Assalamualaikum wrt...
Selepas memborong di pasar Payang kami 4 beranak teruskan perjalanan..sementara tu SA tanya semua lapar tak? Kalau tak lapar boleh la kita pi melawat tempat lain..so sebulat suara cakap tak lapar so SA terus ajak ke Muzium Negeri Terengganu..dalam otak SA tetap lah ingat alaaa...muzium biasa macam muzium kat negeri- negeri lain ni..
Eh salah ye...Muzium kat sini sanagt luar biasa..macam istana lama di Indonesia...binaan dia..besarnya..eh semuanya la mengagumkan...ini kalau buat photoshoot wedding cantik ni...macam berada di zaman kerajaan Majapahit..hahaha..pepandai je SA..kalau nak tau kat situ pun boleh buat majlis perkahwinan ye..ada dewan disediakan..dan memang ada majlis perkahwinan kat situ masa SA sampai...mesti wedding orang have- have..parking semua penuh...
Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong, Kuala Terengganu adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi kawasan seluas 27 hektar. Reka bentuk berdasarkan inspirasi istana lama Terengganu serta rumah tradisional Melayu. Ia menempatkan muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, taman botani, dan taman ulam. Turut mempamerkan tekstil, senjata tradisional, seni Islam, serta galeri interaktif baharu iaitu Ujana Tenaga (transformasi daripada Galeri Petroleum). Konsep Rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu diilhamkan oleh Yang Mulia Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah. Tiga pertimbangan utama telah dibuat di dalam merealisasikan rekabentuk bangunan utama Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Depan tu ada Kampung Budaya Terengganu...kami x masuk pun sebab macam x cukup masa
Tadaaaa...menjerit kami dalam kereta sebab rasa kagum sangat dengan Muzium ni...
Binaan nyer yang tinggi, besar dan mengasyikkan
Kat tepi sebelah kanan SA ni ada dipamerkan kereta- kereta lama dan keretapi lama..memang cantik la keretapi tu kalau nak bergambar..tapi panasss...SA dah ebrpeluh-peuh masa ni..mekap pun dah cair..
Suami yang minat kereta lama Merc ni..dan pernah ada 1 ke 2 ntah lebih kurang macam ni..model lain la..masa dia ngorat SA dulu pakai kereta Merc model lama la...dah jual dah kereta tu yang dia namakan Claudia kot...
Haaaa....cantiknyaaaa
nampak macam x panas..tapi panas yeee....
Kena paksa bergambar kat sini tanda dah sampai kan
tengok la PZ tu
Bahagian bawah tu ada majlis perkahwinan..
Selfie satu
Boleh tahan gak ramai orang
SA masih rasa kagum masa ni...memang banyak amik gambar Muzium
Selfie ngan suami
Nyesal pakai warna hitam..panehhh...
Ala-ala photoshoot la..
candid..PZ tengah minum 100 plus
Gambar Dania dan Atok
Jom masuk muzium
Cantik kan?
Replika jam gajah
Bahagian bawah ni banyak pameran bahagian tekstil..masa ni la kita nak mengenal jenis- jenis tekstil lama, tradisional dan tekstil yang diperbuat dari bahan- bahan semulajadi..bila baca macam x percaya pun ada...
Cop batik
Then SA naik ke tingkat atas..naik tangga ye....termengah- mengah SA masa ni...suami cakap mana la lift...hahahaha...lift ada tapi ada tertulis untuk kegunaan kakitangan je...so naik la tangga...lantak la sakit lutut..Dania dah hilang..PZ pun dah hilang..rupanya PZ x nak naik..x terdaya katanya..dia duduk kat bawah dan melawat pameran kat bawah aje..
Tiba-tiba!!!
Assalamualaikum!!! sapaan dari seseorang...SA masa tu terkejut..SA jawab salam dan tanya Siapa ni ye? Eh..dia tanya ni SA kan....SA cakap la ye...siapa ni..Saya Ujie katanya...haaa..terjerit SA...tak sangka terjumpa Ujie dari Blog Titian Perjalanan kat sini...ya allah.....berkali- kali SA ucap terima kasih sebab tegur...kalau nak harap SA yang tegur memang SA x kenal la empunya nama Ujie ni...Alhamdulillah berjumpa jugak kami akhirnya....Syukur ke hadrat allah swt.....dipertemukan secara tidak sengaja....Terima kasih banyak Ujie sebab cam muka SA dan sudi menegur. Betullah orang kata, silaturahim di alam maya itu indah, tapi bila dapat bertemu empat mata, manisnya berganda-ganda..
Berborak la kami sekejap dalam 10 minit macam tu..sempatkan kenalkan suami masing- masing...
Gambar ni dari hp SA..abaikan muka mekap dah cair tu...SA tanya Ujie boleh post ke gambar kat blog?
Ujie senyum je dan macam berat nak jawab so SA faham, kita tampal sticker gambar Ujie ye..sebab tau Ujie memang x expose wajah di blog
Ni dari hp Ujie..kalau nak tau kami berdua ni sebaya...
One more untuk kenangan...Pertemuan yang serba singkat di Muzium Negeri Terengganu ni memang jadi kenangan manis buat SA. Rasa bertuah sangat bila Allah temukan dua sahabat yang selama ni hanya bertegur sapa di ruangan blog..
Sungguh, perancangan Allah itu yang terbaik. Moment terjumpa Ujie ni terus buat hilang rasa penat dan panas seharian melawat muzium. Bertuah sangat rasa hati ni, daripada ribuan pengunjung, siapa sangka, niat asal nak melawat muzium je, tapi alhamdulillah dikurniakan rezeki dapat bertatap muka dengan Ujie. Bertuah sangat rasa diri ni sebab kalau bukan Ujie yang manis menegur, memang SA tak perasan! Terima kasih Ujie sebab sudi tegur SA. Semoga ukhwah yang terjalin mesra di alam maya ini berpanjangan dan insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi di lain kali!Kalau balik NS bagi tau ye..mana tau boleh pi makan- makan ke..no HP dah simpan kan....
Entry ni belum habis ye..gambar banyak sangat...nanti SA share entry part 2...jumpa next entry...












































No comments:
Post a Comment
Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......