Wednesday, February 17, 2010

Kak Long Part 6 - Final

August 8 - August 15 2009

Bermulalah detik2 Kak Long di rawat dan di pantau di ICU.macam yang diharungi,sememangnya benar kata2 doctor tu..Kak Long seperti dilahirkan semula, dia terlalu hyper dengan keadaan sekeliling, ubat dan jarum sudah lali di badan kak long, yang nyatanya kak long tidak mampu berkata2 hanya merengek seperti bayi kecil dan kalau mahukan sesuatu kak long akan menggapai tangan memanggil sesiapa sahaja,walau dalam keadaan yang begitu payah kak long tetap ingat siapa ibu bapanya siapa yang selalu menjenguknya.Nurse dan staffnurse silih berganti sampai ada yang x tahan melayan kerenah kak long.termasuklah seorang staff nurse cina..asyik mengadu dengan doctor kak long asyik terberak..actually bukan kemahuan kak long sebab ubat2 tu ada yang panas..antibiotik terlalu tinggi dosnya..kak long bukan sengaja nak buat perangai and sengaja nak buang air besar banyak kali, ada satu malam kak long mengadu panas akibat antibiotik yang kuat..staffnurse tu basahkan selimut dan bungkus kak long, sampai menggigil2 kak long..bila kak long tolak ke tetapi selimut basah dengan kaki staffnurse tu tampar peha kak long. apa yang mampu kak long lakukan?hanya diamkan diri dan menahan kesejukkan..ntah la..aku sendiri x dapat bayangkan mcm mana tidur atas katil dengan tuala yang basah..ya allah jangan lah aku sendiri alami perkara ni..bukan kak long x boleh dirawat di hospital swasta cuma pada masa tu hanya hospital kerajaan yang mempunyai vaksin tamilflu.Menurut kak long lagi..hari demi hari ada sahaja kematian yang melibatkan semua bangsa dan x kira berapa umurnya..yang menaikkan bulu roma aku bila kak long cakap setiap kali ada kematian setiap kali itu jugalah kak long akan nampak roh2 orang yang mati berkeliaran di wad icu tu..ye..aku ada rujuk pada doctor dan menurut doctor itu adalah normal bagi mereka2 yang baru sedara dari koma..allah hu akbar..kalau aku..aku memang x sanggup..
Esoknya sekali lagi kak long diherdik oleh jururawat pelatih yang baru ambil alih shift..dia marah kerana x mahu ditugaskan menjaga kak long yang memang banyak kerenah ketika di icu tu..ketika dia dtg ke katil kak long, kain selimut yang menutup badan kak long terselak hingga ke atas lutut..kak long buat begitu sebab dia panas akibat ubat2 yang disuntik ke dalam badannya..terus dia maki kak long..dia kata "kau x boleh ke duduk betul2..dah lama ke kau buat kerja mengangkang ni?kejap2 kain terselak..ini ke kerja kau kat luar".ya allah..manusia jenis apa perempuan ni?bukan hanya kak long yang dengar, nurse2 lain pun dengar dan kak long menangis..datang seorang nurse memujuk kak long dan minta maaf bagi pihak perempuan yang kurang ajar tu..kalau la perempuan tu tahu siapa kak long, pangkatnya yang lebih besar dari perempuan tu..mungkin kak long x di maki mcm tu...menurut kak long lagi perempuan yang sama telah melemparkan kain basah tepat kena pada muka kak long hanya kerana kak long minta tolong basahkan tuala utk lap mukanya yang panas, siap ckp "aku bukan kuli kau"..entah la..aku memandang hina institusi jururawat sekarang, walau bukan semua jururawat bersikap begitu tapi andai diberi pilihan aku rela sendiri menjaga kak long..disebabkan perempuan itu jugalah aku turut memandang hina institusi kejururawatan malaysia.Nasib perempuan itu masih baik kerana kak long x mampu mengingati namanya..kalau tak aku la orang pertama yang akan heret dia jumpa pengarah kesihatan.
Tak lama selepas itu kak long dibenarkan makan dan minum, seronok tgok kak long makan seolah2 dah setahun x jumpa makanan..bayangkan dari berat badan asal 54kg, hanya tinggal 32kg sahaja..dan berita gembira kak long dipindahkan ke wad biasa.
di dalam wad biasa kak long dilayan biasa..tiada lagi kekejaman, kami adik beradik bergilir2 menjaga kak long,mak ambil alih bahagian siang dan aku serta adik2 yang lain bergilir2 ambil sebelah malam, merasalah kami bermalam di hospital,bila kak long sakit begini kami jadi rapat antara satu sama lain..ya..memang susah melayan kak long, selain kerenah mcm baby..kak long agak manja, x boleh dimarahi..merajuk..semua kami tangani dengan tenang.
adik beradik sebelah abah masih tidak datang berkunjung, hanya sekali tu la masa kak long di ICU.Yang rajin berkunjung abang sepupuku, adik beradik mak, bos dan rakan opis kaklong.Dan paling mengejutkan kak long dikunjungi rakan2 TV3..
Hari2 yang dilalui semasa dalam wad biasa agak tenang, kesihatan kak long di pantau,kak long terpaksa menjalani fisioteraphy, yer..kak long x boleh berjalan kerana terlalu lama berada diatas katil.Kak long dah boleh bercakap sedikit2 walau tidak berapa lancar..alhamdulillah kak long kuat..demi dania..aku amat berterima kasih pada doctor Jenny yang mementau kaklong dari awal hingga akhir..kak long sihat seperti sediakala dan dibenarkan pulang pada 3 September ketika umat islam baru beberapa hari berpuasa.Seperti yang aku nyatakan dalam entry terawal..bukan ingin menagih simpati cuma ingin berkongsi ..inil;ah entry terakhir tentang kak long dan akan datang aku akan ceritakan perkembangan kak long dan dania...terima kasih kepada kamu yang sudi membaca...

25 comments:

  1. eh, mmg kurang hajar kata2 nurse tu. biadap sangat. tapi nurse pelatih pun dah kuang hajar ye. ingatkan nurse2 yg baru ni dah baik2. kalo SA ingat lagi nama dia, elok pegi report je. [eh, aku ni membakar plak]. SA, serius ke nampak roh2 org mati tu/ macamana gambaran dia? ada cahaya ke/ atau warna hitam je. seramnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kurang ajor.. inilah akibatnya kalau kerja kerana duit dan bukan kerana minat.

      Delete
  2. Bersyukurlah nurse tersebut sebab kaklong tak ingat dia..

    Moga nurse tersebut berubah ke arah yang lebih baiklah hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkerja kerana gaji.. inilah hasilnya.. huhuhu.. kerja malas

      Delete
  3. serius sedih bile bace.. sakit ati dgn doktor melayu n nurse pelatih yg kurang ajar tu...eeeeeee serius sakit ati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakit hati.. bukan semua misi dan doktor macam nih.. tapi .. dalam keluarga saya ada 3 orang misi.. kakak saya.. adik saya.. adik ipar saya.. perangai.. huhuhu

      Delete
  4. feel sedih jap..huhu..klu tak ikhlas jgn jadi nurse...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ikhlas.. mohon jadi nurse sebab gaji.. huhuhuhu.. ingat arwah abah cakap pada kakak saya.. mohon kursus jururawat.. tak payah sambung belajar.. keluar ada kerja.. terjamin.. mohon spa8... huhuhu.. bapak sakit tunggu kat lobi.. dia boleh cakap doktor tak panggil lagi eh? huhuhuhu.. anak sendiri tu.. huhuhu.

      Delete
  5. Salam, kannnnn bila org ramai kata nurse skang kurang ajar tak beretika, tau pulak diorg marah..tp nilah hakikatnya..kite berckp dpd pengalaman..terang2 mmg dh camtu, nasiblah sebab sorang je, semua pun kena..lagi2 hosp.kerajaan..semua bajet bagus..haihhh..dah tugas jururawat, kena lah camtu kan~

    Apapun, Alhamdulillah kak diberi peluang kedua kak..sy sama-sama rasa sakit bace entry derita akak tu..mmg akak yg terpilih kak..bertuahnya diuji Allah dgn kesusahan yg mcm ni, bila dh lepas semua, baru kita sedar btapa indahnya percaturan Allah..syukur akak sihat dah skang ni..32 kg is to light...happy bila bandingkan akak masa sakit dgn skang ni..semoga kita semua jd Islam yg lebih baik lepas ni...that tragedy jd kan sebagai suatu dugaan, and also as a reminder..semuanya ada hikmah..

    Lega sy lepas baca semua tu, rasa mcm lebih kenal dgn akak..be strong okay..hehe (n_n)

    ReplyDelete
  6. Salam..
    awak sangat kuat..syukur ada mak ayah adik beradik yang selalu ada bersama..
    semua yg berlaku ada hikmah..kita kenal kawan..kenal saudara..
    sakit penghapus dosa..insya Allah..kita bertambah dekat dengan Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. pengalaman mengajar.. mana intan mana kaca.

      Delete
  7. aku baca satu kak entry kisah ko ni kak
    ko memang kuat kak ....
    tak sangka hebat betui dugaan yang ko alami kan ....

    bila baca yang mula2 tu terasa mcm baca novel haryati ramli awang mursyid ....cinta laksamana sunan dan haryati kurun ke 13...

    kak ade ceritakan ape2 pengalaman yg akak alami semasa koma x...ade tak akak mimpi ape2 ke .... cerita la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan kehidupan.. entry awal-awal memang sedih dan mengujakan.. terasa terus nak membaca lagi..

      Delete
  8. Memang kejam layanan nurse tu..ish, sakit hati baca tapi memang betul akibat dr layanan sesetengah nurse mcm tu buat hati jd benci dgn org yg mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kejam.. kerja tak ikhlas.. buat kerja kerana terpaksa.. huhuhu

      Delete
  9. Dah baca hbis entry akak..pnuh pengajaran, sangat menginsafkan..dan sangat sedih..moga akak terus jadi insan yg tabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. rasa macam tak puas baca.. nak tahu lagi detail.. huhuhu

      Delete
  10. fobianye rawat kat hospital yg ber nurse kan mcm tuuuu, stress la tuu, x dpt kawal stressnye....ish~

    smg kuat ok, kak....................

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji tinggi.. elaun besar.. ada hari khas untuk jururawat lagi tu.. tapi kerja huhuhu.. kalaulahhhhhhh mereka ni ikhlas.. besar pahalanya

      Delete
  11. kakak saya misi.. saya tahu perangai dia macamana.. dia kerja wad icu.. wad lain taknak.. wad lain penat.. kerja icu relax.. sebab tu kalau kerja lebih kat wad icu diaorang merungut.. huhuhu..pernah suatu ketika dicakap dengan kawan dia.. kerja wad icu nih best.. pesakit dah nak mati.. baring aje..tak banyak kerenah..

    ReplyDelete
  12. syukur. SA memang seorang yang kuat!

    ReplyDelete
  13. xsukanya ada k nurse mcm tu.baru pelatih dh kurang ajar..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah