berada di hospital,mak walaupun nampak x sihat kerana dia ada darah tinggi kronik tapi aku tengok dia makin kuat..mak juga tabah seperti abah..
aku didatangi nurse yang memantau kak long,
nurse > dik..akak rasa x lama lagi kakak adik mesti sedar..
aku > betul ke kak? maksud akak?
nurse > tadi dia dah gerakkan tangan dan dah mendengus..
aku > alhamdulillah tapi kenapa dia masih x sedar?
nurse > masa operation leher ia hari tu doc suntik morfin nak bagi dia cukup rehat..pasal tu dia berat nak bangun..
aku > x sabar nak tunggu kak long bangun kak...
nurse > sabar ya dik..doa banyak2...
aku memberitahu mak perkembangan kak long, jelas terpancar sinar dalam mata mak..aku tau mak rindu..

bersambung part 4

15 comments:

  1. Replies
    1. seperti ganja juga.. sebenarnya ubat.. huhuhuhu.. diharamkan sebab salah guna

      Delete
  2. Replies
    1. perlahan-lahan ceritanya menuju kearah positif

      Delete
  3. Salam, come on kak! come on!...hahaha sy pun dh semangat ni..xsabar nak bace next entry..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Harapan baru yg membahagiakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah.. kuasa tuhan.. balasan untuk orang yang bertabah

      Delete
  5. Replies
    1. syukur pada Allah.. contoh kehidupan yang memberikan iktibar pada semua

      Delete
  6. Family sangat membantuuu, alhamdulillahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga yang sangat cekal dan tidak berputus asa.. RESPEK

      Delete
  7. alhamdulillah semoganya makin okay

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah