Wednesday, February 10, 2010

KASIH IBU DAN ANAK..



Kemesraan kak long dan dania jelas terpapar dalam wajah2 diatas..tanpa dania disisi hati kak long rawan..berpisah sehari bagaikan bertahun lamanya..Dania anak yang baik..disaat mamanya sedang bertarung nyawa..dia berdoa pada allah di depan kami..."ya allah selamatkan lah mama dania..berikan mama dania kekuatan..."hati ini sebak untuk meneruskan..Kak Long koma 3 minggu..3 minggu juga dania tidak dibenarkan langsung masuk ke wad icu kerana kuman H1N1 sedang hebat menular ketika itu..tapi dia dapat diseludupkan oleh abah yang sememangnya seorang pekerja hospital,dania tidak mengalirkan airmata sebaliknya memandang dan berdoa sendiri..selepas itu dia bermain seperti biasa seolah2 tiada apa yang berlaku..aku ingin menduga dania lantas bertanyakan dimana mamanya...anak sekecil itu berusia 5thn..begitu tabah menyatakan..."mama dania pergi syurga"..apa perasaan kalian diluar sana andai anak sekecil itu yang tidak diajar tentang kematian menuturkannya..ini lah yang terjadi..hakikat dan doa seorang anak pada mama yang dicintai..tipulah aku andai dania tidak merindui mamanya...setiap kali masuk bilik dia akan membelek novel2 alaf 21 kepunyaan mamanya kerana pada muka depan setiap novel itu terpapar gambar mamanya..lantas dicium gambar itu...aku hanya memerhati di kejauhan..padaku dania anak yang tabah..tidak menunjukkan kesedihannya pada orang..dia masih mampu tersenyum tatkala kawan2 mamanya berkunjung melawat mamanya..mamanya koma pertengah July dan sedar kembali 3 minggu selepas itu.. bukan setakat 3 minggu itu sahaja..2 bulan kemudian dania tetap tidak berpeluang bertemu mamanya..hati mana yang x kasihan..hanya kerana dania perlu ke sekolah membuatkan dia tidak terlalu terasa kehilangan(agaknya),kami tumpangkan dania sementara waktu di rumah makcik yang kebetulan duduk setaman dengan kami..sedangkan aku, mak dan adik2 bergilir2 menjaga kak long di hospital, kak long x mampu berkata2 kerana leher di tebuk,hanya mampu menggerakkan badannya yang nauzubillah..kurus kering..tiada siapa pun saudara mara yang berani melawat, takut berjangkit kata mereka..ya allah..kenapa cetek sgt pemikiran mereka...

14 comments:

  1. SA masa dlm gmbr ni mcm fafau. ada iras la skit. sedara ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaca entry ini rupanya ditulis oleh adik SA

      Delete
  2. cemana SA boleh terkena h1N1? jangkit masa kat genting tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. H1N1 penyakit yang suatu ketika kecoh.. huhuhuhu..

      Delete
  3. Sedihnya.. kuat dan tabah anak kecil itu..

    ReplyDelete
  4. Salam, :'(....anak akak bijak kak..pandai dia dan syg sgt kt akak...sedih bace ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kanak-kanak sebegini membesar dengan semangat berdikari dan kental

      Delete
  5. Dania anak yg tabah dan kuat macam akak..sangat tersentuh baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketabahan yang tak tergambar.. mampukah kita setabah itu

      Delete
  6. dania anak syurga, anak yg baikkk, semoga terus kuat hati mnjdi baikkkkk, amin !

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah