Assalamualaikum...
Sabtu lepas SA ambil peluang untuk ‘lari’ sekejap daripada rutin harian. Bukan lari jauh pun, tapi cukup untuk bawa anak dara dan adik nombor tiga SA, Lissa keluar minum kopi. Destinasi pilihan kami kali ini Kopi Saigon Senawang.
Masuk saja, bau kopi terus menerjah hidung. Dekorasi ala cafe hype di Vietnam dengan sentuhan moden rasa macam duduk di kedai kopi tepi jalan di Ho Chi Minh (walaupun hakikatnya di Senawang saja).
Dania terus belek menu, Lissa pula sibuk ambil gambar sudut-sudut ‘instagrammable’. SA? Duduk senyum sambil menunggu mereka buat keputusan, sebab biasanya ‘masa menunggu’ lebih lama daripada masa minum kopi kan? Dah beli pilihan masing-masing duduk kejap..bergambar dulu...lepas kami gerak minum dalam kereta, azan Maghrib dah berkumandang..
Dania dan Lissa
Candid...abaikan muka x siap SA tu..malas nak mekap
Adik SA ni x sihat..Thyroid dia menyerang kembali..sekarang masih makan ubat
Kurus betul dia...
Bila la SA nak kurus macam dia...dia kata biar kurus sihat jangan kurus sakit macam dia..
Coffee kami...
SA macam biasa pilih Original Kopi Saigon
Dania ngan Lissa amik apa ntah...lupa..
Kadang-kadang, bukan pasal kopi semata. Ia lebih kepada masa yang kita luang dengan orang tersayang. Dan Sabtu SA kali ini simple tapi cukup untuk di simpan sebagai kenangan manis.
Bukan senang kami nak lepak sama-sama..ini x cukup corumn..lagi 2 adik SA xde...Ateh dan Acu...Angah memang susah la nak join sebab dia kat Muar...
Ok la..cukup sampai disini dulu...nanti kita sambung entry lain..SA ada sediakan banyak content untuk blog entry kali ni...
Stay tune....
Moga adik akak cepat sembuh .... kadang ada masa kita jumpa lebih pada nk berborak sambil meluahkan memacam hal
ReplyDeletemoga cepat sembuh untuk adik kak SA, Lisa...
ReplyDeletesedap tu hirup kopi sambil melepak
Sedapnya mengopi. Semoga baik2 sahaja buat Lisa.
ReplyDeletewah feeling2 bagaikan udah sampai ke saigon. Betul tu dapat bersama walau hanya seketika pun dah rasa bahagia.
ReplyDeletepencinta kopi pasti suka tu...smoga adik SA cpt sembuh
ReplyDeletesuka kopi vietnam..semoga Lissa cepat sembuh...
ReplyDeleteOrang ada masalah tiroid ni, sampai tua kena makan ubat. Saya yang dah operate buang pun, still kena makan ubat.
ReplyDeleteBest, dapat pekena kopi dengan anak dan adik. Betul, masa dan kesempatan dapat bersama tu. Kopi Saigon, pada pendapat saya, kaw dan manis.
Kalau dekat kopi saigon saya suka order dia punya matcha latte! sedap!
ReplyDeleteadik SA tak seiras sgt dgn SA
ReplyDeleteSesekali ada masa best juga mengopi bersama. Anak buah saya pun ada Thyroid juga, jadi kurus juga sebab consume ubat. Semoga mereka segera sembuh. Aamiin...
ReplyDeleteSemoga baik2 je adik kak SA. Syok juga mengopi camtu. Borak2 sambil menyedut kopi.
ReplyDeleteSedapnya mengopi sama2. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan buat adik SA
ReplyDeleteBetul tu Kak SA..bukan pasal makanan, tapi masa kita sama-sama pun yang best...kalau dah ramai-ramai tu makan apapun syok je kan..
ReplyDeleteSemoga Lissa cepat-cepat sihat..Aamiin..
Rasa cam lama tak ngeteh dengan adik beradik... seronok kan bila dapat healing begini.
ReplyDeleteNanti nak coba lah kopi Saigon ini. Biasanya saya kalo minum kopi pasti pilih Americano atau yg original macam kak SA. Kalau rasa yg Macam2 memang kurang suka.
ReplyDeleteSemoga adik kakak bisa sehat lagi yaa ☺️