Assalamualaikum...
SA joined webinar kesihatan tentang Menopause dan Andrepause tengahari semalam kan..dan SA nak share sedikit pengetahuan yang SA dapat dari program Webinar Kesihatan anjuran mother company SA semalam..
Pernah tak dengar kawan-kawan sebut pasal “panas baran sebab menopause” atau “lelaki pun ada andropause tau!”? Topik ni kadang-kadang jadi bahan gurauan, tapi sebenarnya dua-dua adalah fasa perubahan hormon yang normal bila kita makin berusia.
Jom kita santai-santai kenal dulu apa itu Menopause dan Andropause.
1. Siapa Yang Terlibat dalam masalah ini?
Menopause biasanya dialami oleh wanita. Ia menandakan berakhirnya kitaran haid maksudnya, wanita tidak lagi subur.
Andropause pula berlaku kepada lelaki, walaupun tak sepopular istilah menopause. Ia juga dikenali sebagai "male menopause".
2. Umur Berapa Selalunya Mengalami Masalah Ini?
Wanita biasanya alami menopause antara umur 45 hingga 55 tahun. Ada juga kes berlaku lebih awal (dikenali sebagai menopause pramatang).
Lelaki pula biasanya mula rasa perubahan sekitar umur 50 tahun ke atas, tapi ia berlaku secara perlahan dan tidak tiba-tiba seperti wanita.
3. Bahaya ke?
Sebenarnya, menopause dan andropause bukan penyakit, tapi fasa semula jadi dalam kehidupan. Tapi, simptom-simptomnya boleh mengganggu kualiti hidup, seperti:
Wanita (menopause): hot flashes (rasa panas tiba-tiba), berpeluh malam, mood swing, sukar tidur, kekeringan faraj.
Lelaki (andropause): letih berpanjangan, kurang libido (nafsu seks), mood down, susah fokus, lemah otot.
Kalau dibiarkan tanpa rawatan atau pemahaman, ya — ia boleh menjejaskan emosi dan hubungan sosial.
4. Apa Solusinya?
Tak perlu panik, banyak cara boleh bantu lalui fasa ni dengan lebih tenang:
✅ Gaya hidup sihat – pemakanan seimbang, senaman ringan, cukup tidur.
✅ Sokongan emosi – penting untuk pasangan dan keluarga saling faham.
✅ Rawatan hormon (HRT/ TRT) – atas nasihat doktor, untuk yang alami gejala teruk.
✅ Rutin check-up – untuk pantau kesihatan jantung, tulang dan hormon.
✅ Mindset positif – anggap ia sebagai proses semula jadi dalam hidup, bukan pengakhiran!
Menopause dan andropause bukanlah penamat kepada kehidupan yang aktif dan gembira. Dengan ilmu, sokongan dan penjagaan diri, kita boleh laluinya dengan tenang.
Paling penting buka ruang untuk berbincang dan faham, bukan sembunyi atau malu. Ramai lalui perkara yang sama, kita tidak bersendirian 💪😊
Tq sharing kak SA... umur mcm kita ni mmg kena bykkan ilmu pasal ni.. huhu
ReplyDeleteterima kasih sharing kakSA, boleh bersedia awal-awal gini.
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeletetq for sharing SA.. mak sis pun baru je lalui fasa menopause ni.. umur dia dah masuk 60..
ReplyDeletetq for sharing...perubahan fasa tu ada yg ok ada yg moody bila tgk pengalaman akak kt opis ni
ReplyDeleteGood sharing sis...At this age rase mcm makin byk plk ilmu nk kena belajar =)
ReplyDeleteterima kasih info nya kak SA..tapi kan, kalau kes yang datuk rogol cucu tu, tak andropouse lagi ke?? sebab info gtaw, andropouse dah kurang nafsu...
ReplyDeleteTq sharing akak..
ReplyDeletebagus ilmu macam ni...teruskan
ReplyDeleteohh patut la mak mak selalu rasa panas.. rupanya ada hormon begitu
ReplyDeleteinfo bagus, thank you SA
ReplyDeleteSimptom hot flash tu biasanya sebelum period kena. Memang susah nak tidur malam dibuatnya, dalam aircond pun berpeluh2 jugak. Tak boleh bayangkan bila dah kena menopause nanti kena hadap simptom tu hari2 huhu...
ReplyDeleteThank kak SA...
ReplyDeletetak lama nak menopause dah ni. hihi
ReplyDelete