Thursday, June 24, 2021

Inilah Rupanya Daun Puding Hitam Untuk Rendang, Jangan Silap Ye..

Assalamualaikum...

Hi korang..

Hari ni SA nak share tentang daun puding yang digunakan oleh masyarakat NS dalam masakan rendang mereka. Yang SA tau orang NS yang masak rendang campur daun ni..Negeri lain SA tak pasti. Sebab tu di laman- laman rumah orang NS ada ditanam pokok puding ni. Jangan salah ye...bukan guna pokok atau daun puding yang buat landskap tu tau..itu tak boleh makan...ke ada yang ingat daun puding hiasan tu boleh dimasak...no..no..no...jangan macam- macam ye....dan jangan ingat pulak puding manisan tu....hehehe...

Pokok puding mempunyai pelbagai spesies, warna dan bentuk, sering ditemui terutama di kawasan kampung di sekitar Negeri Sembilan, kerana ia mudah hidup. Namun, ada satu spesies pokok puding yang boleh dimakan dan sering dimasak bersama rendang ayam atau itik iaitu pokok puding hitam. Daun pokok puding dikatakan mampu menambahkan keenakan rendang dan menaikkan aroma masakan itu sendiri, menjadikan sajian rendang ini berbeza dengan rendang biasa. Apabila dimasukkan ke dalam rendang ianya tidak mudah hancur ye kerana tekstur nyer yang unik.




Sebenarnya yang Abah SA tanam ni sebelum ni pokoknya dah tinggi so abah SA tebang..so sekarang dia dah tumbuh semula...sebab ianya senang hidup. cucuk je batangnya di tanah..lepas beberapa minggu sure hidup..


Warna dia memang macam ni..x tau nak cakap..warna ungu ke..maroon ke..hitam ke..


Cara nya hanya belah dua daun tu...buang urat tengah dia..


Haa..nampak? 


Dah siap rendang daging campur daun puding..ni hasil airtangan Mak SA....daun ni boleh ditambah ke dalam rendang ayam atau pun rendang itik juga...sedap...


Info Daun Puding hitam

Selain dijadikan pokok hiasan dan rendang, daun puding juga dapat menghilangkan kegatalan pada kulit kepala serta kelemumur.

Caranya adalah dengan menghancurkan daun itu sehingga lumat, kemudian disapukan di seluruh kulit kepala dan dibalut dengan tuala bersih selama dua jam sebelum dibilas dengan air bersih.

See banyak kegunaan bahan alam semulajadi kan....SA rindu sangat nak balik kampung ni...nak memetik ulam- ulaman, bunga kantan dan macam- macam lagi...dah berbulan x balik...eh..setengah tahun dah....

18 comments:

  1. Ghindu nak balik kg jugak. Nampak sodap pulak rendang daging mak SA :)

    ReplyDelete
  2. ok so far x pernah lagi nmpk arwah mak masak rendang guna daun puding hitam ni...
    klu daun pucuk ubi slalu la heheh

    ReplyDelete
  3. Baru tahu daun puding ni boleh dibuat masak

    ReplyDelete
  4. bila dah direndang nampakmacam sayur maman je kan?

    ReplyDelete
  5. tak penah makan.macam menarik.boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah nampak atau gunakan daun puding tu dalam rendang. Terima kasih atas perkongsian, Kak SA.

    ReplyDelete
  7. Ohhh boleh diletak dalam masakan yaaa, ingatkan untuk hiasan hehehehe

    ReplyDelete
  8. Pernah makan daun puding waktu kecik2 dulu, tapi tak ingat mak masak apa.

    ReplyDelete
  9. Baca tajuk akak ingatkan pokok puding hiasan tu..yg mcm2 kaler tu..rupanya puding yg digunakan dlm masakan...kt sini tak pernah jumpa pulak org tanam

    ReplyDelete
  10. Baca tajuk akak ingatkan pokok puding hiasan tu..yg mcm2 kaler tu..rupanya puding yg digunakan dlm masakan...kt sini tak pernah jumpa pulak org tanam

    ReplyDelete
  11. Kalau dekat, nak juga minta benih hehe... PH belum pernah makan rendang campur daun puding ni. Mesti sedapkan.

    ReplyDelete
  12. Saya ingat bokeh sebarang puding ...hihihi..
    Nampak sedapnya rendang tu..
    Ni macam pokok puding belacan...

    ReplyDelete
  13. Teringin nak makan rendang daun puding nih... nampak sedap sangat! pokok puding nih macam tak pernah jumpalah dekat sini, memang banyak dekat nismilan jer yea.

    ReplyDelete
  14. Uniknya masakan orang N9
    tapi podeh

    ReplyDelete
  15. baru tahu ni. Tak pernah tahu pun pasal pokok puding hitam ni. Tau yang pokok hiasan tu je..

    ReplyDelete
  16. Kalau kat negeri lain ade jumpe pokok ni tak?

    filem10minit.blogspot.com
    Filem Seram Pendek

    ReplyDelete
  17. oohh...ingat pokok puding yang warna hijau, kuning, merah yang banyak tanam kat kubur tu...kalau baju kena getahnya comot habis

    ReplyDelete
  18. Sejak kahwin dengan orang nismilan ni jadi favourite dah. Suka kerangupan daun puding ni. kat kampung ada pokok besar, tak sure lah ada lagi ke tidak sejak lama tak balik kampung ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah