Monday, April 15, 2024

SA Yang Bekerja & Lunch....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni kat office takde la ramai yang kerja...beberapa kerat jer..tapi SA adalah kerja dan beberapa document nak kena follow up..tapi  most of the time SA ada je kat workstation SA ni..sambil- sambil buat kerja sambil- sambil amik gambar...


tengok timing kat gambar...giler la Monday blues hari ni...


 mengantuk giler hari ni...biasa time2 ni SA lepak bilik dan terlelap...x sabarnya nak tunggu pukul 5pm..

Hari ni lapar sangat..sampai gigil2...padahl tadi pagi SA sarap mee goreng....agaknya sebab lately ni SA kurang makan...pergi tapau hari ni kat foodcourt NuSentral...tapau nasi campur aje..lauk daging masak lemak cili api ngan sayur kailan goreng..RM15...mak aiiii....sembelih leher betul harganya...



Cukup la sekali makan kat sini...

Kena start bawak bekal semula ni...tapi tu la buntu x tau nak masak lauk apa...x tau nak bawak bekal apa..buntu betul idea x sampai- sampai....

Korang ada idea?


12 comments:

  1. aduhhhh rm15 utk lunch. fuhhh kerassss harganya tu.. cuba SA tengok-tengok idea Menu 30 hari Bekal Kerja di FB sbb mcm ada ternampak lalu di wall fb haritu hehehe

    ReplyDelete
  2. Manisnya SA pakai tudung warna tu...
    Kami kat tempat kerja hari ni pun menyedihkan...baru nak merasa makanan kat kantin setelah 5 tahun saya tak turun...ayam besar besar ibu jari..belum pukul 9 makanan dah habis..huhhu

    ReplyDelete
  3. Manisnya SA pakai tudung warna tu...
    Kami kat tempat kerja hari ni pun menyedihkan...baru nak merasa makanan kat kantin setelah 5 tahun saya tak turun...ayam besar besar ibu jari..belum pukul 9 makanan dah habis..huhhu

    ReplyDelete
  4. vote for sambal sardin yang SA biasa buat tu. ringkas tapi sooo syedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya hari tu dah selalu masak lauk sardin...rasa muak..next ye...Khamis nanti nak buat ikan bilis goreng berlada..tapi tgh kaji acaner nak bagi ikan bilis tu tetap garing...walau di sambalkan..

      Delete
  5. Sesuai tudung ni dgn SA, nampak manis & lembut gitu 👍
    Ish, mahalnya. Mentang² la KL Sentral kan kemain harganya...

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali bekerja. Ramai lagi cuti hari Isnin. Husband saya harini selasa baru masuk kerja. Uishh mahal nau tu. Mungkin sebab daging tu harga mahal kot kan. Masak lemak cili api pulak tu. Elok juga bawa bekal. Saya hari hari bekalkan goreng goreng macam tu. Hari ni kuetiau goreng. Nak masak lauk pauk macam buntu juga. Goreng goreng senang sikit nak makan katanya.

    ReplyDelete
  7. ni bukan takat Monday blues, ni raya blues sekali ni.

    ReplyDelete
  8. rajin akak dh mula kerja isnin, dana isnin bermasalan kat rumah tak hilang penat hadap jem hari ahad tu

    ReplyDelete
  9. sama la..ayu pun dah start keja dah . busy so x leh nak cuti lama2 pun
    emmm.. ayu pun x start lagi bawak bekal...

    ReplyDelete
  10. MZ masa isnin ari tu pun lemauuu ajer haha kelas pulak seawal 8 am kalau ari isnin

    ReplyDelete
  11. Selamat Bekerja semula SA. Hhmm mahal ya nasi dan lauk tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah