Assalamualaikum...
Selamat pagi....
Hari ni SA nak bincang tajuk yang serius skit,puncanya SA sedang mengemas bag kerja..sekali nampak banyak duit syiling dalam bag...tiba-tiba terfikir tentang relevannya duit syiling ni..menderu-deru idea keluar, lupakan bag dan terus type kat handphone...😆😆
Pernah tak masa tengah kemas rumah, tiba-tiba terjumpa bekas plastik penuh dengan syiling? RM0.10, RM0.20, kadang-kadang ada juga yang rare RM1 lama..SA kat rumah jadi tukang kutip duit syiling dalam bilik atau dalam mesin basuh, SA dapat SA terus masuk tabung. Tapi, persoalannya sekarang… masih relevan ke duit syiling ni dalam dunia yang semakin ke arah cashless?
Cashless Dah Jadi Gaya Hidup
Sekarang ni, pergi kedai runcit pun boleh scan QR. Naik bas pun dah boleh guna kad. Kat pasar malam pun ada peniaga yang letak stiker "Terima Duit eWallet". Teknologi dah ubah cara kita berbelanja. Kadang-kadang, keluar rumah dengan dompet kosong pun tak rasa risau asal ada telefon.
Tapi Duit Syiling Masih Ada Fungsinya
Walaupun cashless tengah trending, duit syiling masih ada tempatnya.
Cuba fikir:
Bayar parking mesin lama . Ada tempat yang masih guna mesin lama yang hanya terima syiling.
Tabung masjid atau derma – Bila nampak tabung derma, kita hulur syiling sebab mudah.
Beli di koperasi sekolah / vending machine – Kadang-kadang masih perlukan syiling.
Syiling Kadang Buat Kita "Terkeliru"
Jujurnya, ada juga yang rasa terbeban. Bawa beg berat sebab penuh syiling. Nak kira pun pening. Pernah tak rasa malu sebab lambat kira syiling kat kaunter? Hehe.
Bila Kali Terakhir Korang Pegang Syiling?
Kalau nak tahu betapa kita dah jarang guna, cuba fikir bila kali terakhir kita bayar sesuatu dengan syiling? Atau bila kali terakhir kita betul-betul ambil baki syiling lepas beli barang?
Syiling Belum Pupus, Tapi…
Syiling masih ada tempat dalam urus niaga harian tapi ruangnya makin sempit. Dalam dunia yang makin laju, cashless lebih praktikal. Tapi jangan pandang rendah pada syiling, kadang-kadang nilainya lebih dari yang kita sangka terutamanya bila kita tengah betul-betul tak cukup RM0.20!
Korang pula macam mana? Masih guna duit syiling atau dah 100% cashless?
SA masih guna syiling, duit tunai dan sesekali cashless bila perlu..
Cashless Bagus, Tapi Sesuai Ke Untuk Orang Tua?
Kita mungkin selesa dengan eWallet, QR Pay, scan-scan je bayar... tapi cuba fikir dari perspektif ibu bapa kita.
Ada antara mereka:
- Tak biasa dengan aplikasi eWallet.
- Rasa tak selamat letak duit dalam telefon.
- Tak yakin nak tekan-tekan bila bayar.
- Lebih percaya duit fizikal depan mata.
Pernah tak mak ayah minta kita bayarkan barang sebab mereka “tak reti scan”? Atau risau kalau tiba-tiba sistem down, tak boleh bayar langsung?
Cashless bagus dan mudah, tapi ia belum inklusif sepenuhnya. Untuk generasi yang membesar dengan duit kertas dan syiling, duit fizikal masih rasa paling selamat dan real.
Adakah kita terlalu cepat tinggalkan generasi lama dalam dunia digital, semata-mata kerana nak lebih pantas dan mudah?
MZ 50-50 ie tgk tempat, kalau rasa nak pakai cash, byr jer cash so wajib ada cash dlm wallet. genZ cthnya my son and his frens ,rasanya 100% cashless lah diaorg
ReplyDeletetempat nieyl kalau kedai aceh tu masih kena guna duit fizikal lagi,
ReplyDeleteso, syiling mmg ada dlm purse dan juga duit cuma biasanya nieyl akan standby dalam rm10 -rm20 je untuk seminggu sebabnya selebihnya mmg cashless skrg ni...
Saya prefer cashless, kadang2 bila tempat tu kena bayar guna cash (contohnya masuk parking dgn mesin lama takde TnG) rasa annoyed pulak sebab satu hal pulak nak cari mesin ATM keluarkan cash utk bayar parking hehe. Encik suami masih lagi ada tabung duit syiling atas meja sebab tempat parking motor kat ofis dia masih lagi kena bayar guna duit syiling.
ReplyDeletePernah sembang dgn ayah mertua, alasan yg SA senaraikan tu mmg relevan dgn apa yg dia rasa. Generasi warga emas prefer lagi tunai dari guna debit card / scan QR sebab faktor susah nak terima cara baru / tak yakin dgn keselamatan & paling jadi isu besar, susah nak igt password.
kakmieja dah lama tak cucuk duit dekat ATM, memang cashless, tapi cashless ni tak bagus utk org-org tua sebab mereka masih pakai cash
ReplyDeleteRelevan untuk tempat2 tertentu...
ReplyDeleteparent sis pun masih prefer bayar secara tunai lagi kalau nak beli barang di kedai fizikal.. tapi kalau untuk online shopping, dorang dah pandai guna FPX..
ReplyDeleteDan dorang masih tak berani nak guna scan QR, takut tiba-tiba internet putus katanya.. xpela, janji yang mana-mana dorang selesa guna.. ^^
2, 2 linda pakai lagi...sebab selalu beli makan minum dekat cafe hosp je..kdg2 line slow, jadi hulur cash je...kdg2 memang saja bawa syiling, so kalau harga ada sen bawah 50sen, linda bagi sen sekali..kalau sen nya lebih 50sen, linda hulur duit kertas je lah tunggu baki..
ReplyDeletekadang rajen, hanta juga duit syiling dekat kafe untuk tukar.. hihihi
Sy mmg standby syiling dlm wallet...=)
ReplyDeleteTaufik sekarang banyak guna cashless je
ReplyDeletekak ana pun dulu suami suka kumpul duit syiling dan dah banyak hantar bank masuk akaun tapi laa nih bank pun dah tak terima dah duit syiling, bila pi depa kata mesin rosak. Kadang-kadang tukar kat Speedmart itu pun kadang depa tak nak. Memang lebih mudah cashless lah kan :)
ReplyDeleteMasih relevan.... dan percaya tak duit syiling 20 atau 50 sen boleh digunakan untuk urut belakang badan.
ReplyDeleteMasih relevan duit syiling ni sebab kadang cashier akan tanya ada 30 sen tak....ada 50 sen tak....nak juga duit syiling.
ReplyDeletehobi saya memang suka kumpul duit syiling.. tapi kadang kalau terdesak dekat kampung ni tak sempat nak keluarkan duit kertas.. guna je duit syiling 😂
ReplyDelete