Thursday, July 10, 2025

HR2U Day KLHQ

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari HR2U Day di office SA...so program bermula dari 9am sampai 4.00pm dan pelbagai aktiviti diadakan antaranya program suntikan vaksin influenza, physio, bank muamalat, Wang Tidak Di tuntut by Jabatan Perakaunan, booth KWSP, Booth Proton, Booth Insurance PMCare, Physio dan macam-macam lagi..SA hanya sempat ke booth WTD, suntikan vaksin influenza dan booth program loose weight tu je..lain2 x berminat..test drive E-emas kat bawah auditorium pun x join...hahaha...

Sementara tu awal-awal kami kena daftar dulu untuk dapatkan door gift dan kena masuk auditorium dulu untuk dengar taklimat dan townhall.


HR yang terlibat untuk menjawab soalan


Head of HR


Sempat selfie ngan diorang ni..


Candid


Hadiah-Hadiah lucky draw~ macam biasa S x pernah lucky kalau bab lucky draw ni


Door gift yg ditawarkan


SA dengan door gift, ada 2..satu untuk boss





Unboxing dalam kereta ..mak ai..berat fan ni..pas tu high speed...


SA dapat warna light purple


Cantik x?


Daftar program loose weight 6 bulan tu SA dapat body fat scale yang dah dinsync kan dengan apps kat hp


Daftar2


Sebahagian dari kami from KLHQ, yg lain2 kat luar tengah buat aktiviti


Program "HR Day2U" yang diadakan di pejabat mempunyai banyak kelebihan, terutamanya dari segi meningkatkan kesejahteraan, semangat kerja, dan hubungan antara staf dan Jabatan Sumber Manusia (HR). Berikut ialah beberapa kebaikan utama program ini

1. Mendekatkan HR dengan Staf
  1. Staf boleh berinteraksi terus dengan pasukan HR secara santai.
  2. Membina hubungan dua hala yang lebih baik dan terbuka.
  3. Staf lebih mudah bertanya tentang faedah, cuti, gaji, dan polisi syarikat
2. Fokus kepada Kesejahteraan Pekerja
  1. Biasanya disertai dengan aktiviti kesihatan, pemeriksaan tekanan darah, BMI, atau sesi kaunseling.
  2. Meningkatkan kesedaran tentang keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).
  3. Galakkan gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan mental.

3. Meningkatkan Semangat & Moral Pekerja
  1. Aktiviti santai seperti kuiz, cabutan bertuah, permainan atau jamuan.
  2. Memberi 'break' sekejap dari tekanan kerja harian.
  3. Mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dan menyeronokkan.

4. Menyampaikan Maklumat Penting Secara Interaktif
  1. HR boleh gunakan peluang ini untuk menerangkan inisiatif baru, perubahan polisi atau faedah syarikat.
  2. Maklumat sampai dengan lebih berkesan berbanding emel atau memo sahaja.

5. Mendapat Maklum Balas Terus dari Pekerja
  1. HR boleh buat survey pendek, sesi soal jawab atau kotak cadangan.
  2. Membantu HR memahami isu-isu sebenar di tempat kerja.

6. Menggalakkan Penyertaan Merentas Jabatan
  1. Aktiviti biasanya melibatkan semua jabatan, menggalakkan kerjasama antara staf dari unit berbeza.
  2. Meningkatkan komunikasi dan kerja berpasukan.

Kalau HR Day ini dilaksanakan secara konsisten dan kreatif, ia boleh menjadi satu platform yang sangat berkesan untuk menjaga kebajikan pekerja dan membina budaya kerja yang sihat dan mesra.

Betul tak?

11 comments:

  1. waaahhh bestnyaaa dpt fan goojodoq tu!

    ReplyDelete
  2. best program gini! kipas tu MZ berkenan laaaa

    ReplyDelete
  3. Wahhh..Best betul ni...Mini fan tu che mek cakap brand elok..Sy pun baru je add to cart tp blum check out lagi...nnt review ye =D

    ReplyDelete
  4. Bagus lah ada program ni. Kira macam mesyuarat agung tahunan gitu. Bestnya dapat kipas tu. Sangat berguna. Lepas ni bermulalah perjalanan loss weight akak. Fighting kak!

    ReplyDelete
  5. Bagus program macam ni, boleh mendekatkan lagi hubungan... Mana tau ada kenalan baru. Ada masalah apa apa boleh berhubung.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya door gift pun dah best apa lagi kalau semua aktiviti dapat join.

    ReplyDelete
  7. Dapat kipas tu cantik pula warna purple lembut. Bagus la aktiviti gini yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  8. elok lah kipas tu...kat rumah nie berapa banyak dh kipas kecik2 macam tu...linda selalu bawak kalau tiba2 kena duduk seat belakang dalam Aruz tu...sebab Aruz takde aircond belakang tu, share dengan seat no 2...jadi agak terhad lah nk kena aircond tu

    ReplyDelete
  9. Sejak kerja kat company 'kecik' dah tak joint benda2 mcm ni. Dulu siap ada Team Building, Staff Conference, Staff Gathering selain Annual Dinner dan Annual Dinner + Family Day.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah