Sunday, July 13, 2025

Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah

Assalamualaikum....

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu....kemana hari ni? SA jap lagi nak melayan PZ mencari durian untuk tempoyak...

Pagi ni SA buat nasi goreng...guna ikan bilis dari Kak Amie hadiah kan tu, jauh datangnya kan..terus bagi nama Nasi Goreng Ikan Bilis Sabah...eh .sedap plak nasi goreng SA hari ni...bertambah2 suami dan SA makan..PZ makan roti dan kuih seri muka dia beli subuh td ..


Nasi goreng ikan bilis..kalau ada kangkung jadi nasi goreng kampung


Seri muka jagung dan yang biasa


Kopi O 434


Semalam kan kami kat rumah Acu, balik rumah dah pukul 7.30pm..SA masak apa yang mudah aje..malas nak buat entry lain..sekalikan la kat sini..

Habis dah stock udang SA...banyak ikan je ngan daging serta ayam dalam fridge...



 

Syukur alhamdulillah nikmat rezeki yang ada...ni hari ni x tau nak masak apa..rasanya PZ nak SA buat masak tempoyak ikan patin..dia ada beli ikan patin Jumaat lepas ..tapi bahan xde ..nak kena cari bungan kantan dan jugak bahan lain..

Dalam perjalanan nak cari durian kejap lagi la nampaknya ..

9 comments:

  1. Akak belum guna lagi bilis yang kak Amie bagi. Baru habiskan stok yang ada.
    adoiii... sedapnya patin tempoyak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sedap nasi gorengnya ye SA.
    Kami baru nak keluar cari sarapan...terlewat dah.

    ReplyDelete
  3. Wah, extra sedap agaknya bila guna ikan bilis Sabah. A'ah kan, sedap tu kalau ada kangkung jadi nasi goreng kampung. Lawan pulak dengan Kopi O. Selamat mencari durian dan bunga kantannya.

    ReplyDelete
  4. Sedap nasi goreng letak ikan bilis Sabah. Aci jugaklah nak panggil NGK walaupun takde kangkung.

    ReplyDelete
  5. Belum guna lagi ikan bilis kak amie bagi tu. Semalam buat nasi goreng terlupa pulak nak letak.

    ReplyDelete
  6. wahhh da rasmi ikan bilis, nampak sedap Nasi Goreng tu hihihih

    ReplyDelete
  7. meriah betul nasi gorengnya dgn ikan bilis dari lahad datu ;-)

    ReplyDelete
  8. PH belum rasmi lagi ikan bilis Kak Amie.. nak habiskan stok yg ada dulu.
    Beli banyak² durian tu SA, buat makan mentah juga dapnya

    ReplyDelete
  9. Kita baru makan masak tempoyak patin tadi. Sedap alhamdulilah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah