Thursday, June 3, 2021

Mak Pah Mengidam Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..

Hi korang

Hari ni Mak SA teringin nak makan daging salai masak lemak cili api....nasib la semalam SA ada beli daging batang pinang sekilo...so hari ni Pak Zain tolong la salaikan...pucuk ubi pun SA dah petik semalam kat simpang rumah. Haa...bukan curi..pucuk ubi tu Pak Zain yang tanam..sekali ngan serai dan daun pandan..bukan main subur lagi tanaman Pak Zain tu...Pagi- pagi lagi Pak Zain dah pi pasar segar cari tempurung kelapa..kalau salai daging atau ikan atau ayam pun, lebih sedap dan wangi baunya kalau di salai dengan bara api dari tempurung dan sabut kelapa..tambah jugak la sedikit arang..ye la kat bandar ni mana ada kayu api kan..kalau kat kampung boleh la salai ngan kayu api, tempurung dan sabut kelapa.

Entry ni fresh hari ni tau...walau SA sibuk kerja..tapi tetap luangkan masa tolong Pak Zain dan Mak Pah tu ha...dari awal proses sampai la proses terakhir. tersenyum simpul Mak bila tengok abah berusaha betul nak buat and tunaikan permintaan dia. Biasa la Mak SA kan tengah sakit, selera memang kelaut sebab tekak dia dah pahit..hari- hari makan ubat berpuluh- puluh biji . Sebab tu dia ada masalah selera makan...Kadang SA bising gak sebab dia makan sesuap dua je lepas tu dia stop. Kita yang kat rumah ni risau betul dia x berselera makan. Bukan apa takut effect kesihatan...

Jom tengo gambar yang sempat SA snap...



Arang + sabut dan tempurung kelapa di bakar utk  dapatkan bara..


Daging dihiris lebar dan sedikit tebal, dilumur dengan kunyit dan garam sedikit..susun dalam besi pemanggang...


Nampak x kegigihan Pak Zain korang ni...


Dah siap disusun..menunggu masa untuk di salai


Jom la kita salai...tapi Pak Zain buat la..SA amik gambar je sebab SA busy kerja


Api jangan bagi menyala ye...biar asap dan arang tu berbara je...


Ikan keli pun Pak Zain nak salai untuk stok esok lusa...


Kipas...jangan tak kipas..


Daging dah mula kering


Dia nak gak pose sekali lagi..hantar dalam group whatsaap katanya


Dah hampir siap


Siap!!!


Salai ikan keli plak


Hampir siap


Daging yang dah siap disalai...


Version dah masak


SA up sambal belacan ngan sayur kangkung celur


Settle bab daging Pak Zain salai ikan keli plak. Tapi bukan lah untuk sekali masak..ianya utnuk lauk- lauk akan datang.. nanti dah siap, bungkus dan simpan dalam fridge. Nak masak nanti keluarkan aje..so tak yah la Pak Zain nak susah- suah salai lagi. 

Sedap ke daging salai dan ikan keli salai...?

Of course la sedap u olls...lain rasanya bila di salai...okey kejap lagi nanti dah siap lauk daging salai masak lemak cili api tu..SA update entry ni dengan gambar ye....sekarang blom masak lagi...lambat la makan hari ni memandangkan tak settle lagi Pak Zai menyalai...

Jumpa lagi nanti ye....


31 comments:

  1. sedappppp tu.. sy pun suka daging salai masak lepak cili api nogori... menu must eat bila sampai di melaya... hihihih

    ReplyDelete
  2. SA!
    Rasa nak datang rumah SA sekarang jugak! Tak tahan tengok daging salai atas panggangan tu. Pandainya Pak Zain menyalai! Cantik betul!

    ReplyDelete
  3. sedapnya..ikan keli kalau masak sambal sedap tu

    ReplyDelete
  4. Pak Zain tu menyalai pun smart ek...jaga penampilan betul...๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. sedapnya daging salai..wuaaa nak juga..kak sa pos sini sket meh heheh

    ReplyDelete
  6. Macam tu ya cara salai? Macam barbeque pun ada jugak ya, teringin nak cuba salai daging sendiri, nak beli siap, mahal, huhu

    ReplyDelete
  7. ikan keli tu kalau blk kg , semua ngadap he hee

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa! Saya pula mengidam dibuatnya :)

    ReplyDelete
  9. Pertama kali nampak keli salai. Selalunya jumpa daging salai je.

    ReplyDelete
  10. Rajinnnya pakcik Zain! Ada daya walaupun tengah menyalao hahaha

    ReplyDelete
  11. Ya ampun kak.. Sedapnyaaaaa.. Saya suka masak lemak daging salai.. Keli salai pun fav jugakkkk.. Sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  12. Rindu nyaaaaa zaman kecil2 oii.. Rindu nya kat arwah uwan... Sbb suka tgk uwan masak2.. Dulu kita guna dapur kayu je hahaa missing those moments..

    ReplyDelete
  13. Kak SA, sambal belacan + pucuk ubi + sayur kangkung celur adalah THE BEST! Teringat my mum pula now. Aduhhhh makan dengan nasi putih panas sahaja dah mencukupi

    ReplyDelete
  14. tengok daging salai tu kak... tiba2 teringat kenangan dengan arwah ayah SHa.. pantang tahu Sha nak balik kampung.. dah siap dah beli daging..daging masin masak lemak...daging bakar..wajib ada..

    ReplyDelete
  15. mantop...daging ngan ikan keli tu..yummyyy

    ReplyDelete
  16. Fuhhh... time2 PKP ni pulak dia lalu eh. Ngencessss๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  17. baru tengok gambar dah meleleh air liur. Kalau dapat rasa tu lagi sedap

    ReplyDelete
  18. Lama dah tak makan , belum jumpa lagi yang betul-betul sedap kat sini, buat sendiri rasanya lagi tak sedap haha rajin kak s.a , terbaik

    ReplyDelete
  19. aroma sabtu / tempurung tu yg mahal tu!

    ReplyDelete
  20. Fuhh buat sendiri ke sis? Lagi la puas hati! Rajin betul. Kecur air liur tengok daging tu pedas lemak dia urghh dapnyaaa

    ReplyDelete
  21. sedapnyaaaa lahai. . patutlah mahal orang jual daging salai ni, bukan mudah nak salai, bermandi asap

    ReplyDelete
  22. wow I am drooling now! Nak makan them too coz it's cook with traditional method. Sure very tasty and juicy!

    ReplyDelete
  23. dah lama betul saya tak makan daging salai ni. last makan tahu 2010 kot. sedap. aroma arang tu mmg special

    ReplyDelete
  24. Ni sorang lagi hidup macma kat syurga ngidam jer dapat ngidam jer dapat hehehe kita tak ada orang nak hantar kalau mengidam Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni kena lah buat sendiri daging pun bakar sendiri wakakaka tapi ni nampak sedap guna air arang tu bestnya..

    ReplyDelete
  25. Uisshhh mengidam terus tengok daging salai masak lemak cili api macam ni.. so far tak pernah try masak sendiri but ada satu kedai ni memang khas masak masakan ni yang Nell suka.. macam nak pergi tapau jer nanti..

    ReplyDelete
  26. omg that looks super good! i have always wondered what are the ways to prepare this delicious traditional dish and now i do thanks to you

    ReplyDelete
  27. Akak! Bestnya buat sendiri daging salai. Semua salai bleh buat sendiri tu yang priceless. Rindu kampung halaman.

    ReplyDelete
  28. Sekali nengok terkecur di buatnya.. ni kalau buat sendiri gini puashati gak ekkk..
    EE nanti nak try laa ajak adik-adik semua merewang...

    ReplyDelete
  29. craving jugak ni. tunggu balik kampung lah camni baru dapat. Sedap tu campur dengan pucuk ubi. Memang gigih Pak Zain salaikan untuk buah hatinya eh. Mahu tak tersenyum simpul Mak Pah kat situ :) Alhamdulillah dapat juga makan daging salai masak lemak. dari dia tak berselera, ada juga selera nak makan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah