Sunday, February 14, 2021

Macam Mana Nak Buat Bila Dah Bosan Masak?

Hi korang...

Aduhai..kenapa la mood masak dahkelaut dalam ni? rasa maam dah malas betul dan idea pun kejap ada kejap takde..nak plak dah bosan dengan masakan sendiri. Tukar ngan masakan mak pun rasa bosan jugak..Abah plak dah kurang sihat memang kerja masak memasak ni serah kat SA...sesekali la mak akan masak..sesekali panggil adik balik tolong masak..Abah lagi kesian dah x boleh nak makan lauk- lauk gulai ke apa, kena makan rebus- rebus dan sup je..bergoreng, bersantan semua tak boleh..abah pun dah makin kurus..sekarang berat badan dah tinggal 64kg...kesian abah...

Eh meh la tengok apa yang SA masak baru ni....eh..semalam la...hahahaha....lupa plak...


Sup Ayam untuk Abah...


Asam Pedas Ikan Pari


Ikan Gelama Masam Goreng


Sambal bilis berlada kering

Sebenarnya ada kisah pasal sambal bilis berlada ni...nak dijadikan cerita ini adalah ikan bilis dari parcel SA yang x sampai- sampai lebih dari 2 minggu. Parcel ni dah berjalan- jalan jauh akhirnya sampai kat Melaka. Dia merayap2 rupanya...siap buat kajian sejarah lagi...so..semalam sampai la ikan bilis ni...konon- konon nak denda dia so kita jadikan dia lauk. Gambar tu zoom dekat sebab tu nampak macam banyak..padahal segenggam je..SA memang suka beli ikan bilis dari Tg Dawai. Beli yang belum kopek dan suka kopek sendiri...hehhehe..

So hari ni nak masak apa plak?

Takde idea..nak jenjalan blog kawan- kawan dulu cari idea nak masak apa....

So..macam mana nak buat bila dah bosan masak?


16 comments:

  1. kalau saya bosan masak, saya order foodpanda. Heheheheh

    ReplyDelete
  2. kalau malas masak memang rase nk order luar tapi tak berbaloi. Baik masak sendiri kan kak. Lagi lagi kalau ada ahli keluarga tak sihat. memang no no la makanan luar.

    naniey pun tak tahu nak masak apa hari ni. Kalau Naura pula asyik sup manjang...

    ReplyDelete
  3. sy pun mood memasak kelaut ni..sudah 5 hari air on off ja huhu

    p/s SA order food panda ja la mcm sy hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau dah bosan masak, mengorder aje pun boleh

    ReplyDelete
  5. Kak Sue kalau dah bosan masak.. apa lagi tapau lah SA.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Sedap-sedap lauk SA masak... sambal bilis tu aummmm sgt

    ReplyDelete
  7. saya selalu rasa boring masak sekarang..huhu

    ReplyDelete
  8. Saya ni tgh fasa boring masak ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. boring tatau nak masak apa hehehe

    ReplyDelete
  10. Bosan memasak pergi gerai nasi campur beli lauk. Niat dalam hati nak tolong peniaga kecil. Moga dapat pahala sedekah sekali. Hehe

    ReplyDelete
  11. Tinggalkan dapur buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  12. sedap2 lauk akak.. saya pun selalu ada stok ikan bilis kat umah

    ReplyDelete
  13. Biasa kalau mood masak kelaut ni kalau Cik TK sebab bosan tengok nasi. Jadi untuk 'pulihkan' mood tu Cik TK masak benda selain nasi! Contoh masak kuey tiaw ke... Atau apa2 je la, asalkan bukan nasi.

    ReplyDelete
  14. sejak PKP ni memang agak bosan nak masak. Sudahnya beli je kak. sebab nak makan masakan sendiri pun kurang selera acane. huhu

    ReplyDelete
  15. saya belum bosan masak kak, tapi kat rumah ni semua suka memasak..jadi kena berebut nak masaknye..hahahaha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah