Wednesday, April 17, 2024

Sampai Gak Hidayah??

Assalamualaikum...

Kalau korang la kan...ditempat SA sekarang ni...apa yang korang rasa bila ada orang ckp macam ni kat korang? 

Ye dia seorang kenalan dan SA x sangka dia boleh keluarkan ayat yang buat hati SA pedih...

SA bertudung atas kehendak hati SA..takde sebab dapat hidayah atau asbab arwah Mak meninggal...SA bertudung lebih kepada dah sampai masa...sebelum SA officially bertudung pun SA dah mula berjinak-jinak pakai tudung..

Sebagai orang baru yang cuba istiqomah menutup aurat...SA perlukan kata-kata perangsang bukan ayat menjatuhkan semangat macam ni ..



 

Ayat dari kenalan SA ni sangat-sangat mengguris hati SA...to tell you the truth memang..kata-kata ni menusuk kalbu SA...sampai SA terfikir...jahat sangat ke aku selama ni sebab x bertudung...aku x buat perkara x elok jauh lagi maksiat..masa aku dan hidup aku hanya pergi kerja, balik kerja, focus kat parent,anak dan adik beradik..sampai ada lagi ayat ye... 

" Berapa lama plak kali ni bertudung? Permanently ke atau hangat-hangat tahi ayam?"

 Allahu... Tak boleh ke doakan yang elok-elok untuk SA?berikan sokongan bukan menjatuhkan semangat orang...apa motif erk?

Semalam pun ada rakan sekerja tanya soalan yang sama...berapa nak bertudung ni? Permanently ke atau sekejap aje?

SA jawab....bertudung bukan perkara main2 kak..47 hari dh Rizz bertudung dan alhamdulillah walau belum sempurna Rizz kemana-mana memang x lupa bertudung...dalam rumah kalau ada tetamu datang pun Rizz dah mula bertudung..cuaca panas macam mana pun Rizz bertudung...doakan Rizz terus iatiqomah ye...

Dia diam dan berlalu pergi...

Allahu...besar betul dugaan orang nak berubah ke arah kebaikkan kan?

15 comments:

  1. Allah... tak baiknya tegur macam tu. Kalau bergurau pun masih rasa tak elok guna ayat2 tu. Sepatutnya kita mendoakan orang yg berubah ke arah kebaikan ni, bukan mempersendakan atau menyindir orang tu.

    ReplyDelete
  2. Semoga SA tabah dan kuat semangat. Pedulikan dengan kata-kata orang.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. Terkedu membaca. Masih wujud lagi manusia macam ni ye. Tak patutnya cakap macam tu. Kan ke bagus cakap Alhamdulillah. Abaikan je kata-kata macam tu kak. Jadikan penguat semangat untuk jadi lebih baik.

    ReplyDelete
  4. Hugs & kisses untuk SA...!!! Pedulikan dia. Stay strong & sweet tau.

    ReplyDelete
  5. doakan Rizz terus istiqomah ye...
    Bagus jawapan tu.. ini yang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Tak apa.. kuat kan semangat dan ingat pada Allah kita beramal semata-mata hanya kerana Dia.. Anggap jer ini semua permainan kecil bisikan jahat... I pray for your istiqomah inshallah... Stay strong SA

    ReplyDelete
  7. ayat dia tu boleh lebih sopan dan berlapik. kalau mesej bukansemua baca antonasi yang sama kan? kuat ya SA, dugaan berhijrah tu

    ReplyDelete
  8. Abaikan kata2 yg mengguris hati..ramai ni yg mendoakan SA termasuk MZ🤩🤲❤️

    ReplyDelete
  9. abaikan je kak, yang penting jaga hati kita je dulikkan apa orang nak kata.

    ReplyDelete
  10. pedulikan je kak... mulut manusia mana boleh tutup. yg penting kita tau diri kita kann..
    hugss

    ReplyDelete
  11. Hug and kisses buat akak.. Jangan mengalah tau.. Keep on wearing tudung.. Ramai lagi yang sayang akak dan sentiasa mendoakan akak.. Abaikan je langau-langau macam tu.. Jangan patah semangat ye kak..

    ReplyDelete
  12. Sabarlah.. dalam setandan pisang pasti ada yang tak elok dan yang tak elok tu kita buang je. Doa yang baik2, pedulikan deme tu. Kita sendiri yang corakkan diri kita. Apa yang baik kita ambil untuk masa depan.

    ReplyDelete
  13. ada juga mentaliti orang mcm ni.. bagi busyra sndiri, busyra tak pernah pandang org yang free hair tu pengakhiran dia tak baik.. Akak kena percaya satu kata-kata ni "setiap org pengakhirannya berbeza-beza.. dan pastinya Allah memandang pengakhiran, bukan permulaan seseorang".. Nak istiqomah tersangatlah susah disebabkan mulut orang berkata-kata. Tapi busyra tau akak boleh.. teruskan berpakaian mcm ni akak. Busyra suka tengok, apatah lagi Allah.. tersenyum DIA tengok akak.. Cantik sangat! Hug!

    ReplyDelete
  14. Allahu!
    Pekakkan telinga saja SA.
    Jangan layan orang mulut cabul begitu.

    ReplyDelete
  15. Masih ada lagi manusia yang macam ni . Haishh geram pulak dibuatnya . Seeloknya kalau ada rakan sekeliling kita dah berubah dari tak pakai tudung dan dah pakai tudung at least bagi laa moral support value sikit . Bagi kata kata semangat . Jangan la pulak kecam sana sini ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah