Friday, February 3, 2012

4 hari nikah sudah lari


KUCHING: Hasrat seorang lelaki menikmati mahligai bahagia dibina dengan isteri berusia 15 tahun pada Sabtu lalu, tidak kesampaian apabila insan tersayang itu menghilangkan diri hanya selepas empat hari mereka mendirikan rumah tangga.
Paling memedihkan, isteri lelaki terbabit yang tidak bekerja itu menghilangkan diri ketika suami berusia 21 tahun dari Kampung Gita, di sini, keluar mencari rezeki.

Sehingga semalam, usaha menjejak wanita berkenaan menemui jalan buntu menyebabkan laporan polis terpaksa dibuat.

Sumber berkata, wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana mempersoalkan kemampuan syahwat suaminya yang dikatakan gagal memuaskannya.

“Kali terakhir lelaki berkenaan bertemu isterinya ialah jam 11 pagi Selasa lalu, ketika menghantar isteri ke rumah saudaranya kerana mahu ke laut untuk menangkap ikan,” katanya.

Bapa lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya terkejut apabila mendapati isterinya tiada di rumah saudara ketika mahu menjemputnya pulang ke rumah pada hari kejadian


“Sebaik menyedari menantu tiada di rumah saudara, anak saya cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi telefon bimbit itu tidak berfungsi.

“Anak saya tidak putus asa sebaliknya menunggu keesokan hari, namun isteri anak saya masih gagal dihubungi sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

“Kami tidak tahu punca menantu melarikan diri selepas mereka berkahwin, Sabtu lalu dan cukup bimbang apabila memikirkan keselamatannya,” katanya.

Justeru, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengesan wanita berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa sehari selepas kehilangan wanita terbabit dilaporkan

SUMBER> Harian Metro Online.


3 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah