Monday, February 13, 2023

Muzium Di Raja Seri Menanti & Kopi Buyau

Assalamualaikum...

Pukul 11.30am kami dah gerak balik ke Seremban..

Tiba- tiba SA teringat ada restoran atau cafe kat area Muzium Di Raja Seri Menanti dan viral satu ketika dulu...kat situ ramai yang berkunjung sebab disajikan makanan- makanan traditional NS. So SA ajak la Ateh rondo situ kejap. Mulanya takde la berhajat nak berhenti dan masuk kawasan Istana tu cuma nak lalu aje...eh..tengok cafe tu macam ramai orang...ramai mat- mat motor dan geng-geng cyclist lepak situ..SA pun ajak semua singgah...nak tengok la apa yang menarik kan...wahhh...ada banyak benda menarik rupanya.....SA pundah lama x singgah sini...ada la sekali dulu masa dengan ex boyfriend tak jadi dan arwah sepupu SA...itupun lama dulu la....

Boleh tahan juga ramai rakyat tempatan atau luar dari NS yang berkunjung di sini..selain melawat Istana Lama Seri Menanti mereka turut menjamu selera di Kopi Buyau. 

Istana Besar Seri Menanti dibina pada tahun 1905 dan siap pada tahun 1908. Istana ini merupakan salah satu istana yang Indah di Malaysia dari segi bentuk seni bina tradisional.Salah satu perkara menarik mengenai Istana ini ialah pembinaanya tidak menggunakan sebarang bentuk paku. Seni binanya menggunakan 99 batang tiang menggunakan kayu cengal.




Penerangan tentang Muzium Di Raja Seri Menanti







Macam- macam masakan ada dan yang simple2 je la especially bahagian snack tu..SA pesan lempeng kelapa untuk Mak Pah...tiber plak Mak Pah lapar..hehehehe


Ramai kan


Rumah Tradisional Tukang Kahar




Beduk


Beduk


Belakang beduk tu Mimbar





Hazelnut coffee ice SA punya


Fresh Orange ordered by Pak Zain dan Mak Pah...masam!!


Chocolate apa ntah ni...Ateh share ngan Dida


Lempeng kelapa dengan sambal..sambal tu sodap


Bukti Istana ni tidak di bina menggunakan sebarang bentuk paku


Dia cantum-cantum je macam tu..tapi kukuh ye


Nampak jerawat bawah mata SA tu...geram je...


Dua beranak ni memang mesra kucing


Pantang nampak kucing


Kereta Kuda



Nak main congkak kena bayar RM1 seorang


Ni kedai Premium Souvenir..SA suka bentuk tingkap ni...


Tempat bersiram



Batu Kasur


Batu Bertikam



 

SA zoom papan kenyataan ini untuk korang baca....

Selepas lepak dalam 1/2 jam...kami pun balik...sebenarnya SA berhajat nak bawak bakal anak tiri SA dan En Tunang kat sini sebelum ni...Dia pun nak tau banyak tentang NS kan...tapi tu la masa tak cukup..Muzium NS kat Seremban pun SA x sempat lagi nak bawak diorang berdua...nanti la next time kan...banyak lagi masa...

En Tunang berhajat nak tengok kampung- kampung yang masih ada rumah tradisional yang berbumbungkan Minangkabau..ada la a few kat kampung SA..tapi nak berhenti dan amik gambar tu macam segan plak...nanti la bawak pergi Muzium NS kat Seremban tu...ada sebuah rumah asal NS kat situ...boleh la bawak dia nanti...

10 comments:

  1. biasanya ketumbit jerawat bwh mata tu maksudnya utk remaja yg sedang bercinta., hehe cikkak SA kanns

    ReplyDelete
  2. best kan sesekali gi muzium mcm ni.. tambah best ada coffee2...emmmm..nice

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya tempat dia..mkn sambil menghayati sejarah..:)

    ReplyDelete
  4. cantik reka bentuk..klasik binaan orang dulu kukuh

    ReplyDelete
  5. salam singgah. wah.. muzium. dulu masa pegi PD, adelah ke muzium kota lukut. muzium seri menanti ni tak pnh singgah lagi. kami anak beranak mmg suke pegi muzium. ni plan ke KT pun ank2 ajak ke kg budaya dan muzium negeri

    ReplyDelete
  6. Wah, macam best je. Boleh singgah kalau ke NS nanti.

    ReplyDelete
  7. Dah buka yer muzium ini. Beberapa kali datang sini. Sayang masa tu tutup

    ReplyDelete
  8. Suka tengok Muzium nih... senibinanya menarik sekali, 1 day nak pergi

    ReplyDelete
  9. Pernah sampai sini sebab husband suka bawa anak2 melawat muzium. Dan satu lagi sebab free 😄

    ReplyDelete
  10. tak pernah sampai lg muzium ni.. nampak lempeng tu sedap

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah